Top 10 Rak Buku Untuk Simpan Buku Sekolah Anak-Anak Di Malaysia 2024

  • Posted in Perabot
  • Updated
  • 7 mins read

Bila anak-anak mula memasuki fasa persekolahan, keperluan untuk menyimpan buku-buku, kertas dan alat tulis naik mendadak macam darah ibu bapa masa tengok kertas ujian anak-anak kan.
“Pusing kanan buku, pusing kiri kertas, pandang depan pensel, langkah ke belakang pemadam.”
Memang pening nak memikirkan di mana dan ruang yang sesuai untuk simpan semua buku-buku tersebut.Di samping memikirkan rak buku yang perlu disediakan, mari kami cadangkan 10 produk rak buku yang pelbagai rupa bentuk dan design dari jenis yang simple hingga kepada yang komplex tetapi cantik mata memandang.

Sebelum kami kenalkan kepada anda produk-produk yang kami cadangkan, berikut adalah perkara penting yang perlu difikirkan ketika memilih sesebuah rak buku:-

Ukuran

Pastikan anda mengukur ruang yang tersedia di rumah anda. Pilih rak buku yang bersaiz lebar jika ada banyak lebihan ruang ditempat yang dipilih, atau yang tinggi jika ruang yang dipilih itu mempunyai ruang yang terbatas.

Bahan

Pertimbangkan bahan yang diinginkan sesuai dengan citarasa dan konsep ruang yang dipilih. Ada produk yang menggunakan bahan seperti kayu, logam, atau kaca, malahan ada sebahagian dari produk yang menggunakkan hampir keseluruhan bahannya daripada plastik. Dan bagaimana bahan tersebut sesuai dengan estetika desain ruang anda.

Keselamatan

Jika anda mempunyai anak-anak di rumah, sudah sepatutnya rak buku yang dipilih adalah dari jenis yang lebih rendah agar mudah dijangkau anak-anak, tanpa perlu mereka memanjat untuk mencapai buku, dan pastikan untuk memasang rak buku ke dinding untuk mengelakkankannya dari tumbang dan terjatuh.

Gaya

Pilih gaya yang sesuai dengan dekorasi rumah anda. Pertimbangkan warna dan bahan yang berpadanan dengan perabot lain disekelilingnya.

Fungsi Tambahan

 Fikirkan tentang ciri-ciri tambahan seperti laci atau rak yang dapat disesuaikan dengan keperluan penyimpanan yang berbeda. Laci diperlukan jika bahan yang perlu disimpan bersifat rahsia, berharga atau janggal untuk dipamerkan diruang hadapan rak.

Manakala rak tambahan mungkin diperlukan jika terdapat lebihan buku/kertas yang mungkin penting atau diluar keperluan umum untuk diakses (tak perlu guna hari-hari), maka disimpan disatu sudut berbeza berdekatan rak buku mungkin satu idea yang bijak.

Senarai Rak Buku Untuk Simpan Buku Sekolah

Dah ada sedikit idea kan apa yang anda fikirkan sesuai dengan keperluan anda, mari kita lihat 10 Produk rak buku untuk anak-anak bersekolah;

3/4/5 Tier Multipurpose Shelf with Door Cabinet Shelves

Rak Buku

Menggunakan frame dari besi dengan lebar 15mm, dengan profile kayu dari campuran komposit, membuatkan rak ini mampu bertahan sehingga 50kg beban, yang boleh diperkukuhkan lagi dengan struktur dari drawer di bahagian bawah menjadikan rak ini sebagai satu pilihan bijak.

Meski didatangkan tanpa kickboard(ruang profile ke lantai sekitar 30-50mm) yang bagi admin boleh memudahkan urusan menyapulantai di bahagian bawah rak.
Sebagai sebuah multipurpose shelf (rak pelbagai guna) anda boleh memuatkan buku, pasu bunga, bingkai gambar keluarga dan dengan memilih pilihan drawer, anda boleh memuatkan barang berharga dan bersifat sentimental supaya tersimpan rapi.

Pilihan warna yang ada adalah putih bagi semua pilihan, dan warna hitam yang hanya didatangkan pada model tanpa laci. Sesuai untuk diletakkan di dalam bilik anak-anak, walaupun min sangsi, kemana hala tuju rak ni karang. Takut melencong ke bilik maknya dulu.

DO Desktop Storage Rack

Rak Buku

Bagi anak-anak yang sudah mempunyai meja tulis sendiri, produk ini boleh dijadikan pasangan kepada meja tulis. Mempunyai frame besi berukuran 12mmx2mm, tanpa bucu tajam pada frame, dan berprofilkan kayu komposit, reka bentuk ini boleh admin katakan menarik.

Didatangkan dengan pilihan rak sehingga 3 tingkat, ruang yang banyak ini boleh memudahkan kerja mengemas dan menyusun. Terdapat juga pilihan untuk meletakkan skrin komputer dengan ruang penyimpanan di bawah.

5/4 Tier Book shelf Rack

Rak Buku

Design modern bingkai besi berwarna hitam dengan profil kayu berwarna oak memang nampak kemas, lebih-lebih lagi bila penuh buku disusun teratur kan. Bingkai besi berukuran 15mm, menampakkan kekukuhan rak ini, ditambah dengan warna alami pada kayu profil selebar 12mm, ditambah pula backplane di setiap tingkat rak memang menambahkan lagi betapa gagahnya rupa rak ni.

Berketinggian 174cm bagi pilihan 6 Tingkat, dengan jarak bagi setiap tingkat sebanyak 30cm, anda boleh memuatkan sebesar-besar ke sekecil-kecil buku dan alat tulis.

Boleh juga digunakan sebagai rak untuk mempamerkan bahan-bahan koleksi anda di ruang tamu. Cuma min nak pesan, jangan lupa belikan rak buku untuk anak tu. Juga terdapat pilihan frame berwarna putih.

Wooden Multipurpose Rack

Rak Buku

Rak asas yang bagi min kalau digabung dan disusun sebelah menyebelah memang akan nampak kukuh dan sesuai untuk mana-mana ruang. Datang dengan pilihan warna putih dan warna kayu, tapi kalau min suka betul pilih warna kayu, dan disusun kemas-kemas memang naik seri ruang tu. Ruang penyimpanan berukuran 30cm lebar dan tinggi.

Gambar rak mainan dari Shopee reviewer n*****5

Rupa basic macamni pun anak-anak dah teruja nak menyusun. Cuma mungkin akan jadi ruang letak mainan banding dengan buku-buku kan. Agak dah budak-budak ni.

Multi layer Simple Bookshelf Nonwoven

Rak Buku

Cara pemasangannya mudah, cuma cucuk sana cucuk sini, dah siap. Profilnya bermaterialkan stainles steel yang disambung kepada braket plastic sehingga membentuk frame, dan dilitupi tekstil plastik.

Cara pemasangan rak buku

Amy Book Shelf Multi-Compartment Big Storage Cabinet

Rak kabinet

Bersaiz 60cm panjang, 180cm tinggi, dan lebar 22cm, didatangkan dalam pilihan warna putih dan warna kayu. Terdapat juga pilihan untuk kabinet atau terbuka dibahagian bawah.

Dan seperti biasa, admin lebih sukakan warna kayu untuk menyerlahkan profile ruang. Tapi kalau dah dapat kat budak-budak, apa diaorang kisah ye tak. beryuhuu je waktu menyusun dalam rak baru.

**Min nampak kalau digabungkan 2-3 rak sebelah menyebelah akan membuatkan sudut dinding menjadi seakan-akan featured wall yang akan memberi fokus kepada buku-buku atau hiasan. Pasti ruang tu akan menjadi lebih menarik.

Multifunctional Storage Rack Household Book Rack With Wheel

Rak Buku dengan roda

Datang dengan pilihan sehingga 5 lapisan/tingkat penyimpanan, dengan tinggi maksimum 118.5cm, produk ini lebih mobil dan boleh ditolak kemana-mana saja; walaupun ke depan pintu waktu pagi masa anak terlupa susun buku malam sebelum dihantar ke sekolah.

No Installation Removable Rak Buku

Rak Buku Tanpa perlu memusing skru

Percaya tak anda bahawa ada produk rak yang boleh tahan besar yang tak perlu kunci-kunci skru pun. Keluarkan dari kotak, buka lipatan dan pasang roda sahaja. Cuma perlu dipasang hook untuk mengunci. Datang dengan pilihan sehingga 5lapisan/tingkat, anda boleh memilih antara warna hitam atau putih.

Rak ini bersaiz 71.5cm panjang, 34cm lebar dan tinggi bagi varian 5layer ialah 162.5cm. Dah tinggi orang. Ruang antara profil pula 30cm. Memang sesuai sangat untuk simpan buku anak-anak.

Kenzzo :Glant Multi Layer Storage Rack

Rak Buku Besar Kenzzo

Berketinggian seorang pemain bola, iaitu 180cm,terlalu banyak barangan dan buku yang boleh disimpan, cuma perlu pastikan bahagian atas tidak diletakkan barang dalam kuantiti yang terlalu banyak sehingga boleh menyebabkan rak menjadi tidak stabil.

Atau dicadangkan, ikat terus rak ini ke dinding dengan skru supaya tak tumbang. Rak buku ni boleh dikongsi mak ayah dan juga anak-anak untuk menyimpan segala buku dan hiasan rumah. Ibu bapa di bahagian atas dan anak-anak2 dibahagian bawah.

SimHome 3/5 Layers Large Capacity dustproof Bookshelf Cabinet with Door

Rak Buku Besar Berpintu

Satu lagi rak yang sesuai dijadikan rak buku yang menggunakan konsep unfold to install. Cara pemasangan yang mudah dan cepat dengan slot tersedia yang mengunci kedudukan dan kestabilan rak anda.

Mempunyai pilihan samada saiz sederhana atau saiz besar sehingga 5lapisan/tingkat dengan ketinggian maksimum bagi sederhana sehingga 138cm dan ketinggian maksimum bagi saiz besar sehingga 169cm.

Bermaterialkan PP(polypropylene) + HIPS (High Impact Polystyrene) + TPR (Thermoplastic Rubber), walaupun kedengaran plastic, tetapi mampu menahan beban dan impak yang tinggi.

Ciri menarik pada produk ini antaranya pintu bermagnet separa lutsinar, dan roda yang boleh dikunci, malah juga dengan set yang tidak digunakan boleh dilipat kembali dan disimpan ke stor, cuma jangan lama sangat disimpan, takut jadi khazanah lama yang bakal dilupakan macam barang-barang yang lain.

Leave a Reply