Iron Board Lekat Dinding, 4 Produk Ini Terbaik Dalam Membantu Memperkemas Ruang Menggosok Baju Anda

Bagi Ibu Bapa yang hari-hari kena gosok baju sekolah anak-anak dan baju kerja, menyimpan iron board ni kadang-kadang dirasakan leceh. Nak aje cari sebuah iron board lekat dinding sebiji, tapi tak tahu mana yang elok fungsinya.

Nak terus menggunakan iron board sedia ada boleh saja, cuma, nak kena mencari tempat khusus pulak untuk sandarkan papan iron tu, nak dirikannya supaya tak menghalang laluan. Dan kalau dah tersedia tempat berdiri board tu, dah kena kurangkan peralatan rumah dari menghalang iron board tu bila nak buka dan guna nanti.

Kami faham sangat struggle tu, sebab kami pun hari-hari nak kena menggosok baju. Dulu menggosok dengan bentang karpet/kain pelikat je kat lantai. Sakit pinggang nokkk. Lalu kami beralih ke iron board duduk. Sama juga, sakit pinggang, dan tak ada tempat sesuai untuk disimpan. Dan la anak suka main lompat-lompat, dibuatnya iron board tu jadi papan anjal sukan SEA. Sempat la beberapa kali kami guna sebelum patah digunakan alat latihan terjun tiruk anak.

Sekarang dah beralih ke papan iron yang lipat dan berdiri tu. Ingat dah kurang leceh. Sama jekk. Nak menyimpan tu perlu planning dan hala tuju yang mampan untuk berdiri seiring dengan dinding bilik. Dan kawasan dirian papan iron tu dah jadi kawasan khusus untuk gosok baju sahaja. Kalau letak benda lain kat kawasan tu, siapla kana tohmahan orang sebelah, semak, tak boleh jalan, penuh dan bermacam lagi kata nista.

Jadi admin dalam nak mencari sebuah wall mount iron board (iron board lekat dinding) yang boleh lekat terus kat dinding. Bila nak guna baru tarik, dan admin nak cari yang jenis boleh sangkut wayar dan seterika terus ke dinding supaya semua alatan menggosok dah tersedia di tempat tu sahaja. Tambahan lagi, kawasan tu masih boleh diletakkan bakul baju, kerusi dan penyapu supaya tak adalah teruk sangat nak mengalih barang-barang tu jauh masa nak menggosok. Kuis-kuis aje dengan hujung anak jari kaki.

Jadi, kalau anda mempunyai misi yang sama, mari tengok senarai peralatan iron board lekat dinding yang boleh membantu memudahkan proses menggosok baju. Menggosok je tau, nak jumpa alatan melipat baju, paling murah admin jumpa riban-riban, terjeluak min tengok harganya. Guna jelah kotak yang dilipat-lipat.

Jom tengok senarai iron board lekat dinding yang kami bawakan!

Iron Board Tarik Keluar (Retractable Pull Out Ironing Board) - Harga bermula RM 168.00

Iron Board lekat dinding, 7 Produk Ini Membantu Memperkemas Ruang Menggosok Baju Anda

Bagi produk pertama ini, ia bukanlah iron board lekat dinding, tetapi lekat di meja/kabinet. Namun, ciri penyimpanannya itu kena dengan konsep topik kita kali ini, iaitu menyimpan iron board tanpa perlu menggunakan ruang yang banyak.

Anda hanya perlukan sebuah meja atau almari untuk dilekatkan iron board ini dan sedikit pertukangan ringkas (suruh cik abang kat depan TV nun). Almari anda perlulah bersedia untuk menyediakan 44cm ruang bagi tujuan pemasangan rangka. Dan pastikan almari anda cukup kukuh untuk menerima kehadiran iron board jenis ini, kerja seterika dengan penggunaan tenaga dan beban dari seterika itu sendiri boleh enyebabkan papan almari anda menjadi rosak (wear and tear) hasil dari skru yang dibenamkan pada papan tersebut. 

Ciri-ciri utama:

  • Gabungan putaran dan lipatan: Membolehkan anda menyimpan apabila tidak digunakan tanpa mengganggu ruang sedia ada.

  • Saiz kompak: Sesuai untuk ruang kecil pada almari dan membantu kekemasan rumah anda.

  • Reka bentuk yang moden: Melengkapi estetika rumah moden.

  • Fungsi softclose: Rekabentuk yang kemas ini hadir dengan fungsi softclose.

  • Bahan berkualiti Tinggi: Bahan yang digunakan bersesuaian dengan harga dan fungsi.

Iron Board Wall Mount (Foldable Wall Hanging Iron Board) - Harga bermula RM 479.00

Iron Board lekat dinding, 7 Produk Ini Membantu Memperkemas Ruang Menggosok Baju Anda

Produk ini kena dengan konsep topik kali ini, iron board lekat dinding (wall-mounted iron board) ini direka untuk mempermudahkan kerja menseterika anda dengan mengumpulkan semua peralatan di satu tempat yang masih boleh berfungsi sebagai ruang yang lain apabila tidak digunakan. Ciri utama yang menarik pada rekaan ini ialah roller shutter. Boleh disorok belakang papan yang tidak togel tu. Dan pastikan anda memasangnya dekat pada suis, supaya tak perlu ditarik kabel lagi untuk seterika.

Ciri-ciri utama:

  • Lipatan: Membolehkan anda menyimpan apabila tidak digunakan tanpa mengganggu ruang sedia ada.

  • Reka bentuk yang moden: Melengkapi estetika rumah moden.

  • Fungsi Roller Shutter: Fungsi ini bagi menyorokkan belakang papan yang tidak dilapik.

  • Bahan berkualiti Tinggi: Mudah digunakan dan difahami.

Iron Board Wall Mount (Wall Mounted Ironing Board with Iron Holder) - Harga bermula RM 139.99

Iron Board lekat dinding, 7 Produk Ini Membantu Memperkemas Ruang Menggosok Baju Anda

Produk iron board lekat dinding ini lebih ringkas dari produk di atas, kerana rekaannya yang straight forward, dan tidak bertujuan untuk menyorokkan iron board anda. Sesuai diletakkan didalam ruang menyimpan dan bilik tidur. 

Ciri-ciri utama:

  • Lipatan: Membolehkan anda menyimpan apabila tidak digunakan tanpa mengganggu ruang sedia ada.

  • Reka bentuk ringkas: Kena dengan tujuan asal, memudahkan kerja seterika dan penyimpanan tanpa ciri fancy dan mahal.

  • Bahan berkualiti Tinggi: Mudah digunakan dan berkualiti.

MINIMALIST Iron Board Foldable Wall Hanging - Harga bermula RM 152.90-RM192.90

Iron Board lekat dinding, 7 Produk Ini Membantu Memperkemas Ruang Menggosok Baju Anda

Produk iron board lekat dinding ringkas dengan rekaan material berasaskan kayu ini hadir dengan 3 pilihan warna rangkanya, iaitu warna natural (kayu), putih dan hitam. Malah ia turut hadir dengan rekaan mengikut saiz yang anda kehendaki malah jenis seterika yang anda miliki. Sesuai diletakkan didalam ruang menyimpan dan bilik tidur. 

Ciri-ciri utama:

  • Lipatan: Membolehkan anda menyimpan apabila tidak digunakan tanpa mengganggu ruang sedia ada.

  • Reka bentuk ringkas: Kena dengan tujuan asal, iron board lekat dinding ini memudahkan kerja seterika dan penyimpanan tanpa ciri fancy dan mahal.

Kesimpulan

Penciptaan dan rekabentuk papan seterika kini sudah berkembang, dengan kini hadir produk-produk iron board lekat dinding membantu pengguna untuk mendapatkan ruang rumah yang lebih tersusun dan kemas, disamping memanfaatkan perkembangan rekabentuk bagi mendapatkan rekaan yang produktif dan berinovasi. Kalau dulu, rekaan sebegini hanya dapat kita lihat di hotel-hotel, kini, rekaan sebegini sudah mudah dimiliki dan dibeli ditambah lagi dengan adanya kedai-kedai online. Tapi kami hanya mengajak anda untuk mencuci mata. Jangan cakap kami racun ye.

 

Produk Berkaitan

Reflective Silicone Ironing Board Cover

Harga

RM25.24-RM43.68

Iron Glove Ironing Pad

Harga

RM5.88

Garment Steamer Ironer

Harga

RM31.12

Garment Steamer Dust Cover

Harga

RM16.78