Memilih Ketuhar Gelombang Mikro Mengikut Keperluan Anda. 10 Cadangan Kami, Asas, Convection atau Combi?

Apakah Itu Ketuhar Gelombang Mikro

Ketuhar gelombang mikro atau ringkasnya “microwave” ialah ketuhar elektrik yang memanaskan bahan makanan dengan mendedahkan bahan makanan tersebut kepada sinaran elektromagnet dalam julat gelombang berfrekuensi mikro.

Hasil dari pancaran sinaran elektromagnet inilah yang mendorong molekul-molekul yang berpolar/paksi dalam bahan makanan untuk bergetar pada getaran yang terlalu laju dan lantas menghasilkan tenaga haba dari getaran tersebut. Proses pemanasan ini dikenali sebagai pemanasan dielektrik.

Ketuhar gelombang mikro memanaskan makanan dengan cepat dan cekap kerana pengujaan (excited; teruja) yang seragam pada bahagian luaran bahan makanan iaitu pada 25–38 mm (1–1.5 inci) pada permukaan bahan makanan yang mempunyai komposisi elemen yang seragam dan pada makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi.

Fungsi Ketuhar Gelombang Mikro

Ketuhar gelombang mikro merupakan perkakasan dapur pelbagai guna untuk berbagai tugasan. Ketuhar gelombang mikro berguna untuk memanaskan semula makanan yang telah dimasaka dan juga makanan sejuk beku malah turut berguna untuk memasak makanan, memanggang, membakar, dsb. Berikut merupakan Fungsi-fungsi utama Ketuhar Gelombang Mikro:-

Memanaskan makanan

Ketuhar gelombang mikro adalah cara yang cepat dan mudah untuk memanaskan semula makanan yang telah dimasak.

Mencairkan makanan

Fungsi defrost membolehkan anda mencairkan makanan beku dengan cepat dan mudah tanpa perlu mengeluarkannya dari peti sejuk terlebih dahulu.

Memasak makanan

Selain memanaskan, ketuhar gelombang mikro juga boleh digunakan untuk memasak makanan tertentu, seperti sayur-sayuran, daging, dan makanan laut.

Namun anda perlu berhati-hati untuk memasak masakan yang berdaging sama ada daging merah atau putih. Daging sememangnya boleh dimasak dengan selamat dalam ketuhar gelombang mikro, tetapi jika masa memasak yang ditetapkan tidak mencukupi, kemungkinan untuk daging dimasak dengan tidak sekata mungkin terjadi dan meninggalkan tompokan sejuk di dalam daging di mana bakteria berbahaya seperti E. Coli boleh hidup dan membiak biarpun sudah dimasak.

Saranan admin, masaklah bahan daging anda di kuali atau ketuhar haba yang panas demi keselamatan anda dan keluarga, kecuali jika anda sudah mahir memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, tentu tiada masalah bagi anda menggunakannya. Dan, jika anda yakin dengan skill memasak anda, admin cadangkan anda memilih terus ketuhar gelombang mikro dari jenis “convection” dan “combination” yang dicipta bagi membantu pengguna memasak mengikut mod grill atau stim.

Fungsi-Fungsi Tambahan

Dan berikut merupakan fungsi-fungsi tambahan yang ditambah pada beberapa produk oleh pengeluar ketuhar gelombang mikro yang boleh anda pilih mengikut kecenderungan memasak anda:-

Convection

Pilihan yang sesuai bagi anda yang suka kaedah menggril. Sesetengah ketuhar gelombang mikro dilengkapi dengan fungsi convection, yang menggabungkan gelombang mikro dengan aliran udara panas untuk menghasilkan hasil masakan yang lebih rangup dan bertekstur. Ciri ini membolehkan anda membakar makanan seperti ayam, daging, atau ikan untuk mendapatkan permukaan yang rangup.

Samsung BESPOKE R8088 Series Convection Microwave Oven (35L) - Harga bermula RM 1549.00

Ketuhar Gelombang Mikro
Ketuhar Gelombang Mikro
Ketuhar Gelombang Mikro

Samsung Siri R8088 adalah siri ketuhar gelombang mikro konveksi yang menawarkan pelbagai fungsi dan ciri-ciri yang berguna. Dengan reka bentuk yang elegan, pilihan warna yang menarik dan prestasi yang cemerlang, ia merupakan pilihan yang sempurna untuk dapur moden anda.

Ciri-ciri utama:

  • Teknologi konveksi: Memastikan masakan yang lebih rangup dan bertekstur, seperti masakan oven tradisional.

  • Fungsi air fryer: Nikmati makanan goreng yang lebih sihat tanpa minyak berlebihan.

  • Ruang dalam seramik: Mudah dibersihkan dan tahan bakteria.

  • Teknologi HotBlast: Memastikan makanan dimasak secara rata dengan bahagian luar yang rangup dan bahagian dalam yang lembap.

  • Pelbagai mod masakan: Termasuk grill, bakar, stim, gelombang mikro, dan banyak lagi.

  • Fungsi memasak automatik: Program siap sedia untuk pelbagai jenis makanan.

  • Reka bentuk bergaya: Sesuai dengan estetika dapur moden.

Combination

Combination oven atau nama singkatan yang sering digunakan “combi oven” mendatangkan 3 kaedah memasak ke dalam sebuah ketuhar gelombang mikro, iaitu mode “Steaming”, mod “Convection” dan mod “combination”, iaitu kaedah memasak yang menggabungkan kedua mod; steaming dan convection yang boleh digunakan dalam setiap kali masa memasak, secara automatik hasil makanan yang terpelihara kelembapan kulit luarannya tanpa menghilangkan rasa dan mengelakkan hangit pada hujung makanan seperti kaedah menggril.

Toshiba Microwave Oven With Grill & Microwave Combination (20L) MW-MG20P - Harga bermula RM 271.00

Ketuhar Gelombang Mikro

Toshiba MW-MG20P adalah sebuah ketuhar gelombang mikro gabungan yang menawarkan pelbagai fungsi dalam saiz yang kompak. Ia merupakan pilihan yang ideal untuk mereka yang mempunyai ruang dapur yang terhad.

Ciri-ciri utama:

  • Gabungan ketuhar gelombang mikro dan grill: Membolehkan anda memasak dan memanggang makanan dalam satu perkakas.

  • Saiz kompak: Sesuai untuk dapur kecil atau apartmen.

  • Reka bentuk yang moden: Melengkapi estetika dapur moden.

  • Fungsi defrost: Mencairkan makanan beku dengan cepat dan mudah.

  • Panel kawalan yang intuitif: Mudah digunakan dan difahami.

Program Memasak "Pre-Set"

Banyak ketuhar gelombang mikro mempunyai program memasak yang telah ditetapkan untuk memudahkan proses memasak makanan tertentu, seperti popcorn, kentang panggang, atau ayam panggang.

Panasonic Solo Microwave Oven (25L) NN-ST34NBMPQ - Harga bermula RM 429.00

Panasonic NN-ST34NBMPQ adalah sebuah ketuhar gelombang mikro yang dilengkapi dengan pelbagai program siap sedia untuk memudahkan proses memasak. Dengan reka bentuk yang elegan dan prestasi yang cemerlang, ia merupakan pilihan yang sempurna untuk dapur moden anda.

Ciri-ciri utama:

  • Program siap sedia yang luas (pre-set): Menawarkan pelbagai pilihan hingga 10 pre-set untuk dipilih untuk memasak pelbagai jenis makanan, seperti popcorn, kentang panggang, ayam panggang, dan banyak lagi.

  • Teknologi Inverter: Memastikan pemanasan yang lebih seragam dan cepat.

  • Fungsi defrost: Mencairkan makanan beku dengan cepat dan mudah.

  • Reka bentuk yang kompak: Sesuai untuk dapur kecil atau apartmen.

  • Panel kawalan yang intuitif: Mudah digunakan dan difahami.

Sensor

Sesetengah model dilengkapi dengan sensor yang boleh mengesan kandungan kelembapan makanan dan menyesuaikan masa memasak secara automatik.

Child lock

Ciri ini membantu mencegah kanak-kanak daripada menggunakan ketuhar gelombang mikro secara tidak sengaja.

Kelebihan dan Keburukan Ketuhar Gelombang Mikro

Seperti peralatan dan perkakasan yang dicipta manusia yang lainnya pasti hadir dengan beberapa kelebihan dan juga beberapa kekurangan. Ketuhar gelombang mikro juga mempunyai kelebihan dan kekurangan yang boleh dibincangkan disini.

Kelebihan Ketuhar Gelombang Mikro

Menjimatkan

Penjimatan yang dapat dicapai dengan ketuhar gelombang mikro bukan sahaja dapat dikira pada kewangan dan tenaga, malah ia turut dapat membantu menjimatkan masa anda. 

Memudahkan "Re-heat", "Defrost" dan "Disinfect"

Perkakasan dapur yang verstail ini akan membantu tugas-tugas anda menjadi mudah. Tugasan utama yang menjadi tumpuan setiap suri rumah pastilah untuk membantu memanaskan makanan tanpa perlu mengotorkan kuali atau periuk yang telah dicuci. Hanya keluarkan sahaja lauk semalam dari peti, dan masukkan ke dalam microwave untuk dipanaskan.

Kegunaan kedua ketuhar gelombang mikro yang ramai terlepas pandang ialah untuk menyahbekukan (defrost) daging sejuk beku yang baru dikeluarkan dari peti ais anda.

Dan akhir sekali, ketuhar jenis ini juga boleh digunakan untuk steril bekas makanan dan minuman anda. Malah peralatan dapur kotor anda seperti span membasuh pinggan yang telah lama dan perlu dicuci juga boleh dinyahkuman kan menggunakan ketuhar gelombang mikro. hanya masukkan bahan yang ingin dinyahkumankan ke dalam bekas berisi air, lalu dimasukkan terus ke dalam ketuhar mengikut waktu yang bersesuaian.

Kekurangan Ketuhar Gelombang Mikro

Kurang Rasa dan Tekstur pada Makanan yang Dimasak

Tidak seperti teknik masakan yang lain seperti gorengan atau pemanggangan, memasak menggunakan teknik microwaving dirasakan ramai pengguna sebagai tiada rasa, basah dan lembab, dan masakan yang dipanaskan tidak panas secara sekata.

Malah, anda tidak akan mendapat tekstur yang rangup pada kulit nugget seperti yang anda dapat dari gorengan, dan bau ‘asapan’ yang anda akan dapat pada ayam yang dimasak secara pemanggangan. Namun kini, terdapat beberapa produk ketuhar gelombang mikro jenis “Combination” yang sudah menyediakan beberapa mod pemanasan grill dan stim yang menggunakan kuasa yang sedikit besar berbanding produk asas ketuhar gelombang mikro biasa tetapi pasti akan menjadi perbelanjaan berbaloi bagi memudahkan kerja memasak anda.

Risiko Kesihatan dari Bahan Plastik Bekas Makanan

Phthalates merupakan bahan yang terdapat pada kenyakan bahan berplastik. Ia ditambah bagi meningkatkan fleksibiliti, ketelusan, ketahanan dan jangka hayat bahan plastik itu sendiri. Ini termasuk bekas menyimpan makanan jenis plastik yang bergred microwave oven.

Apabila terdedah kepada haba yang memanaskan makanan anda, bekas makanan plastik tersebut yang bersentuhan dengan makanan anda akan turut memanas, dan lantas Phthalates akan terurai dari plastik dan meresap ke dalam makanan.

Jadi, gunakan lah peralatan dapur selain dari bahan berplastik semasa memanaskan makanan anda di dalam ketuhar gelombang mikro. Sebaiknya gunakanlah bekas makanan dari jenis kaca dan seramik bergred microwave dan tak mudah retak atau pecah semasa memanaskan makanan anda.

Sharp Basic Microwave Oven (20L) R207EK - Harga bermula RM 214.78

Ketuhar Gelombang Mikro - Sharp Basic Microwave Oven (20L) R207EK

Ciri-Ciri:

  • Kapasiti : 20L

  • Saiz piring pusing : 255mm

  • Fungsi Kawalan Sesentuh

  • 2 Auto Menu

  • Voltage: 230 – 240V, 50Hz

  • Berat : 11Kg

  • Saiz Luar : 440 x 259 x 359mm (44×25.9×35.9cm)

  • Saiz Dalam : 306 x 206 x 304mm (30.6×20.6×30.4cm)

Midea Microwave Oven (20L) MM720CXM - Harga bermula RM219.00 - RM251.00

Ketuhar Gelombang Mikro - Midea Microwave Oven (20L) MM720CXM

Ciri-Ciri:

  • Kapasiti : 20L

  • Saiz piring pusing : 255mm

  • Pintu Push Button

  • 5 Tetapan Suhu Dengan Tetapan Defrost

  • Voltage: 220-240V

  • Berat : 10.55Kg

  • Saiz Luar : 440 x 340 x 259mm (44x34x25.9cm)

Pensonic Microwave Oven (20L) PMW-2005 - Harga bermula RM225.00 - RM299.00

Ketuhar Gelombang Mikro - Pensonic Microwave Oven (20L) PMW-2005

Ciri-Ciri:

  • Kapasiti : 20L

  • Saiz piring pusing : 255mm

  • Pintu Push Button

  • 5 Tetapan Tenaga

  • Voltage : 230-240V ~ 50Hz

  • Berat : 10.7Kg

  • Saiz Luar : 440 x 356 x 259mm (44×35.6×25.9cm)

Sharp Microwave Oven with Grill (28L) - R759EBS - Harga bermula RM539.00

Sharp Microwave Oven with Grill (28L) - R759EBS

Ciri-Ciri:

  • Kapasiti : 28L

  • Saiz piring pusing : 315mm (31.5cm)

  • Pintu Berpemegang

  • 11 Tetapan Tenaga

  • Voltage : 230-240V ~ 50Hz

  • Berat : 12Kg

  • Saiz Luar : 513 x 306 x 429mm (51.3×30.6×42.9cm)

  • Saiz Dalam : 330 x 228 x 370mm (33×22.8x37cm)

Cara Menggunakan Ketuhar Gelombang Mikro

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Produk Berkaitan

Stainless Steel Kitchen Stove Rack

Rak Dapur Stainless Steel

Harga

RM168.00-RM325.00

Stainless Steel Whistling Kettle

Stainless Steel Whistling Kettle

Harga

RM35.00-RM45.00

Pinggan Kaca Microwave Oven Gantian

Harga

RM16.59 – RM19.54

Vacuum Sealer Machine

Harga

RM100.44

mesin abc

Mesin ABC

Harga

RM111.72

Rak Kabinet Dapur

Rak Kabinet Dapur Beroda

Harga

RM368.00

Glass Microwave Airtight Storage

Harga

RM7.80-13.60