Panduan Memilih Jenis Meja yang Bersesuaian untuk Ruang Anda

  • Posted in Perabot
  • Updated
  • 15 mins read

Memang umum sangat untuk kita semua menggunakan meja yang pelbagai guna dan murah dari  jenis meja lipat yang biasa kita dapatkan di kedai-kedai perabot dan digunakan di hampir semua ruang yang boleh diletak. Namun, perasan tak anda, menggunakan meja lipat bagi hampir semua keadaan boleh mengundang rasa bosan terhadap rupa bentuk ruang tersebut.

Tidak semua ruang sesuai diletakkan sebuah meja kosong berlipat. Disamping rupa yang membosankan, meja lipat mempunyai fungsi tunggal iaitu meletakkan barang yang perlu, tetapi meja jenis ini tetap menawarkan kosong tambah nilai terhadap seri ruang. Dan admin membayangkan, kalau diletakkan sebuah lukisan diatas meja lipat, pasti akan menimbulkan kejanggalan. Macam tak kena kan?

Bagi menyuntik sedikit idea, mari kita bincangkan situasi berikut.
Anda pasti berkeinginan untuk menghias kawasan laluan ke kamar utama anda yang kosong, dan dengan meletakkan sebuah meja konsol di ruangan tersebut pasti akan menaikkan seri ruang menjadi lebih berfungsi dengan sebuah laci, malah sebuah meja konsol yang cantik akan menambahkan seri bagi lukisan yang anda paparkan di dinding dan tampak lebih positif. 

Namun, bayangkan jika meja konsol tersebut digantikan dengan sebuah meja lipat kosong yang telah kita dapatkan disebuah gedung perabot yang berkonsepkan minimalist. Susah nak dipadankan dan cocok dengan kebanyakan perhiasan yang kita letakkan.Namun, jika kena gaya, ditambah dengan daya kreativiti yang bertingkat, cantik juga hasilnya.

Panduan Memilih Jenis Meja yang Bersesuaian untuk Rumah Anda

Jadi, memilih sebuah meja bagi setiap ruang yang bertepatan akan membantu ruang di rumah atau pejabat anda menjadi lebih cantik dan praktikal. Dan dalam artikel ini, kami ingin membincangkan dengan anda beberapa jenis meja yang boleh disesuaikan dengan setiap ruang, supaya ruang anda tidak lagi nampak kosong dan bosan.

Memilih meja yang tepat untuk setiap ruang di rumah anda adalah penting untuk memastikan keselesaan dan fungsi. Terdapat pelbagai jenis meja yang boleh disesuaikan dengan pelbagai jenis ruang dan fungsi, jadi tak adalah semua ruang dirumah kita hanya dihiasi meja jenis lipat sahaja. Biarlah kena juga dengan gaya yang ingin kita terapkan pada rumah kita.

Kenalpasti Kegunaan Meja

Ketika memilih meja, penting untuk mempertimbangkan tujuannya.

  • Meja makan harus cukup besar untuk menampung keluarga dan rakan-rakan anda.

  • Meja kerja harus mempunyai permukaan yang luas untuk bekerja.

  • Meja kopi harus cukup kecil untuk diletakkan di tengah-tengah ruang tamu.

  • Meja sisi harus cukup tinggi untuk diletakkan di sebelah kerusi atau sofa.

  • Meja konsol harus cukup panjang untuk diletakkan di belakang sofa atau di sepanjang dinding.

  • Meja hiburan harus mempunyai rak atau laci untuk menyimpan peralatan hiburan.

  • Meja lipat harus mudah dilipat dan disimpan.

Dengan mempertimbangkan tujuan meja, anda boleh memilih meja yang sesuai untuk rumah anda.

Sebelum membeli, tanya diri anda, untuk apa meja itu akan digunakan? Adakah untuk makan, bekerja, atau hiasan? Jawapan anda akan menentukan jenis meja yang anda perlukan.

Pilih Gaya yang Sesuai

Setelah anda mengetahui tujuan meja yang anda perlukan, langkah seterusnya adalah memilih gaya meja yang sesuai dengan dekorasi rumah anda.

  • Gaya Moden – Meja moden biasanya mempunyai garis yang bersih dan reka bentuk yang minimalis. Meja moden sering dibuat daripada bahan seperti kaca, logam, atau kayu yang diproses.

  • Gaya Klasik – Meja klasik mempunyai reka bentuk yang tradisional dan elegan. Meja klasik sering dibuat daripada kayu yang berkualiti tinggi.

  • Gaya Rustik – Meja rustik mempunyai reka bentuk yang kasar dan tidak sempurna. Meja rustik sering dibuat daripada kayu yang tidak diproses atau kayu yang telah diproses secara kasar.

  • Gaya Eklektik – Meja eklektik mempunyai reka bentuk yang unik dan tidak konvensional. Meja eklektik sering dibuat daripada gabungan bahan yang berbeza.

  • Gaya Industri – Meja industri mempunyai reka bentuk yang kasar dan tidak sempurna. Meja industri sering dibuat daripada bahan seperti logam, kayu, atau konkrit.

Ketika memilih gaya meja, penting untuk mempertimbangkan gaya keseluruhan rumah anda. Meja harus sesuai dengan warna, bahan, dan reka bentuk yang lain di dalam rumah anda.

Selain itu, anda juga perlu mempertimbangkan saiz meja. Meja harus cukup besar untuk memenuhi keperluan anda, tetapi tidak terlalu besar sehingga mengambil terlalu banyak ruang.

Dengan mempertimbangkan gaya dan saiz meja, anda boleh memilih meja yang sesuai dengan dekorasi rumah anda.

Ukur Ruang Anda

Sebelum membeli meja, penting untuk mengukur ruang di mana meja akan diletakkan. Ini akan membantu memastikan bahawa meja yang anda pilih akan sesuai dengan tepat dan tidak terlalu besar atau kecil untuk ruang tersebut. Pastikan anda mengukur ruang yang ada sebelum memilih meja.

  • Pilih unit pengukuran. Anda boleh menggunakan meter atau kaki. Kadar tukaran unit bagi keduanya ialah 30.48cm (mudah jika digenapkan 30cm) bagi setiap kaki. Contoh, 5kaki bersamaan 150cm.

  • Ukur panjang dan lebar ruang. Gunakan pita pengukur untuk mengukur panjang dan lebar ruang.

  • Lukis pelan lantai. Lukis pelan lantai ruang tersebut. Labelkan dimensi panjang dan lebar.

  • Pertimbangkan halangan. Pertimbangkan halangan seperti pintu, tingkap, atau perabot lain yang mungkin menghalang ruang.

  • Tentukan lokasi meja. Tentukan di mana anda ingin meletakkan meja. Pastikan terdapat cukup ruang di sekitar meja untuk bergerak dengan selesa.

Bahan Meja

Meja kayu memberikan rasa hangat dan klasik, sementara meja kaca menambah sentuhan moden. Pertimbangkan bahan yang tahan lama dan mudah dijaga.

Kayu

Meja kayu adalah pilihan yang popular kerana ia memberikan penampilan yang klasik dan elegan. Terdapat banyak jenis kayu yang boleh digunakan untuk membuat meja, seperti oak, maple, cherry, dan walnut.

Modern Small Glass Coffee Table - Panduan Memilih Jenis Meja yang Bersesuaian untuk Rumah Anda

Logam

Meja logam adalah pilihan yang tahan lama dan mudah dijaga. Logam yang biasa digunakan untuk membuat meja termasuk keluli tahan karat, aluminium, dan besi tempa.

Panduan Memilih Jenis Meja yang Bersesuaian untuk Rumah Anda

Kaca

Meja kaca memberikan penampilan yang moden dan minimalis. Kaca boleh digunakan untuk membuat meja dengan pelbagai bentuk dan saiz.

Panduan Memilih Jenis Meja yang Bersesuaian untuk Rumah Anda

Plastik

Meja plastik merupakan pilihan yang murah dan ringan. Kerana perkembangan industri, plastik boleh digunakan untuk membuat meja yang cukup kukuh dengan pelbagai warna dan gaya. Kalau dulu, meja pasar malam hanya datang dengan warna merah hitam atau putih, sekarang dah makin menarik warna-warnanya. Terang ui.

Gabungan Bahan

Meja juga boleh dibuat daripada gabungan bahan yang berbeza. Sebagai contoh, meja boleh mempunyai rangka logam dengan permukaan kaca atau kayu. Penggunaan bahan yang betul jika dipadankan dengan gubahan warna yang menarik, boleh manaikkan efek premium pada produk meja tersebut. 

Ketika memilih bahan meja, penting untuk mempertimbangkan gaya hidup anda. Jika anda mempunyai anak kecil atau haiwan peliharaan, anda mungkin ingin memilih bahan yang tahan lama dan mudah dibersihkan. Jika anda mencari meja yang lebih ringan, anda mungkin ingin memilih bahan seperti plastik atau kaca.

Keselesaan dan Ergonomikal

Jika meja itu anda akan gunakan untuk bekerja, pastikan ketinggian dan saiznya membolehkan anda duduk dengan selesa dan tidak menyebabkan sakit belakang atau leher. Terdapat beberapa rekaan meja yang memberikan pilihan kepada pengguna untuk melaras ketinggian supaya bersesuaian dengan bentuk tubuh dan ketinggian mereka.

Banyak pilihan yang ada, cuma yang kami berikan contoh disini adalah dari jenis yang menjadi pilihan ramai dengan harga yang berpatutan.

Menariknya meja ini, ia boleh dilaras secara manual atau secara automatik menggunakan kuasa dari motor elektrik. Lebih menarik, fleksibelnya meja ini, jika anda dah bosan sangat nak duduk, laraskan mengikut ketinggian anda berdiri, dan boleh terus buat kerja sambil berdiri. Datang dengan tempat letak headphone, malah untuk mug kopi lagi tu.

Bajet

Tentukan bajet anda dan cuba untuk tidak melebihinya. Ingat, meja yang mahal bukanlah suatu keperluan, tetapi jika mampu, tidak ada masalahnya. Cuma, seperti yang kami suka sarankan, jika terkenan pada sesuatu produk, aktifkan tempoh bertenang selama seminggu supaya anda dapat memberi masa untuk betul-betul berfikir tentang keperluan anda.

Kualiti

Meja yang berkualiti boleh bertahan lebih lama dan menjadi pembelian yang berharga dan baik untuk ruang dan suasana rumah.

Jenis-Jenis Meja: Pilih yang Tepat untuk Ruang Anda

Apakah jenis meja yang paling sesuai untuk ruang Anda? Dari meja makan hingga meja kerja, setiap jenis meja memiliki peranan dan karakteristik tersendiri. Dalam bahagian ini, kita akan bercerita mengenai berbagai jenis meja dan memberikan panduan yang praktikal untuk memilih jenis meja yang bersesuaian dengan kegunaan anda.

Dari meja kopi yang mengundang dan melambai untuk bersantai hingga meja tulis yang nampak kemas dan produktif, mari kita jelajah jenis meja yang akan memwarnai ruang anda.

Bilik Belajar/ Pejabat Rumah dan Bilik Tidur

Meja kerja yang ergonomik adalah penting untuk keselesaan dan produktiviti. meja yang mempunyai ruang yang cukup untuk komputer, ruang penyimpanan dokumen dan bekalan pejabat adalah suatu keperluan. Meja kerja yang mempunyai laci atau ruang penyimpanan tambahan untuk mengatur barang-barang anda pasti membantu mengatur ruang kerja anda menjadi lebih teratur dan kemas. 

Meja Kerja

Meja kerja yang ergonomik adalah penting untuk keselesaan dan produktiviti. meja yang mempunyai ruang yang cukup untuk komputer, ruang penyimpanan dokumen dan bekalan pejabat adalah suatu keperluan. Meja kerja yang mempunyai laci atau ruang penyimpanan tambahan untuk mengatur barang-barang anda pasti membantu mengatur ruang kerja anda menjadi lebih teratur dan kemas. Dan zaman sekarang, makin banyak rekaan futuristik seperti contoh di bawah ni untuk dipilih.

Meja Belajar

Meja belajar umumnya tidak jauh berbeza dengan meja kerja. Asal boleh menulis di permukaan, dengan lebihan ruang untuk disusun buku atau alatan tulis, sudah cukup ciri-ciri sebuah meja belajar. Namun, untuk lebih spesifik dan membantu anda memilih meja belajar untuk anak perempuan anda yang masih kecil, kami sertakan contoh produk yang berjaya menarik perhatian kami.

Juga hadir dalam warna biru baut anak lelaki, meja ini menepati ciri sebuah meja belajar bagi kanak-kanak. Terdapat banyak ruang penyimpanan untuk buku sekolah di bahagian atas dan juga sebuah drawer dibawah meja macam meja sekolah anak-anak. Mesti tak kekok kan. Siap ada tempat gantung beg lagi. Kalaulah kat sekolah kita dulu ada meja ni, mesti hari sabtu ahad pun nak pergi sekolah. Kononnya lah.
Meskipun begitu, semakin menginjak dewasa dengan ketinggian bertambah, anak-anak masih dapat menggunakan meja mereka kerana meja ini dilengkapi fungsi pelarasan ketinggian.

Panduan Memilih Jenis Meja yang Bersesuaian untuk Rumah Anda
Panduan Memilih Jenis Meja yang Bersesuaian untuk Rumah Anda
Panduan Memilih Jenis Meja yang Bersesuaian untuk Rumah Anda

Ruang Makan

Meja makan harus sesuai dengan bilangan orang yang sering makan bersama. Pertimbangkan meja yang boleh diluaskan jika anda suka mengadakan jamuan. Namun, selain meja makan, terdapat beberapa lagi jenis meja yang sesuai diletakkan diruang makan atau dapur seperti yang ingin kami bincangkan di sini.

Meja Makan

Ruang makan umpama pusat atau nadi dalam ruang makan, dan tak salah jika dikatakan sebagai jantung keluarga. Ruang ini bukan hanya tempat untuk menyantap hidangan, tetapi juga tempat berkumpul dengan ahli keluarga dan teman-teman yang berkunjung. Jadi pemilihan meja makan yang bersesuaian dengan ukuran ruangan, jumlah tempat duduk dan gaya dekorasi anda patut diberi perhatian sewajarnya. Adakah anda suka meja kayu yang sejuk mata memandang atau meja moden dengan bahan logam yang licin dan halus? Jenis meja ini akan mencerminkan karakter rumah anda.

Variasi dan jenis meja makan teramat banyak dan beragam bentuk, seperti segi empat, lingkaran, atau oval. Tu belum lagi jika memilih mengikut saiz keluarga. Jadi memilihlah yang sesuai dengan tema ruangan dan pastikan dimensi ruangan cukup untuk menampungnya. Bagi contoh yang kami paparkan disini, biarlah satu dahulu. Di masa akan datang akan kami kongsikan kepelbagaian meja makan untuk anda mencuci mata.

Panduan Memilih Jenis Meja yang Bersesuaian untuk Rumah Anda

Meja Pulau (Island Bar)

Meja pulau atau counter bar boleh menjadi tempat yang baik untuk surirumah atau ibu-ibu menyediakan makanan atau tempat santai berkongsi cerita dengan keluarga, malah kalau ada sanak saudara dan teman rapat, aktiviti membawang dapat dijalankan secara rahsia dan teratur topik yang nak dibincangkan. Jika dahulu, kebanyakan island yang kita jumpa adalah hasil dari built-counter yang hanya boleh dipesan dari kontraktor, kini, terdapat pilihan untuk anda membeli terus rekaan yang siap dibina dari kedai-kedai perabot seperti contoh yang kami berikan di sini.

Meja Kafe

Jika anda ada membuka atau menguruskan sebuah kafe, salah satu perabot yang paling penting yang perlu anda pertimbangkan adalah meja kafe. Meja kafe bukan sahaja berfungsi sebagai tempat untuk pelanggan makan dan minum, tetapi juga boleh mempengaruhi suasana dan gaya keseluruhan kafe anda. Ia juga menyokong kepada interaksi sosial yang santai disamping menjadi port-port kegemaran pelanggan anda untuk berlibur. Makin ramai pelanggan yang suka, makin untunglah secara matematiknya.

Panduan Memilih Jenis Meja yang Bersesuaian untuk Rumah Anda

Ruang Tamu

Pilih meja kopi yang rendah yang sepadan dengan sofa anda. Ini akan menjadi pusat perhatian dan tempat berkumpul keluarga.
– Pastikan meja sisi atau meja hujung ada untuk menyimpan lampu, buku, atau minuman.

Meja Hiburan

Meja hiburan adalah jenis meja yang digunakan untuk menempatkan televisyen, pemain DVD, dan sistem audio. Meja hiburan biasanya mempunyai rak atau laci untuk menyimpan peralatan hiburan.

Jika di Malaysia, kita lebih mengenali meja ini sebagai kabinet, tetapi jika diteliti lebih mendalam, saiz, ketinggiannya boleh dikategorikan sebagai meja juga. Jadi kami berlapang dada untuk memasukkan kabinet TV sebagai meja hiburan.

Panduan Memilih Jenis Meja yang Bersesuaian untuk Rumah Anda

Meja Kopi Ruang Tamu

Meja kopi adalah jenis meja yang kecil dan rendah. Ia biasanya diletakkan di tengah-tengah ruang tamu untuk menyokong interaksi sosial dan kegiatan santai seperti membaca atau menonton televisyen dan fungsi utamanya tentulah digunakan untuk meletakkan cawan kopi, buku, atau majalah. Kini juga digunakan sebagai pendamping sofa dan kursi di ruang tamu dan keluarga.

Panduan Memilih Jenis Meja yang Bersesuaian untuk Rumah Anda

Meja Sisi

Merupakan tambahan yang berguna untuk ruang tamu atau bilik tidur. Meja sisi adalah jenis meja yang kecil dan rendah yang biasanya diletakkan di sebelah kerusi atau sofa dan digunakan untuk meletakkan lampu, cawan, bingkai gambar, atau buku kesayangan anda.

Selain itu meja jenis ini juga merupakan tempat utama untuk meletakkan telefon sewaktu menonton TV, dan jangan terkejut dengan teknologi terkini. Kini dah ada meja sisi bijak dengan pengecas telefon dah macam produk di bawah ni tau. Letak sahaja teledon pintar anda untuk mengecas. Siap ada slot untuk kabel USB.

Di samping itu, anda boleh menyimpan barang berharga juga, dan untuk mengakses ruang simpanan rahsia anda tu, anda perlukan cap jari yang berfungsi. Kalau ada masalah thumbprint di ofis tu, kena hati-hati ye. 

Panduan Memilih Jenis Meja yang Bersesuaian untuk Rumah Anda

Meja Konsol

Meja konsol adalah jenis meja yang panjang dan ramping yang biasanya diletakkan di belakang sofa atau di sepanjang dinding pada laluan dia rumah-rumah. Meja konsol boleh digunakan untuk mempamerkankan perhiasan atau juga menyimpan barang-barang.

Meja konsol boleh menjadi solusi sempurna untuk ruang sempit. Cuma tempatkan di lorong, bawah tangga, atau di dinding kosong sebagai satu cara untuk membuatkan ruang anda tidak nampak kosong. Boleh jadi feature wall tau. Lagi-lagi kalau ada elemen deco pada rekabentuk meja tersebut.

Meja Solek

Meja solek merupakan sebuah meja yang digunakan oleh para wanita bagi menyimpan segala keperluan bersolek mereka disamping ruang duduk bagi bersolek dan menilik nasib. Dan pastikan anda memilih yang berkualiti supaya anda boleh menyimpan segala peralatan bersolek anda tanpa mengakibatkan lantai drawer yang diperbuat dari plainwood nipis tidak melendut. Stres tau.

Produk di bawah ni menarik sebab binaannya yang menggunaka kayu pejal, cirinya yang ada lampu LED untuk mencerahkan muka sebelum mekap dan juga visual glass pada permukaan meja untuk tengok ke dalam drawer. Baru cepat perasan gincu mana yang hilang di tarah anak gadis ye tak.

Panduan Memilih Jenis Meja yang Bersesuaian untuk Rumah Anda

Ruang Pejabat

Meja Kerja

Bagi mereka yang bekerja di pejabat, atau dari rumah atau memerlukan ruang untuk berehat di rumah sambil belajar, meja kerja adalah kemestian. Ini bagi mengelakkan anda keletihan akibat posisi duduk yang lama di samping bagi menjaga kesihatan tulang belakang anda. Pilih meja yang selesa dan memiliki ruang penyimpanan yang cukup untuk alatan kerja anda. 

Meja ini kebiasaannya mempunyai permukaan yang rata dan luas, serta laci atau rak untuk menyimpan barang-barang kerja. Meja kerja yang ergonomik yang biasanya direka dengan ketinggian yang sesuai saiz dan ketinggian badan manusia pasti akan membantu meningkatkan produktiviti dan keselesaan anda.

Panduan Memilih Jenis Meja yang Bersesuaian untuk Rumah Anda

Meja Resepsion

Digunakan di ruang masuk ke kedai, pejabat, hotel dan lai-lain jenis bangunan untuk kebanyakan perniagaan. Biasanya memiliki rekabentuk yang elegan untuk menambat hati pengunjung premis dan berfungsi untuk menyambut tamu. Meskipun kelihatan seperti meja ini menyediakan privasi untuk penjaganya, hanya penjaganya yang tahubetapa terganggunya emosi bila duduk di sini.

Meja Staf (Kubikel)

Sejenis meja yang sering didapati di ruang pejabat-ejabat moden yang dipisahkan dengan pembahagi antara setiap pekerja. Meja kubikel memberikan privasi dan ruang kerja peribadi kepada pekerja, sambil mengekalkan suasana terbuka dan kolaboratif di pejabat tanpa mengorbankan ruang yang ada.

Antara kelebihan lain meja kubikel berbanding meja pekerja individu ialah dari segi ruang kerja dan ruang penyimpanan bahan kerja secara individu, pemusatan dan pengurusan kabel dan utiliti yang lebih teratur, malah meja kubikel lebih menjimatkan perbelanjaan syarikat berbanding dari mendapatkan meja kerja secara individu.

Meja Mesyuarat

Digunakan untuk pertemuan dan diskusi, Meja persidangan memberikan suasana yang profesional dan formal, sambil memastikan keselesaan dan produktiviti peserta perbincangan dan biasanya meja jenis ini bersaiz lebih besar dan memiliki rekabentuk formal berbanding meja bekerja. 

Panduan Memilih Jenis Meja yang Bersesuaian untuk Rumah Anda

Ruang Luar

– Jika anda mempunyai ruang terbuka seperti balkoni atau teres, pertimbangkan meja luar yang tahan cuaca untuk menikmati makanan atau minuman di luar rumah. Dan bawa-bawalah beringat untuk memilih bahan yang tahan lama, mudah disimpan dan mudah dibersihkan, terutama untuk meja yang mungkin jarang digunakan. Yalah, selalunya barang yang jarang digunakan dan diletakkan di luar dengan terdedah kepada pelbagai cuaca ni lebih mudah mereput dan rosak.

Meja lipat atau meja yang diperbuat dari bahan seperti rotan sintetik adalah pilihan yang baik.

Meja Lipat

Meja lipat luar merupakan perabot healing yang berguna untuk pelbagai acara luar, seperti piknik, perkhemahan, atau barbeku. Meja lipat luar direka supaya mudah dibawa dan disimpan, serta mudah dipasang dan dibongkar semula untuk disimpan. Meja jenis ini lah yang selalu dipadan dengan kerusi healing oleh geng-geng healing semasa aktiviti luar. Sampai tak balik.

Panduan Memilih Jenis Meja yang Bersesuaian untuk Rumah Anda

Kesimpulan

Pilihlah meja yang bukan sahaja cantik tetapi juga tahan lama dan mudah dijaga. Warna dan bahan meja harus selaras dengan tema dekorasi rumah anda. Jangan lupa untuk mengukur ruangan anda sebelum membeli meja untuk memastikan ia muat dengan sempurna.

Dengan memahami jenis meja yang berbeza ni, semoga anda dapat membuat pilihan yang terbaik dan dapat memastikan bahawa setiap meja di rumah anda memiliki peranan dan fungsinya yang sesuai.

Semoga tips ini membantu anda dalam mencipta suasana yang indah dan segar di ruangan anda!

Semoga Bermanfaat.