Top 5 Set Sofa Untuk Rakyat Malaysia 2024

  • Posted in Perabot
  • Updated
  • 6 mins read

Menjadi idaman setiap keluarga untuk mempunyai set sofa di dalam ruang rehat dan ruang berinteraksi bersama ahli keluarga dan tetamu yang hadir ke rumah. Ruang yang santai dan selesa menjadi pertimbangan asas dalam menyusun atur sebuah ruang tamu supaya waktu lapang bersama keluarga seperti waktu menonton drama bersama, berborak dan sesi menyambut tetamu menjadi waktu yang santai dan menggembirakan seluruh ahli keluarga. Jadi pemilihan sofa yang empuk, gebu dan cantik mata memandang tentulah diberi perhatian bagi setiap keluarga.
**Disclaimer- Dalam artikel ini kami tidak menyenaraikan “sofa bed” kerana fokus artikel ini adalah untuk keselesaan seluruh ahli keluarga. Artikel untuk sofa bed yang terbaik akan kami hasilkan mengikut perancangan kami.

Sebelum kami kenalkan kepada anda produk-produk yang kami cadangkan, berikut adalah perkara penting yang perlu difikirkan ketika memilih set sofa ruang tamu rumah anda;

Ukuran: Pastikan anda mengukur ruang yang tersedia dan keperluan mengikut jumlah ahli keluarga di rumah anda. Ruang yang terbatas mungkin memerlukan sebuah sofa 3-seater(tempat duduk) sahaja dan digabungkan dengan satu atau dua sofa 1-seater yang agak kontra bagi menjadikan ruang tidak menjadi biasa dan bosan. Dan sediakan lebihan bantal hiasan, supaya ahli keluarga yang tak dapat duduk di sofa tidaklah merajuk sendirian di atas lantai beralaskan karpet yang gebu.

Kualiti dan Bahan Binaan Sofa: Kebanyakan set sofa memang diperbuat daripada kayu, tetapi pastikan dahulu kayuan jenis apa dan ketahanannya. Sesetengah pengeluar menghasilkan sofa dari kayu yang agak lembut, namun kebanyakan dari jenis kayu keras.

Warna dan Corak: Pilih warna sofa yang neutral (putih, beige, krim, hitam atau kelabu) dan bersesuaian dengan warna cat rumah anda. Dengan memilih warna neutral, anda memastikan sofa anda kekal versetail dan tidak lapuk ditelan waktu untuk ruang kediaman anda. Malah warna neutral memberi fleksibiliti kepada anda ketika anda memilih warna ruang tamu dan perabot baharu di masa mendatang.

Keselesaan: Pilihlah set sofa yang anda yakin binaannya dapat membantu anda selesa. Ini dapat dikesan jika ruang duduknya nampak gebu dan empuk. Selalunya memang yang gebu-gebas ni empuk-empuk, yang rata memang keras sikit lah kan.

Dah ada sedikit idea kan apa yang anda fikirkan sesuai dengan keperluan anda, mari kami senaraikan 10 Produk Set Sofa untuk ruang tamu kegemaran anda;

KL light luxury solid wood sofa

KL light luxury solid wood sofa set

Berkonsepkan MUJI yang berasaskan minimalist; bergarisan ringkas tetapi tetap tampil elegan.

Sofa 1/2/3 Seater Dustproof Fabric Sofa Chair Living Room Nordic Furniture Solid Wood kerusi Sofa

Sofa 1/2/3 Seater Dustproof Fabric Sofa Chair Living Room Nordic Furniture Solid Wood kerusi Sofa

Berkonsepkan Nordic yang juga berasaskan minimalist; bergarisan ringkas dan bersih. Walaupun admin tidak mencari sofa yang boleh dijadikan sofa bed, produk ini tampil menjadi sofa tipikal dan dalam masa yang sama boleh dijadikan sofa bed dengan backrestnya boleh dilaras kepada 3 larasan iaitu 100° untuk menegak, 135° untuk mod bersandar, dan 180° untuk mod berbaring. Pada mode 180°, pengeluar menyarankan supaya kaki sokongan digunakan. ***pastikan anda meminta kepada customer support untuk pastikan anda mendapat sistem sokongan untuk mod berbaring.***

SOFA CHESTERFIELD 3seater + 2seater + 1seater + TABLE

SOFA CHESTERFIELD 3seater + 2seater + 1seater + TABLE

Bagi kebanyakan ramai, sofa Chesterfield dah tak dapat dibuang dari benak sejak kali pertama menatap dan duduk sendiri di atas sofa jenis ini. Begitu juga kami yang boleh dikatakan sangat teruja kalau jumpa sofa cehsterfield ni, mesti nak duduk. Tetapi dengan rupa sebegitu, chesterfield menjamin harga jualannya sebagai produk kayangan. Tapi percaya tak anda, bagi produk yang kami perkenalkan ini, harganya teramat mampu milik.

Set ini datang dengan 3 jenis sofa yang tipikal;
1-seater (104cm panjang x 77cm lebar x 76cm tinggi),
2-seater (147cm panjang x 77cm lebar x 76cm tinggi),
3-seater (203cm panjang x 77cm lebar x 76cm tinggi).

Bermaterialkan baldu lembut gebu (yang rata-rata komen positif adalah berkaitan dengan lembut, gebu, lembut gebu, penat tau cek satu-satu) untuk upholstery manakala rangka sofa pula dari Kayu Seraya Hitam berkualiti untuk hasil yang premium dan kukuh.

Premium High Quality European Ashwood Cloud Extra Long 3 Seater Sofa

Premium High Quality European Ashwood Cloud Extra Long 3 Seater Sofa

Bercirikan rekaan mid-century, dengan menggunakan kayu Ashwood sebagai rangka asas yang ringkas tetapi kukuh dan bergaya, dan anda boleh memilih kemasan upholstery dan kusyen dengan pilihan warna dan tekstur kegemaran anda.

Datang dengan 3 jenis tempat duduk seperti berikut;
2.5-seater (170cm panjang x 89cm lebar x 80cm tinggi),
3-seater (210cm panjang x 89cm lebar x 80cm tinggi),
Leg-rest (60cm x 60cm)

Premium High Quality European Ashwood Cloud Extra Long 3 Seater Set Sofa

⚡️LIKE BUG⚡️Lazzo 382 Sofa Set / 1 seater / 2 seater / 3 seater wooden frame canvas seat

⚡️LIKE BUG⚡️Lazzo 382 Sofa Set / 1 seater / 2 seater / 3 seater wooden frame canvas seat

Bagi anda yang mencari set sofa yang mudah, jimat ruang dan juga mesra belanja, kami cadangkan kepada anda untuk mendapatkan set sofa yang serba lengkap ini.

Diperbuat dari kayu Nyatoh bagi rangkanya dan kusyennya yang diperbuat dari span berketebalan 7cm dan berketumpatan tinggi yang menjamin kelembutan, dan pengaliran udara yang baik dan tidak mudah berubah bentuk.

Datang dengan 3 jenis tempat duduk seperti berikut;
1-seater (64cm panjang x 70cm lebar x 75cm tinggi),
2-seater (134cm panjang x 70cm lebar x 75cm tinggi),
3-seater (171cm panjang x 70cm lebar x 75cm tinggi).

⚡️LIKE BUG⚡️Lazzo 382 Sofa Set / 1 seater / 2 seater / 3 seater wooden frame canvas seat

Memilih set sofa boleh menjadi perkara yang mengujakan dan dalam masa yang sama menjadikan kita rambang mata dengan pilihan yang ada. Namun, faktor kos dan bajet harus menjadi pertimbangan penting sebelum membuat sebarang pembelian. Dan kami berharap dengan senarai produk yang kami sertakan disini dapat memberi anda sedikit sebanyak gambaran dan membantu anda membuat sebarang pilihan.

Dan sebelum membeli, pastikan anda meletakkan ruang bertenang “seminggu” untuk benar-benar memikirkan keperluan dan manfaat dari pembelian anda.

Jika anda ingin melihat lebih lanjut tentang jenis-jenis kerusi yang bersesuaian dengan pelbagai ruang di rumah, pejabat dan aktiviti luar rumah anda, kami jemput anda membaca “21 Jenis Kerusi Yang Selesa dan Sesuai untuk Ruang Anda”, boleh klik di link sini.

Semoga Bermanfaat.

Leave a Reply