Susah sebenarnya kalau tak ada dapur bila dah berkeluarga sendiri ni. Nak masak ayam goreng kegemaran yang tersayang pun susah, nak goreng guna air fryer, air fryer pun belum beli lagi. Pilihan yang ada adalah mencari sebuah Dapur Gas Besi 2 Tungku sahaja dulu untuk kegunaan awal berkeluarga. Dan jangan dilupa, sebuah tong gas RM80.00 dari kedai aceh.
Ringkasan Artikel
- 1 Sebab Apa Memilih Dapur Gas Besi 2 Tungku?
- 2 Senarai Dapur Gas Besi 2 Tungku
- 2.1 DAPUR GAS STEEL 2 TUNGKU COREL HG - Harga bermula RM 63.90
- 2.2 Nine Holes Strong Flame Steel Gas Stove - Harga bermula RM149.00 - RM179.90
- 2.3 HOMELUX High Quality Stainless Steel Double Standing Cooker (HST-27SS) - Harga bermula RM319.00 - RM409.99
- 2.4 Cornell Stainless Steel Panel Gas Stove (CGS-S1252SS) - Harga bermula RM77.00 - RM99.00
- 2.5 SwissThomas Dual Gas Stove Stainless (Steel Infrared Burner + 8 Jet Head Nozzle) - Harga bermula RM60.40-RM109.00
- 2.6 Milux Double Burner with Grill Gas Cooker MSS-2500G- Harga bermula RM168.00-RM266.00
- 2.7 Kesimpulan
- 3 Produk Berkaitan
Sebab Apa Memilih Dapur Gas Besi 2 Tungku?
Jika anda memiliki sebuah keluarga yang kecil, iaitu sekurang-kurangnya 3 orang terdiri dari suami, isteri dan seorang anak, maka sebuah dapur Gas 2 Tungku sudah mencukupi. Dan jika anda berada di dalam situasi kecemasan, dan sedang berkira-kira dengan bajet yang terhad, atau dapur kepunyaan anda sekarang rosak, maka ini merupakan sebuah solusi jangka masa pendek yang boleh digunakan buat sementara waktu.
Senarai Dapur Gas Besi 2 Tungku
Justeru, kami mencadangkan anda untuk meneliti senarai dapur Gas Besi 2 tungku yang telah kami kumpulkan disini untuk memudahkan anda menyemak harga, spesifikasi dan memilih jenama dapur mengikut keperluan anda.
DAPUR GAS STEEL 2 TUNGKU COREL HG - Harga bermula RM 63.90

Jenama yang jarang kita dengar, tetapi ada. Sangat asas sehingga kami tidak perlu mengulas apa-apa mengeainya.Â
Ciri-ciri utama:
Mudah dibersihkan:Â Dengan binaan besi bersalut enamel, dapur ini mudah dibersihkan walau dengan hanya menggunakan tisu dapur.
Saiz yang sesuai bagi kebanyakan ruang dapur: Bersaiz 71cm x 33cm x8.5cm
- Murah
- Bahan Berkualiti
Nine Holes Strong Flame Steel Gas Stove - Harga bermula RM149.00 - RM179.90

Bagi anda yang mencari dapur gas besi dengan talaan api yang kuat, produk ini menepati kehendak anda. Â
Ciri-ciri utama:
Talaan api yang kuat:Â Produk ini mempunyai kelebihan untuk anda memasak pada api yang kuat, seragam dan padu meskipun rekaannya hampir sama dengan dapur 2 tungku yang biasa anda dapati.
Saiz yang sesuai bagi kebanyakan ruang dapur: Bersaiz 72cm x 39cm x9.5cm
- Api kuat
- Boleh dipilih kedua-dua dapur api yang kuat atau salah satu sahaja dengan harga yang lebih murah
- Lubang jenis ini kelihatan agak sukar dibersihkan.
HOMELUX High Quality Stainless Steel Double Standing Cooker (HST-27SS) - Harga bermula RM319.00 - RM409.99

Bagi anda yang mencari dapur gas besi 2 tungku, tetapi jika kami cadangkan sebuah dapur gas besi yang boleh berdiri sendiri tanpa perlu anda mencari meja, boleh bukan?
Produk ini direka untuk kerja-kerja memasak profesional, tetapi dengan harga yang boleh dianggap murah, dan dapat menjimatkan perbelanjaan anda tanpa perlu mencari kabinet dapur untuk meletakkan dapur, kami anggap pilihan ini sebagai berbaloi.
Hadir dengan ketinggian 75.5cm, anda hanya perlu menyediakan pelapik berukuran 30cm tinggi untuk anda memasak dengan selesa. Malah produk ini boleh disusun periuk-periuk dan kuali kegunaan anda pada rak bawahnya.Â
Ciri-ciri utama:
Talaan api yang kuat:Â Produk ini mempunyai kelebihan untuk anda memasak pada api yang kuat, seragam dan padu dan yang paling kami gemari, hadir dengan kaki dan rak sendiri.
Saiz: Bersaiz 78cm x 52cm x75.5cm
- Api kuat
- Boleh disusun peralatan dapur lain pada raknya
- Masih perlukan kaki/pelapik (30-50cm tinggi) untuk memasak dengan selesa.
- Lubang jenis ini kelihatan agak sukar dibersihkan.
Cornell Stainless Steel Panel Gas Stove (CGS-S1252SS) - Harga bermula RM77.00 - RM99.00

Produk yang ditawarkan oleh kedai rasmi Cornell ini hadir dengan rekabentuk dapur gas besi asas tetapi direka untuk menala talaan api yang kuat bagi memudahkan kerja-kerja memasak anda. Â
Ciri-ciri utama:
Talaan api yang kuat:Â Produk ini mempunyai kelebihan untuk anda memasak pada api yang kuat, seragam dan padu dengan 8 lubang api yang menghasilkan 6.4kW api.
Saiz yang sesuai bagi kebanyakan ruang dapur: Bersaiz 71cm x 37cm x8.4cm
- Kedai rasmi cornell
- 1 Tahun waranti dari cornell
- Tawaran dari kedai Lotus's di Lazada bagi produk ini lebih murah (RM77)
- Lubang jenis ini kelihatan agak sukar dibersihkan.
- Tawaran dari kedai rasmi Cornell di Shopee bagi produk ini lebih mahal (RM99)
SwissThomas Dual Gas Stove Stainless (Steel Infrared Burner + 8 Jet Head Nozzle) - Harga bermula RM60.40-RM109.00

Dapur gas besi ini hadir dengan 1 jet nozzle dan 1 infrared burner yang boleh digunakan mengikut kesesuaian memasak anda.
Ciri-ciri utama:
Jet Burner:Â Produk ini mempunyai kelebihan untuk anda memasak pada api yang kuat, seragam dan padu dengan 8 lubang api yang menghasilkan 2.2kW api yang sesuai untuk tugasan menggoreng.
Infrared Burner: Dapur jenis ini menghasilkan api yang kuat (1.75kW) tetapi masih dapat menjimatkan gas dan sangat sesuai bagi tugasan memanaskan tanpa merosakkan peralatan dapur anda.Â
Saiz yang sesuai bagi kebanyakan ruang dapur: Bersaiz 71cm x 36cm x8.5cm
- Harga yang murah
- 2 Tahun waranti dari Swiss Thomas
- 40% penjimatan gas
Milux Double Burner with Grill Gas Cooker MSS-2500G- Harga bermula RM168.00-RM266.00

Anda berminat dengan memanggang makanan?
Jika ya, dapur gas besi yang disertakan bersama pemanggang ini patut mencuri perhatian anda. Bercirikan pemanggang sediada pada produk ini beserta 2 buah dapur dengan penyalaan auto, malah ruang pemanggangan direka dengan dulang bagi pengumpulan titisandari bahan panggangan. Pasti tiada halangan lagi bagi anda menyediakan makanan sihat buat keluarga.
Ciri-ciri utama:
Jet Burner:Â Produk ini mempunyai kelebihan untuk anda memasak pada api yang kuat, seragam dan padu dengan 8 lubang api yang menghasilkan 2.2kW api yang sesuai untuk tugasan menggoreng.
Infrared Burner: Dapur jenis ini menghasilkan api yang kuat (1.75kW) tetapi masih dapat menjimatkan gas dan sangat sesuai bagi tugasan memanaskan tanpa merosakkan peralatan dapur anda.Â
Saiz yang sesuai bagi kebanyakan ruang dapur: Bersaiz 75cm x 40cm x13cm
- Pemanggang hadir dengan dulang titisan bagi memudahkan pencucian.
- 1 Tahun waranti dari Milux Malaysia
- Kesan dari memanggang mungkin akan terpercik ke serata dapur, sila bersedia untuk lebih banyak kerja mencuci.
Kesimpulan
Mendapatkan sebuah dapur gas besi 2 tungku memang menjadi keutamaan bagi pasangan baru berkahwin, dan ia amat mudah dibeli dipelbagai pasaraya dan kedai-kedai malah di kedai diy turut dijual.
Meskipun mudah didapatkan, terdapat beberapa produk dapur 2 tungku yang rekaannya dikhususkan kepada pengguna dan cara penggunaannya yang tertentu seperti Milux Double Burner with Grill Gas Cooker yang dikhususkan bagi pemanggang tegar dan jarang dijual dikedai-kedai konvensional yang yang biasa anda lawati.
Namun, admin membayangkan jika admin masih diawal perkahwinan dan belum mendapatkan sebuah dapur, ditambah belum memiliki perabot di dapur seperti kabinet untuk meletakkan dapur, penulis lebih berat untuk mendapatkan sebuah dapur yang tersedia dengan kaki dan ketinggian yang tidak memerlukan admin untuk berbelanja lebih bagi mendapatkan sebuah kabinet dapur. Maka, pilihan terbaik yang admin akan fikirkan tentulah untuk mendapatkan HOMELUX High Quality Stainless Steel Double Standing Cooker yang mempunyai kaki dan ruang penyimpanan tersedia untuk digunakan terus.
Pun begitu, anda lebih memahami keperluan dan cara penggunaan yang anda gemari dan diharap dengan artikel ini dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam membuat keputusan.
*Jika anda turut meninjau-ninjau untuk mendapatkan sebuah oven/ketuhar untuk kegunaan keluarga anda, samada untuk membakar kuih raya, membakar ayam panggang yang berbau enak, atau untuk membakar sendiri roti di rumah anda, kami ada menyediakan artikel untuk anda baca dan membuat penilaian tentang jenis-jenis oven dan penggunaannya.
Untuk terus membaca, sila klik butang dibawah untuk ke artikel berikut.
Perbandingan Jenis Oven, Mana Paling Sesuai Untuk Ayam Panggang?
Produk Berkaitan
