Disamping sebuah dapur tungku, setiap suri rumah pasti memikirkan betapa berguna jika memiliki sebuah oven, tak kiralah jenis oven yang bagaimana pun. Bergunanya oven untuk memanggang ayam, atau menyediakan biskut dan roti, malah menyerikan hari-hari perayaan dengan juadah dan kuih-kuih raya baru yang beragam jenis dari resepi-resepi viral di mukabuku. Seperti banyak perkakasan rumah yang lain, terdapat pelbagai jenis oven dan kegunaandalam pelbagai situasi.
Ada oven yang berfungsi baik bagi pemanggangan, oven bagi roti, dan oven untuk memanaskan makanan yang sudah sedia dimasak.
Ringkasan Artikel
Oven dengan jenis dan ciri-ciri yang berlainan
Terdapat pelbagai jenis oven yang boleh dikategorikan mengikut saiz, susunan, element pemanasan, dan malah terdapat oven dengan ciri-ciri khusus yang dicipta.
Setiap jenis oven yang berbeza ini mempunyai kelebihan dan mungkin sedikit kekurangan untuk difikirkan apabila anda ingin memilih satu untuk dapur anda. Kekurangan yang ada pada sesuatu oven itu tidaklah boleh dianggap merugikan pun, sebab kalau dah beli, mesti masak sampai jadi baru puas hati, kan?
Berikut dapatan yang kami perolehi dari penenlitian kami tentang oven.