Dalam dunia kerja moden, keselesaan dalam bekerja dan penjagaan kesihatan semasa bekerja menjadi semakin penting. Meskipun bekerja di pejabat mahupun melakukan pekerjaan sampingan dari rumah, adalah penting bagi seseorang untuk memastikan keselesaan dan kesihatan diri sentiasa terjaga supaya tidak mengganggu produktiviti diri dan pasukan.
Jadi, adakah kerusi ergonomik suatu pelaburan penting?
Ringkasan Artikel
Kenapa Anda Perlu Melabur dalam Kerusi Ergonomik untuk Pejabat Anda
Menjaga postur dan kedudukan semasa melakukan tugasan di meja kerja anda merupakan salah satu cara untuk menjaga kesihatan anda. Lantas, sebagai langkah untuk memastikan keselesaan dan kesihatan diri yang boleh diambil adalah dengan melabur dalam penggunaan kerusi ergonomik. Kerusi ergonomik direka khas untuk menyokong postur badan yang betul, mengurangkan tekanan pada tulang belakang, dan meningkatkan produktiviti.
Dalam artikel ini, kita akan membincangkan mengapa kerusi ergonomik adalah pelaburan yang bijak untuk ruang pejabat anda dan bagaimana ia boleh memberi manfaat jangka panjang kepada kesihatan dan kesejahteraan pekerja anda.
Apakah Fungsi Kerusi Ergonomik?
Fungsi utama bagi kerusi ergonomik ialah untuk menyokong bentuk semulajadi tulang belakang manusia yang bentuknya menyerupai huruf ‘S’, lantas menghalang masalah kebongkokan yang berlaku akibat daripada bebanan pada tulang belakang dan pelvis. Dengan “backrest” boleh laras membolehkan pengguna melaraskan lengkungan kerusi untuk sokongan optimum dengan mengikut keperluan lengkungan pada tulang belakang mereka, .
Kebolehsuaian dan Pelarasan Mengikut Bentuk Badan
Kebolehsuaian adalah salah satu ciri utama yang membezakan kerusi ergonomik daripada kerusi biasa. Kerusi ergonomik direka untuk dilaraskan kepada pelbagai bentuk dan saiz badan, serta keperluan setiap individu berlainan. Berikut adalah beberapa aspek penting mengenai kebolehsuaian kerusi ergonomik:
Pelarasan Ketinggian: Kerusi ergonomik biasanya dilengkapi dengan mekanisme pelarasan ketinggian yang mudah digunakan. Ini membolehkan pengguna menyesuaikan ketinggian kerusi agar kaki mereka boleh diletakkan pada mod rata di lantai, yang penting untuk postur pinggang yang betul dan selesa.
Sudut Sandaran: Keupayaan untuk melaras sudut sandaran adalah penting untuk menyokong punggung bawah dan mengurangkan tekanan pada tulang belakang. Kerusi ergonomik sering mempunyai fungsi kecondongan yang membolehkan pengguna menyesuaikan sudut sandaran mengikut keselesaan mereka.
Pelarasan Tangan (Armrest): Armrest yang boleh disesuaikan membantu mengurangkan ketegangan pada bahu dan lengan. Pengguna boleh melaras ketinggian, lebar, dan sudut armrest untuk memastikan sokongan yang optimum.
Pelarasan Kepala (Headrest): Headrest yang boleh disesuaikan adalah penting untuk menyokong leher dan kepala; membantu mengurangkan ketegangan pada leher dan bahu.
Kedalaman Tempat Duduk: Kerusi ergonomik yang baik membolehkan pengguna melaras kedalaman tempat duduk untuk memastikan sokongan yang betul pada paha dan mengelakkan tekanan pada lutut. Ciri ini juga membantu golongan yang tinggi untuk mendapatkan sudut dan ketinggian kerusi yang bersesuaian dengan kaki mereka.
Fungsi Tambahan
Kerusi ergonomik bukan sahaja menawarkan keselesaan dan sokongan yang optimum, tetapi juga dilengkapi dengan pelbagai fungsi tambahan yang meningkatkan pengalaman pengguna. Berikut adalah beberapa fungsi tambahan yang sering terdapat pada kerusi ergonomik:
Roda dan Fungsi Putaran: Kebanyakan kerusi ergonomik dilengkapi dengan roda yang membolehkan pengguna bergerak dengan mudah di sekitar meja kerja mereka. Fungsi putaran 360 darjah juga membolehkan pengguna mencapai pelbagai kawasan tanpa perlu bangun dari kerusi.
Mekanisme Kecondongan: Kerusi ergonomik sering mempunyai mekanisme kecondongan yang membolehkan pengguna melaras sudut sandaran mengikut keselesaan mereka. Fungsi ini membantu mengurangkan tekanan pada tulang belakang dan meningkatkan keselesaan semasa duduk untuk tempoh yang lama.
Pelarasan Ketegangan: Beberapa kerusi ergonomik menawarkan pelarasan ketegangan yang membolehkan pengguna melaras tahap ketegangan sandaran mengikut berat badan dan keutamaan mereka. Ini memastikan sandaran kerusi memberikan sokongan yang sesuai tanpa terlalu keras atau terlalu lembut.
Rehat Kaki (Legrest): Sesetengah kerusi ergonomik dilengkapi dengan rehat kaki yang boleh ditarik keluar untuk memberikan sokongan tambahan kepada kaki. Ini adalah ciri yang berguna untuk mereka yang perlu berehat seketika semasa bekerja. Kerusi admin ada legrest, yang memang admin buat tempat letak kaki untuk tidur sebentar (lama).
Penyimpanan Tambahan: Beberapa model kerusi ergonomik mempunyai poket atau ruang penyimpanan tambahan di bawah tempat duduk atau di bahagian belakang kerusi. Ini membolehkan pengguna menyimpan barang-barang kecil seperti alat tulis atau dokumen dengan mudah.
Golongan mana yang paling memerlukan?
Bagi anda yang banyak menghabiskan masa yang panjang melakukan tugasan dalam keadaan duduk sewaktu bekerja, anda perlu bertanya kepada diri anda;
– Adakah anda menghabiskan kebanyakan lapan jam sehari di kerusi kerja anda?
– Adakah anda ada berdiri dan berjalan-jalan untuk meregangkan badan lebih daripada tiga kali dalam tempoh bekerja?
Jawapannya mungkin ya, kan?
Jika anda sering duduk lama, tetapi dalam keadaan posisi duduk yang tidak lurus dan betul, ini akan menyebabkan anda sering mengalami sakit belakang, leher, dan bahu yang boleh menjadi serius sehingga ke tahap masalah herniasi pada cakera lumbar (lumbardisk) anda. Masalah ini merupakan masalah yang serius jika tidak diberi perhatian yang sewajarnya dalam tempoh jangka masa panjang.
Masalah ini boleh anda tangani dengan mempraktikkan cara duduk yang lurus dan betul, disamping menggunakan produk yang akan membantu anda duduk dengan betul, iaitu kerusi dengan elemen ergonomik.
Berikut adalah beberapa kumpulan yang benar-benar memerlukan kerusi ergonomik:
Pekerja Pejabat
Pekerja pejabat yang duduk di meja sepanjang hari sering mengalami risiko sakit belakang, leher, dan bahu. Pekerjaan anda mungkin termasuk: pelabur kewangan, pengamal IT, pereka bentuk, akauntan, editor, malah guru, dan pekerjaan pejabat yang lain. Kerusi ergonomik boleh membantu mengekalkan postur yang baik dan meningkatkan keselesaan sepanjang hari. Dan jika anda prihatin terhadap keselesaan rakan sekerja, pekerja anda, atau anda sendiri; 𝐌𝐘𝐅𝐔𝐑𝐍𝐈𝐓𝐔𝐑𝐄𝐋𝐀𝐁®: RADON High Mesh Back Office Chair ini boleh membantu meringankan keperitan memilih produk yang mampu menjalankan tugas dengan baik, dan dengan harga yang ekonomi.
Pelajar
Pelajar sekolah mahupun kolej dan universiti yang menghabiskan banyak masa belajar juga boleh mendapat manfaat daripada kerusi ergonomik. Ia membantu mereka mengekalkan postur yang betul dan mengurangkan ketegangan pada badan sewaktu menelaah. Rekaan UGL ERGONOMIC STUDY CHAIR ini memang sesuai bagi membantu anak-anak supaya fokus menelaah. Tapi jaga-jaga, kerusi ni memang selesa walaupun telefon di tangan anak.
Pekerja dari Rumah
Dengan peningkatan bilangan mereka yang melakukan pekerjaan dari rumah, ramai yang tidak mempunyai peralatan pejabat yang sesuai. Samada sebuah ruang bekerja yang efektif dengan kelengkapan sokongan badan yang sesuai seperti meja kerja, dan tentunya, kerusi ergonomik. Kerusi ergonomik boleh membantu mereka bekerja dengan lebih selesa dan produktif, seperti ANEW Standard Ergonomic Chair ini yang mereka bentuk kerusi mereka khusus bagi golongan pekerja digital yang mahir dan berdikari; yang memilih utnuk ber”tempurung” di rumah. Oh, bukan-bukan, berproduktif dengan etika dan cara kerja yang impresif. Tak caya tanya boss min. Tee-hee
Pengguna Komputer Berat
Individu yang sering menggunakan komputer untuk jangka masa panjang, seperti pemain permainan video atau pereka grafik, memerlukan kerusi ergonomik untuk mengelakkan ketegangan dan kecederaan ketika ber“tempur” dan “zoom in dan zoom out”.
Kalau dah tegang berjam-jam sebab main game, mesti perlukan gaming chair yang lembut dan memahami keperluan badan kan, tambah lagi ada graphic Mandalorian macam TTRacing Surge X Mandalorian Edition Gaming Chair ni, auto boleh menang berkali-kali.
Orang dengan Masalah Kesihatan
Mereka yang sudah mengalami masalah kesihatan seperti sakit belakang yang kerap atau masalah postur akan mendapat manfaat besar daripada kerusi ergonomik. Sebagai contoh, produk MERRYFAIR WAU Ergonomic High Back Chair – Charcoal Mesh ini yang direka untuk memberikan sokongan yang diperlukan dan mengurangkan kesakitan sewaktu duduk bekerja.
Secara umumnya, sesiapa sahaja yang menghabiskan waktu yang lama untuk duduk, sama ada bekerja, belajar, atau aktiviti lain, patut mempertimbangkan untuk menggunakan kerusi ergonomik. Ia bukan sahaja meningkatkan keselesaan tetapi juga membantu mencegah masalah kesihatan jangka panjang.
Aspek Penggunaan *Penting* Dalam Memastikan Keselesaan oleh Pengguna
Kerusi ergonomik direka untuk membantu pengguna untuk selesa ketika duduk dengan cara memberikan sokongan yang optimum kepada tubuh badan, mengurangkan ketegangan otot, dan memastikan postur yang betul sepanjang hari bekerja.
Namun begitu, pengguna tetap perlu menggunakan kerusi ergonomik dengan cara yang betul seperti yang disarankan, supaya tidak terjadi insiden “saya dah guna kerusi ergonomik, tapi saya tetap merasa sakit belakang selepas menggunakan kerusi ini”.
Berikut adalah beberapa aspek keselesaan yang perlu diberi perhatian di samping penggunaan yang sepatutnya dilakukan oleh pengguna itu sendiri:
Sokongan Lumbar
Sokongan lumbar yang baik adalah penting untuk mengurangkan sakit belakang. Kerusi ergonomik biasanya mempunyai sistem sokongan lumbar yang boleh disesuaikan untuk memastikan tulang belakang berada dalam kedudukan yang betul.
Cara penggunaan sistem sokongan lumbar: Anda perlu duduk secara menegak dan mengelak dari membongkok samada ke depan atau belakang. Di samping itu, kedudukan leher anda perlu berada dalam keadaan yang neutral, iaitu keadaan yang tegak tetapi selesa.
Tempat Letak Kepala dan Tangan (Headrest dan Armrest)
Rehat kepala dan armrest yang boleh disesuaikan membantu mengurangkan ketegangan pada leher dan bahu. Ini adalah ciri penting untuk memastikan keselesaan keseluruhan, terutamanya bagi mereka yang bekerja di komputer untuk tempoh yang lama.
Cara penggunaan Headrest dan Armrest: Pastikan kedudukan lengan dan keseluruhan tangan anda selari dengan lantai dengan jarak sepanjang tangan dari kedudukan skrin komputer. Dan ketinggian skrin monitor selaras dengan kedudukan mata anda.
Kusyen dan Padding
Kerusi ergonomik biasanya dilengkapi dengan kusyen yang tebal dan padding yang lembut untuk memberikan keselesaan kepada pengguna. Kusyen yang berkualiti tinggi dapat mengurangkan tekanan pada pinggul dan punggung, menjadikan duduk untuk jangka masa panjang lebih selesa.
Cara Memanfaatkan Kusyen dan Padding: Duduk dengan kedua tapak kaki melekap pada lantai dan pastikan anda mengelak dari menyilangkan kaki semasa duduk. Ini bagi membantu peredaran darah yang menyeluruh ke kedua bahagian kaki anda.
Bahan yang Digunakan
Bahan seperti jaring (mesh) atau kulit yang lembut boleh meningkatkan keselesaan dengan memastikan pengaliran udara yang baik pada anggota badan yang melekap pada kusyen dan mengurangkan peluh.
Kelas Harga dan Contoh Produk
Apabila memilih kerusi ergonomik, penting untuk mempertimbangkan pelbagai produk dan kelas harga yang tersedia di pasaran. Kerusi ergonomik datang dalam pelbagai harga, bergantung kepada ciri-ciri, bahan, dan jenama. Berikut adalah beberapa kategori harga dan contoh produk yang boleh anda pertimbangkan:
Kerusi Ergonomik Bajet:
Untuk mereka yang mencari kerusi ergonomik yang berpatutan, terdapat banyak pilihan yang menawarkan keselesaan asas dan sokongan yang mencukupi. Contohnya, HAP| Ergonomic Office Chair yang berharga sekitar RM129.00. Kerusi ini mempunyai bahagian belakang ringkas yang memberikan keselesaan tambahan dan menyokong bahagian lumbar anda dengan baik.
Kerusi Ergonomik Pertengahan
Dalam kategori harga pertengahan, anda boleh mendapatkan kerusi dengan lebih banyak ciri dan bahan yang lebih berkualiti. Contohnya, SPACE Ergonomic Chair yang berharga sekitar RM999.00. Kerusi ini direka dengan sokongan tulang belakang boleh dilaras, kusyen berdensiti tinggi dan berjaring, fungsi kecondongan serta ketinggian boleh laras, headrest dan armrest boleh laras, dan yang paling penting, datang dengan waranti oleh pengeluar dan penjual tulen SPACE bagi tempoh 4 Tahun.
Kerusi Ergonomik Premium
Untuk mereka yang mencari kerusi ergonomik dengan ciri-ciri terbaik dan bahan berkualiti tinggi, kerusi dalam kategori premium adalah pilihan yang tepat. Contohnya, AM Office Kingsley Director Chair Highback Chair yang berharga sekitar RM2,657.00. Kerusi ini menawarkan ciri-ciri boss besar dengan rupa dan material yang digunakan. Kalau pekerja biasa macam kita ada Director Chair ni, mana tahu untung-untung boleh naik pangkat jadi boss terus.
Kerusi Ergonomik Dengan Fungsi Urut
Untuk kategori ini, ciri-ciri premium sebuah kerusi ergonomik telah digabungkan dengan Fungsi Mengurut, menjadikan EVIS Zenia Cordless Massage Chair sebagai pilihan utama bagi anda yang kerap berasa lenguh dan sakit badan, tetapi masih tetap perlu menyiapkan kerja yang penting untuk terus bersemangat melakukan tugas. Jika anda bandingkan kerusi ini yang berharga sekitar RM2,657.00 dengan director chair di atas, dan bandingkan perbezaan harga keduanya, pasti lebih terasa berbaloi untuk berbelanja lebih sedikit untuk mendapatkan fungsi yang pastinya memuaskan hati.yang berharga. Lepas ni kalau perlu menyiapkan tugasan penting walaupun lepas dah penat balik bertaichi dalam meeting pun, mesti kerusi ni yang paling dirindu di ofis kan. Hmm.