Smart TV 32 Inch Terbaik Tahun 2024

Bosan dengan TV biasa yang hanya boleh menonton saluran TV terhad? Niat di hati nak juga mencari smart TV 32 Inch sebagai permulaan perubahan kan.  Letak sebiji di bilik sendiri mesti best kan. Tapi untuk melakukan transisi dari TV digital kepada smart TV atau Android TV kadang-kadang boleh menimbulkan delima juga ye. Eh, Dilema.

Bagi anda yang baru memulakan kerjaya atau baru membina keluarga keluarga, terdapat banyak kegusaran dalam memilih produk TV yang terbaik. Disamping bajet serta ruang yang terhad, produk yang bersesuaian dengan keperluan dan berkualiti pasti menjadi keutamaan. Jadi, memilih TV dari segment pemula seperti dari kategori Smart TV 32 Inch ini mungkin sebuah pelaburan permulaan yang berbaloi bagi ramai pemula kerana bagi kebanyakan orang, menonton TV bagi merehatkan minda setelah penat seharian bekerja merupakan waktu-waktu yang berharga.

Jadi, mari terus membaca!

Dan sekiranya anda telah membuat keputusan untuk mengetahui lebih lanjut tentang beberapa produk Smart TV bersaiz 32 Inch yang terbaik di Malaysia bagi Tahun 2024, silakan terus membaca beberapa produk yang telah kami senaraikan disini.

* Kami tidak menyenaraikan Android TV atau Google TV bagi senarai ini, kerana niat kami adalah untuk memudahkan dan memperkecilkan skop pencarian pembaca-pembaca kami kerana terdapat beberapa perbezaan antara keduanya, Smart TV dan Android TV. Jika ada di antara anda yang pernah mendengar atau terbaca tentang Smart TV dan Android TV namun belum mengetahui mengenainya dengan begitu mendalam, kami cadangkan supaya anda membaca serba sedikit tentang Kelebihan Dan Kekurangan Antara Android TV Dan Smart TV di dalam artikel yang telah kami sediakan disini.

**Senarai yang kami cadangkan ini dipilih berpandukan kriteria harga, jenama, kualiti dan kesediaan stok oleh penjual.

***Jika anda mendapati terdapat model yang lebih murah yang anda jumpa di gedung jualan online tetapi tidak disenaraikan dalam senarai ini, kami minta maaf. Kami tidak sanggup mencadangkan produk yang boleh buat anda membazirkan wang anda bagi mendapatkan barangan yang kurang berkualiti dan tiada jaminan dari pengeluar dan penjual.

Maafkan kami.

Toshiba 32V31MP Regza Smart TV - Harga Bermula RM789

Smart TV 32 Inch Terbaik Tahun 2024 - Toshiba 32V31LP

Kelebihan:

Smart TV Toshiba 32V31MP merupakan pilihan yang menarik bagi pengguna yang mencari TV pintar berukuran 32 inci dengan harga berpatutan. Dengan reka bentuk minimalis dan ciri-ciri asas, TV ini menawarkan pengalaman menonton yang memuaskan tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi.

Ciri Khas:

  • Skrin HD: Nikmati kualiti gambar yang jelas dan tajam dengan resolusi HD Ready 720P.

  • Smart TV Platform: Akses aplikasi popular seperti Netflix, YouTube, dan banyak lagi melalui platform Smart TV yang dikuasakan oleh Regza Enjin binaan Toshiba dan dipandu oleh Platform Vidaa yang telah terbina dalam.

  • Video: Talaan Direct LED dengan kadar refresh 60Hz mampu memaparkan pemandangan yang tajam dan terang tanpa megurangkan kadar kontra pada warnanya hasil kejuruteraan unik Regza enjin.

  • Audio: Memanfaatkan kuasa dari Regza Power Audio , dengan 2 buah “clear direct speaker” berkuasa 10W, dan dipertingkatkan oleh Dolby Audio dan DTS X mampu menghasilkan bunyi seolah-olah anda berada di lokasi penggambaran melakonkan watak yang anda tonton. Kalau tonton bola, mungkin rasa macam CR menggelecek. Tapi kalau tonton “Yo soy Betty, la fea“?. Jawab sendiri ea.

  • Wi-Fi dan Bluetooth: Hubungkan dengan mudah ke rangkaian Wi-Fi dan peranti Bluetooth untuk streaming kandungan dan mendengar audio tanpa wayar.

  • USB Port: Sambungkan peranti storan luaran seperti pendrive untuk menonton filem dan video kegemaran anda kepada 2 slot USB 2.0.

  • HDMI Port: Hubungkan konsol permainan, komputer, atau pemain Blu-ray untuk pengalaman hiburan yang lebih lengkap dengan 2 buah slot HDMI 2.0 untuk anda manfaatkan.

  • Reka Bentuk Minimalis: Dengan reka bentuk yang elegan dan ringkas, TV ini sesuai untuk pelbagai ruang tamu.

  • Harga Berpatutan: Dapatkan nilai yang baik dengan harga yang berpatutan untuk TV pintar 32 inci. 

Hisense 32A4000H Smart TV - Harga Bermula RM659

Smart TV 32 Inch Terbaik Tahun 2024 - Hisense 32A4000H

Kelebihan:

Smart TV Hisense 32A4000H menawarkan pengalaman menonton yang memuaskan dengan reka bentuk tanpa bingkai yang moden dan ciri-ciri pintar yang praktikal. Dengan harga yang berpatutan, TV ini memberikan nilai yang baik untuk wang anda.

Ciri Khas:

  • Reka Bentuk Tanpa Bingkai: Nikmati pengalaman menonton yang lebih immersive dengan skrin tanpa bingkai yang elegan.

  • Resolusi HD: Dapatkan kualiti gambar yang jelas dan tajam dengan resolusi HD dengan kebolehan peranti untuk menghasilkan warna natural dan penghasilan kontras warna putih dan hitam yang lebih pekat.

  • Vidaa OS: Menggunakan Vidaa OS menjadikan peranti ini mampu menandingi TV Android lain dengan kebolehan mengawal TV dengan suara melalui alat kawalan jauh TV, disamping jumlah aplikasi yang agak besar dari pihak ketiga yang boleh dipilih, dan anda boleh menyusun atur “Home Screen” mengikut kehendak anda.

  • Mode: Hisense mengambil berat terhadap penggunaan mode mereka terutama mode gaming dan mode sukan bagi menjanjikan pengalaman yang lebih mengasyikkan.

  • Smart TV Platform: Akses aplikasi popular seperti Netflix, YouTube, dan banyak lagi melalui platform sistem operasi Vidaa Smart TV terbina dalam.

  • Wi-Fi dan Bluetooth: Hubungkan dengan mudah ke rangkaian Wi-Fi 2.4GHz dan untuk streaming kandungan.

  • USB Port: Sambungkan peranti storan luaran seperti pendrive untuk menonton filem dan video kegemaran anda.

  • HDMI Port: Hubungkan konsol permainan, komputer, atau pemain Blu-ray untuk pengalaman hiburan yang lebih lengkap.

  • Harga Berpatutan: Dapatkan nilai yang baik dengan harga yang kompetitif untuk TV pintar 32 inci.

Dengan reka bentuk moden dan ciri-ciri pintar yang praktikal, Smart TV Hisense 32A4000H adalah pilihan yang menarik bagi pengguna yang mencari TV pintar berkualiti dengan harga yang berpatutan.

SHARP 2TC32DF1X HD Ready Easy Smart TV - Harga Bermula RM799

Smart TV 32 Inch Terbaik Tahun 2024 - SHARP 2TC32DF1X

Kelebihan:

Smart TV SHARP 2TC32DF1X menawarkan pengalaman menonton yang memuaskan dengan reka bentuk tanpa bingkai yang moden dan ciri-ciri pintar yang praktikal. Dengan harga yang berpatutan, TV ini memberikan nilai yang baik untuk wang anda.

Ciri Khas:

  • Reka Bentuk Minimalis: Nikmati pengalaman menonton yang lebih immersive dengan reka bentuk tanpa bingkai yang elegan.

  • Resolusi HD: Dapatkan kualiti gambar yang jelas dan tajam dengan resolusi HD.

  • Smart TV Platform: Akses aplikasi popular seperti Netflix, YouTube, dan banyak lagi melalui platform Smart TV terbina dalam. Model ini mempunyai akses ke App Store DF1X untuk mendapatkan aplikasi-aplikasi.

  • Wi-Fi dan Bluetooth: Hubungkan dengan mudah ke rangkaian Wi-Fi dan peranti Bluetooth untuk streaming kandungan dan mendengar audio tanpa wayar.

  • USB Port: Sambungkan peranti storan luaran seperti pendrive untuk menonton filem dan video kegemaran anda.

  • Screen Mirror: Kongsikan skrin komputer, laptop, tablet dan telefon pintar anda kepada TV bagi mendapatkan ruang kerja dan pandangan yang lebih besar.

  • HDMI Port: Hubungkan konsol permainan, komputer, atau pemain Blu-ray untuk pengalaman hiburan yang lebih lengkap.

  • Harga Berpatutan: Dapatkan nilai yang baik dengan harga yang kompetitif untuk TV pintar 32 inci.

  • Jenama: Jenama SHARP sering dikaitkan dengan produk yang berkualiti disamping mempunyai kadar jangka hayat yang baik berbanding pesaing-pesaing jenama ini sendiri.

Hisense 32A4000K Smart TV - Harga Bermula RM699

Kelebihan:

Smart TV Hisense 32A4000K yang merupakan adik kepada Hisense 32A4000 H dengan tawaran dan rekaan yang hampir serupa turut menawarkan pengalaman menonton yang memuaskan dengan reka bentuk tanpa bingkai yang moden dan ciri-ciri pintar yang praktikal. Admin mendapati harga bagi model ini sedikit lebih mahal, tetapi mungkin disebabkan 32A4000K merupakan model yang lebih baharu, admin juga mendapati tiada penambahan ketara yang dapat dilihat pada bahagian spesifikasi kedua-dua model.

Ciri Khas:

  • Reka Bentuk Tanpa Bingkai: Nikmati pengalaman menonton yang lebih immersive dengan skrin tanpa bingkai yang elegan.

  • Resolusi HD: Dapatkan kualiti gambar yang jelas dan tajam dengan resolusi HD dengan kebolehan peranti untuk menghasilkan warna natural dan penghasilan kontras warna putih dan hitam yang lebih pekat.

  • Vidaa OS: Menggunakan Vidaa OS menjadikan peranti ini mampu menandingi TV Android lain dengan kebolehan mengawal TV dengan suara melalui alat kawalan jauh TV, disamping jumlah aplikasi yang agak besar dari pihak ketiga yang boleh dipilih, dan anda boleh menyusun atur “Home Screen” mengikut kehendak anda.

  • Smart TV Platform: Akses aplikasi popular seperti Netflix, YouTube, dan banyak lagi melalui platform sistem operasi Vidaa Smart TV terbina dalam.

  • Wi-Fi dan Bluetooth: Hubungkan dengan mudah ke rangkaian Wi-Fi 2.4GHz dan untuk streaming kandungan.

  • USB Port: Sambungkan peranti storan luaran seperti pendrive untuk menonton filem dan video kegemaran anda.

  • HDMI Port: Hubungkan konsol permainan, komputer, atau pemain Blu-ray untuk pengalaman hiburan yang lebih lengkap.

  • Harga Berpatutan: Dapatkan nilai yang baik dengan harga yang kompetitif untuk TV pintar 32 inci.

Kesimpulan

Setelah melakukan pencarian dan kajian kami, kami mendapati agak sukar untuk menemui lebih banyak model bagi Smart TV 32 Inch. Pada pandangan kami, mungkin para pengeluar lebih banyak menumpukan RND dan pelaburan mereka untuk mengeluarkan smart TV yang bersaiz lebih besar. Dan selain itu, bagi segmen TV bersaiz 32 Inch, lebih mudah untuk kami menemui TV dari jenis android TV berbanding smart TV yang dikeluarkan sendiri OSnya oleh pengeluar, dan lebih mudah untuk menemui pelbagai pilihan bagi kedua-dua Smart TV dan Android/Google TV dalam julat saiz TV yang lebih besar.

Namun begitu, kami akan sentiasa melakukan kajian kami dan jika kami mendapati ada model yang kami terlepas pandang, sudah tentu kami akan terus mengemas kini hantaran ini.

Berbalik kepada hasil carian anda, sudahkah anda membuat pilihan bagi Smart TV 32 Inch anda? Jika masih ragu-ragu dalam memilih sebuah TV bagi ruang tamu anda, silakan membaca tips penting yang wajib anda tahu tentang membeli TV sebelum anda membuat sebarang pembelian.

 Dan jika anda ingin mengetahui lebih banyak senarai dari kelas TV Android 43 Inch, silakan membaca senarai yang telah kami kumpulkan disini.

Semoga bermanfaat.