Memilih antara kaki TV atau wall mount boleh menjadi keputusan yang sukar. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Dalam artikel ini, kami akan membincangkan perbezaan utama antara kaki TV dan wall mount, serta membantu anda membuat keputusan yang terbaik untuk ruang tamu anda.
Ringkasan Artikel
Faktor yang Perlu Dipertimbangkan
Jenis Dinding
Jika anda tinggal di rumah-rumah berdindingkan batu, memilih untuk melekatkan televisyen pada dinding semestinya alternatif yang mudah difikirkan. Namun anda perlu mempertimbangkan soal “kekerasan dinding” bagi bahagian dinding yang ingin ditebuk. Kerana jika dinding yang dipilih adalah terbina dari konkrit, dan bukan dari bahan bata, kerja menggerudi akan menjadi sedikit mencabar dek kerana kekerasan konkrit. Jadi pastikan peralatan penggerudian anda cukup kuasa dan cukup “keras” untuk menebuk konkrit.
Saiz dan Berat TV
Rata-rata saiz bagi TV zaman sekarang adalah besar. Walaupun rekaannya nampak nipis, tetapi kenipisan skrin itu hanya terserlah jika dipandang dari depan. Jika dilihat betul-betul, rekabentuk TV memang akan ada sedikit ketebalannya menjadikan TV itu sebenarnya berat. Dan semakin lebar saiz TV yang anda pilih, maka semakin beratlah TV anda.
Jadi, jika anda memilih untuk melekatkan TV pada dinding, pilih wall mount yang sesuai dengan saiz dan berat TV anda dari segi kekuatan dan bahan wall mount tersebut.
Kalau ikut admin, lebih baik berbelanja lebih untuk mendapatkan wall mount yang kukuh, tebal, dan dibina dari besi waja yang mampu menampung TV yang lebar dan berat. Elakkanlah memilih besi yang lembut dan rapuh ye. Sayang beli TV mahal-mahal, tetapi sebab salah pilih wall mount, habis jahanam TV kita nanti.
Estetika
Bergantung kepada minat dan citarasa anda, memilih diantara kaki TV dan wall mount adalah subjektif. Semuanya bergantung kepada keperluan ruang dan rupa bentuk ruang yang anda kehendaki. Bagi ruang yang kecil dimana dengan menggunakan wall mount, makan tiada keperluan lagi untuk membeli dan menyusun kabinet TV, malah menjadikan ruang nampak lebih kemas dan ringkas, maka memilih wall mount adalah keputusan yang bijak.
Namun sebaliknya, jika anda memerlukan sebuah kabinet TV bagi menyusun router, konsol, decoder dan perhiasan yang lain, maka mungkin lebih sesuai jika TV diletakkan di atas kabinet. Malah, anda boleh juga menggabungkan kabinet TV dan dalam masa yang sama, TV anda dilekatkan pada dinding. Tiada yang salah dalam aspek merekabentuk.
Faktor Kerosakan Hartabenda dan Keselamatan Keluarga
Memiliki sebuah TV yang bersaiz besar tetapi dalam masa yang sama dibina dari bahan yang bersifat rapuh (fragile) memang menjadi dilema setiap orang yang telah berbelanja besar demi peluang memiliki sebuah TV yang memuaskan hati setiap ahli keluarga.
Sebuah televisyen yang besar jika didirikan dengan hanya menggunakan kaki TV dikhuatiri boleh terbalik akibat tolakan anak-anak, angin, dan pelbagai faktor yang tidak disengajakan.
Namun, jika memilih untuk melekatkan televisyen pada dinding, dilema dinding yang bakal rosak akibat ditebuk pula yang timbul di fikiran.
Dan jangan dilupa pada faktor keselamatan, terutama anak-anak kecil yang sukar dijangka perlakuan mereka, kerana jika tersilap langkah, mereka berisiko dihempap oleh televisyen yang berat.
Kelebihan Kaki TV
Kemudahan Pemasangan
Kaki TV biasanya lebih mudah dipasang dan tidak memerlukan penggerudian dinding.
Fleksibiliti Penempatan
Anda boleh meletakkan TV di mana-mana permukaan rata tanpa perlu risau tentang struktur dinding.
Mobiliti
Mudah untuk mengalihkan TV ke lokasi lain jika perlu.
Kelebihan Wall Mount
Penjimatan Ruang
Wall mount membebaskan ruang lantai dan memberikan penampilan yang lebih kemas dan moden.
Keselamatan
Mengurangkan risiko TV terjatuh atau TV dicapai oleh kanak-kanak.
Sudut Pandangan yang Lebih Baik
Anda boleh menyesuaikan sudut pandangan TV untuk pengalaman menonton yang lebih baik. Kebanyakan wall mount mempunyai lebih dari 2 sudut kecondongan yang boleh diubah abgi disesuaikan dengan aras mata anda.
Kekurangan Kaki TV
Penggunaan Ruang Lantai
Kaki TV memerlukan ruang lantai yang lebih besar untuk diletakkan di atas sebuah kabinet TV, yang mungkin tidak sesuai untuk ruang tamu yang kecil.
Kestabilan
Kaki TV mungkin kurang stabil berbanding wall mount, terutamanya jika terdapat kanak-kanak atau haiwan peliharaan di rumah.
Estetika
Kaki TV mungkin tidak memberikan penampilan yang kemas dan moden seperti wall mount, terutamanya jika terdapat banyak kabel yang terdedah.
Kekurangan Wall Mount
Pemasangan yang Rumit
Wall mount memerlukan penggerudian dan pemasangan yang lebih rumit, yang mungkin memerlukan bantuan profesional.
Kekal di Tempat
Setelah dipasang, wall mount sukar untuk dialihkan, menjadikannya kurang fleksibel jika anda ingin mengubah susun atur ruang tamu.
Kerosakan Dinding
Pemasangan wall mount boleh menyebabkan kerusakan pada dinding, terutamanya jika anda perlu menukar lokasi TV di masa hadapan.
Kesimpulan
Memilih antara kaki TV atau wall mount bergantung kepada keperluan dan preferensi peribadi anda. Jika anda mencari penjimatan ruang dan penampilan yang kemas, wall mount mungkin pilihan terbaik. Namun, jika anda memerlukan fleksibiliti dan kemudahan pemasangan, kaki TV adalah pilihan yang baik.
Semoga bermanfaat.
#TVMount
#KakiTV
#KakiTV
#HomeDecor