Bagi pasangan yang baru berkahwin, memilih peti ais/sejuk dengan bajet yang terhad memang pastinya sesuatu yang merunsingkan lebih-lebih lagi jika kita tidak pasti kelebihan, kekurangan dan kualiti jenama peti ais yang kita idamkan. Faktor pintu juga memainkan peranan penting dalam memilih sesebuah peti ais, lebih banyak pintu, pastilah lebih baik. Sebagai contoh jenis peti ais 2 pintu.
Lebih mudah untuk melakukan proses menyimpan dan mencari bahan masakan, malah penjimatan tenaga juga menjadi lebih efektif. Namun, proses memilih sesebuah peti ais 2 pintu ini agak memeningkan ditambah dengan lambakan pelbagai jenama dan model di pasaran. Lagi lah kalau baru kali pertama nak mencari peti ais bagi keluarga sendiri.
Yelah, barang nak guna lama, tapi nak kena beli cepat, takkan nak beli bungkus hari-hari pula. Tapi kalau dah beli, takut pula mudah rosak, bil elektrik tinggi.
Jadi disini kami tampilkan beberapa jenama peti ais 2 pintu untuk pilihan anda.
Ringkasan Artikel
- 1 Apa kriteria pemilihan peti sejuk yang kami gunakan?
- 2 Senarai Peti Ais 2 Pintu Berkualiti Premium Bawah RM1000
- 2.1 Midea MDRT268MTB28-MY - Harga bermula RM 888.00
- 2.2 ELBA ER-Q2638(SV) - Harga bermula RM 890.00
- 2.3 Pensonic PRT-2250 - Harga bermula RM 895.00
- 2.4 Hisense RT208N4ASN - Harga bermula RM 869.00
- 2.5 Sharp SJ285MSS - Harga bermula RM 1069.00
- 2.6 Toshiba GR-RT230WE-PMY (UK) - Harga bermula RM 999.00
- 2.7 Toshiba GR-RT230WE-PMY(SS) -Harga bermula RM999.00
- 2.8 Sharp SJ189MS - Harga bermula RM 999.00
- 2.9 Hisense RT286N4ABN1 - Harga bermula RM 989.00
- 3 Soalan Lazim
- 4 Produk Berkaitan
Apa kriteria pemilihan peti sejuk yang kami gunakan?
Jaminan
Sama ada jaminan bagi kompresor mahupun jaminan bagi produk itu sendiri. Ini penting supaya anda mendapat jaminan sekurang-kurangnya 1 hingga 2 tahun selepas anda membeli. Taknak lah lepas beli 3 bulan, dah kena cari peti sejuk baru.
Saiz dan isipadu peti sejuk
Hal ini penting disebabkan lebih besar ruang dan isipadu, bermakna lebih banyak bahan makanan yang boleh anda simpan. Kami juga memberatkan peti ais 2 pintu sebagai keutamaan mamilih kami.
Harga dibawah RM1000.00
Semua orang faham bajet yang terhad tetapi peti sejuk adalah keperluan bagi setiap keluarga. Jadi kami meletakkan tanda aras harga RM1000.00 bagi produk peti ais 2 pintu pilihan kami.
Fungsi Tambahan
Jika dijual pada harga yang boleh dikatakan murah, tetapi masih terselit satu dua fungsi tambahan, bukankah perbelanjaan itu boleh kita katakan sebagai perbelanjaan yang berbaloi. Namun itu terpulang pada keperluan dan pilihan individu.
Senarai Peti Ais 2 Pintu Berkualiti Premium Bawah RM1000
Mari kita teruskan meneliti produk-produk peti ais 2 pintu di bawah. Perubahan harga adalah tertakluk pada perubahan yang dilakukan oleh penjual dan diluar kawalan kami. Namun, kami akan terus mengemaskini senarai kami mengikut model produk dan harga semasa.
Midea MDRT268MTB28-MY - Harga bermula RM 888.00
Peti ais 2 pintu berkapasiti kasar 200 L, berukuran 0.545(L)x0.61(P)x1.267m(T), dengan sistem Inverter Quattro untuk penjimatan tenaga optimum, Smart Sensor nya pula membantu mengekalkan suhu sejuk dalaman secara optimum, dan fungsi Active-C Fresh nya yang sangat berguna untuk menyah-bau bauan di dalam peti.
Produk ini juga disertakan beberapa aksesori seperti talam telur khas, talam ais yang besar, dan 1 kotak chiller.
- 10 Tahun waranti kompressor
- Active-C Fresh (deodorizer System)
- 1 Tahun waranti produk
- 3- Bintang Energy Efficient Label (EEL)
Midea adalah jenama yang dikenali dalam dunia peralatan rumah. Produk mereka, dari penghawa dingin hingga peralatan dapur, dikenali kerana kebolehpercayaan dan ciri-ciri inovatif, menjadikan mereka pilihan popular di kalangan pengguna.
ELBA ER-Q2638(SV) - Harga bermula RM 890.00
Berkapasiti kasar 250 L, berukuran 0.545(L)x0.595(P)x1.417m(T), peti ais 2 pintu ini menawarkan ruang yang cukup untuk menyimpan segala keperluan dapur . Teknologi Total No Frost memastikan tiada pembentukan ais, menjadikan penyelenggaraan menjadi lebih mudah. Sistem Multi Air Flow pula menjamin udara sejuk diedarkan secara merata dalam peti ais, memastikan makanan kekal segar dengan lebih lama.
Ditambah dengan Movable dan Twist Ice Maker memudahkan pembuatan ais. Selain itu, model ini dilengkapi dengan zon Nutri Fresh+ (bagi keluarga yang suka makan sayur macam admin) yang membantu memelihara nutrisi dan kesegaran buah-buahan serta sayur-sayuran. Rak kaca yang boleh laras memberikan fleksibiliti untuk mengatur ruang simpanan mengikut keperluan, ketinggian dan berat periuk, yelah, nak simpan periuk dalam peti ais pun senang (ke admin sorang je buat?).
Dan yang menarik, ia datang dengan jaminan 10 tahun untuk kompresornya, dah tak perlu fikir untuk 10 tahun mendatang. Cuma jangan simpan periuk korang dalam ni sampai 10 tahun sudah la ye.
- 10 Tahun Waranti Kompressor
- 4- Bintang Energy Efficient Label (EEL)
Dengan reka bentuk yang elegan dan fungsi yang efisien, ELBA ER-Q2638(SV) adalah pilihan yang bijak untuk dapur moden. Ia bukan sahaja membantu menyimpan makanan dalam keadaan terbaik, tetapi juga dengan design yang lawa dan kemas ni akan menambah estetika ke ruang dapur korang.
Pensonic PRT-2250 - Harga bermula RM 895.00
Pensonic PRT-2250 bukan sekadar peti ais 2 pintu biasa dari Pensonic, salah satu jenama yang menjadi kebanggan kita di Malaysia yang juga direka bagi orang Malaysia dengan cap Climate-T (T tu admin rasa tropika). Model ni adalah gabungan teknologi inovatif dan reka bentuk yang elegan. Dengan kapasiti 225 liter, dan kapasiti bersih 201L, berukuran 0.545(L)x0.590(P)x1.465m(T), dah cukup menawarkan ruang yang cukup untuk menyimpan segala keperluan dapur.
Apa yang menarik perhatian adalah reka bentuk tanpa bingkai dengan pintu PCM berwarna perak yang memberikan sentuhan moden kepada rekabentuk tu sendiri. Malah, produk ini hadir dengan kaki yang boleh dilaras, memudahkan betul kalau nak menyapu sampah bawah peti. Dah takde alasan untuk tak menyapu bawah peti.
Salah satu ciri yang paling menonjol adalah sistem defrost automatik yang akan memudahkan penyelenggaraan, menjadikan PRT-2250 pilihan yang praktikal untuk seorang perdana menteri rumah tangga yang sibuk memanjang.
Selain itu, lampu LED dalaman menyediakan pencahayaan yang baik, memudahkan pencarian makanan tanpa membazir tenaga. Takkan nak menyeluk peti ais dalam gelap kan.
Gas yang digunakan adalah dari jenis R600A, yang telah dipastikan sebagai bahan mesra alam. Dan dari segi penjimatan tenaga, meskipun berstatus non-inverter, PRT-2250 memegang rating penjimatan tenaga 5 bintang, menjadikannya pilihan bijak untuk korang (dan admin) yang prihatin terhadap penggunaan tenaga dan impak kepada alam sekitar. Ditambah dengan jaminan motor selama 10 tahun, yakinlah korang bahawa peti ais 2 pintu ini akan menjadi pelaburan jangka panjang yang berbaloi.
- 10 Tahun Waranti Kompressor
- 5- Bintang Energy Efficient Label (EEL)
- Sistem Auto Defrost
- Bukan sistem Inverter
Kesejukan yang Inovatif dan Efisien bagi orang Malaysia.
Secara keseluruhannya, Pensonic PRT-2250 menawarkan kombinasi yang menarik antara gaya, dan fungsi. Ia pasti akan menjadi tambahan yang berharga di dapur mana pun.
Hisense RT208N4ASN - Harga bermula RM 869.00
Peti ais 2 pintu ini Berkapasiti kasar 200 L, berukuran 0.475(L)x0.557(P)x1.44m(T), dilengkapi dengan beberapa aksesori seperti talam telur khas, talam ais besar, dan kotak chiller. Ia juga mempunyai sistem kawalan suhu elektronik digital dan kawalan kelembapan supaya sayur-sayuran anda kekal segar.
Produk ini menggunapakai sistem Frost Free dan Fan Cooling di mana ini membantu dalam menjaga suhu sejuk optimum di dalam peti ais. Dan ruangan dalam peti ini dilengkapi pencahayaan baik dari lampu dalaman berasaskan LED.
- 12 Tahun waranti kompressor
- Frost Free/ Fan Cooling
- 3- Bintang Energy Efficient Label (EEL)
Hisense adalah jenama yang dikenali dalam dunia peralatan rumah. Produk mereka, dari penghawa dingin hingga peralatan dapur, dikenali kerana kebolehpercayaan dan ciri-ciri inovatif, menjadikan mereka pilihan popular di kalangan pengguna
Sharp SJ285MSS - Harga bermula RM 1069.00
“Apa, produk ini bermula dengan harga RM1069.00. Dah lebih RM69.00 dari threshld yang dah ditetapkan oleh admin sendiri iaitu peti ais di bawah harga RM1000.”
– Pertamanya, dalam senarai ini iaitu peti ais 2 pintu berkualiti berharga RM1000 ke bawah, Peti Ais 2 Pintu ini merupakan peti ais dengan kapasiti terbesar di dalam senarai iaitu dengan 280L.
Dan
– keduanya, mungkin kerana terdapat peningkatan kos bagi produk ini, penjual telah menaikkan harga berbanding RM969.00 pada baru-baru ini.
Dan melihat kepada saiznya, dan sedikot mahal berbanding peti ais yang lain dibawah harga RM1000.00, kami mengambil keputusan untuk tetap menyenaraikannya. Bagi kami, jika anda memilih produk ini, ia masih sebuah pilihan yang baik.
Peti ais 2 pintu dari Sharp berkapasiti kasar 280 L, dengan Kapasiti Bersih 224L, berukuran 0.545(L)x0.588(P)x1.56m(T),bagi admin, model ni masih adalah pilihan yang baik. Dengan kapasiti 280 liter tersebut, peti ais 2 pintu ini menawarkan ruang yang cukup untuk menyimpan segala keperluan dapur anda. Ciri AG+ Nano Deodorizer adalah tambahan yang sangat membantu mengawal tahap bau-bauan kurang enak dalam peti ais setiap suri rumah, mengurangkan bau dan bakteria, dan tetap menjaga kesegaran makanan anda menjadi lebih lama.
Tambah dengan rak kaca tahan lasak menambah keanggunan dan ketahanan, sementara pencahayaan LED yang canggih memudahkan pencarian barang. Walaupun sekadar dengan penarafan 3 bintang untuk kecekapan tenaga, masih boleh lagi la nak kata mesra alam dan mesra poket dalam jangka panjang.
Dengan reka bentuk yang elegan dan fungsi yang praktikal, ini mungkin boleh masuk dalam senarai pilihan untuk penuhkan ruang kat dapur korang tu.
- 10 Tahun waranti kompressor
- 3- Bintang Energy Efficient Label (EEL)
- 1 tahun Waranti Produk
- Non- Inverter
Toshiba GR-RT230WE-PMY (UK) - Harga bermula RM 999.00
Dua beradik dengan model peti ais 2 pintu di atas, berkapasiti 220 L, berukuran 0.54(L)x0.62(P)x1.285m(T), kapasiti freezer 61L, lampu kompartmen berLED, rak gelas mudah laras, zon sejuk untuk sejukkan daging di bahagian cooler, ruang untuk botol 1.5L, ruang penyimpanan sayur berkapasiti 12L, multi air flow untuk kestabilan suhu dan cepat sejuk, dan ciri PUREBIO untuk menyerap bau (deodorize) menjadikan Toshiba GR-RT252WE ini patut masuk calon peti ais 2 pintu korang yang pertama.
- 12 Tahun waranti kompressor
- 2 Tahun waranti produk
- Pure Bio (deodorizer System)
Bagi anda yang nak tambah tempoh waranti, Seller ni ada menyediakan servis tersebut, malah jika anda rasa nak tambah bajet sikit, boleh lihat pada link di atas yang mana seller ini ada menjual model peti ais 2 pintu dari Toshiba yang lain pada kapasiti 220L, 270 L dan 310L dengan pilihan warna antara “Silver Star” dan “Urban Black”.
Toshiba GR-RT230WE-PMY(SS) -Harga bermula RM999.00
Dengan kapasiti 220 L, peti ais 2 pintu ini berukuran 0.54(L)x0.62(P)x1.345m(T), kapasiti freezer 61L, rak gelas mudah laras, ruang untuk botol 1.5L, multi air flow untuk kestabilan suhu dan cepat sejuk, dan ciri PUREBIO untuk menyerap bau (deodorize) menjadikan Toshiba GR-RT252WE ini patut masuk calon peti sejuk anda yang pertama.
- 2 tahun Waranti Produk
- 10 Tahun waranti kompressor
- 5- Bintang Energy Efficient Label (EEL)
- Tiada warna selain silver
Bagi anda yang belum tahu, model-model dari Toshiba secara umumnya kerap mendapat maklum balas positif dari para pengguna dari segi kecekapan tenaga, ruang penyimpanan yang besar dan juga reka bentuk yang terkini dan moden. Ia boleh diharap dan mudah dibersihkan juga tau.
Sharp SJ189MS - Harga bermula RM 999.00
Berkapasiti kasar 170 L, peti ais 2 pintu dari Sharp ini hadir dengan Kapasiti Bersih 150L, berukuran 0.535(L)x0.595(P)x1.275m(T), walaupun jelas kecil sedikit, SJ189MS merupakan pilihan kompak dan efisien untuk dapur-dapur moden. Kelebihan model ni berbanding model SJS285MSS adalah ;SJ-189MS ni mengguna pakai sistem J-Tech Inverter, manakala SJS285MSS pula bukan jenis inverter.
Merupakan sebahagian daripada siri i-Huggy, yang kompak dan efisien yang semakin mendapat populariti di Malaysia. Dengan kapasiti kasar sebanyak 170 liter, peti ais 2 pintu ini sesuai untuk dapur-dapur moden yang memerlukan penyelesaian penyimpanan yang tidak memakan banyak ruang. Reka bentuknya yang elegan dan fungsi-fungsi canggih seperti sistem penyejukan yang seragam dan rak-rak yang boleh laras menjadikannya pilihan yang menarik bagi pengguna yang mencari gabungan antara gaya dan kepraktisan.
Selain itu juga, peti ais 2 pintu ini dilengkapi dengan ciri-ciri mesra pengguna seperti pengawal suhu yang mudah laras dan lampu dalaman LED yang menjimatkan tenaga. Ini menjadikan pengurusan dan penggunaan harian menjadi lebih mudah dan efektif. Dengan penekanan pada kecekapan tenaga, peti ais 2 pintu Sharp SJ-189MS juga membantu pengguna mengurangkan jejak karbon mereka sambil menjimatkan kos bil elektrik.
- Teknologi J-Tech Inverter
- 1 Tahun Waranti Produk
- 3- Bintang Energy Efficient Label (EEL)
Secara keseluruhan, Sharp SJ-189MS adalah pilihan bijak bagi mereka yang mencari peti ais 2 pintu yang berdaya tahan, ekonomik, dan sesuai dengan gaya hidup moden. Ia bukan sahaja memenuhi keperluan asas penyimpanan makanan tetapi juga menambah estetika dan kecanggihan ke dalam alam dapur korang. sesuai kan dengan nama “i-huggy” dia, kompak comel je.
Hisense RT286N4ABN1 - Harga bermula RM 989.00
Berkapasiti kasar 240 L, kapasiti bersih 205L berukuran 0.581(L)x0.594(P)x1.508m(T), Hisense RT286N4ABN1 mungkin jawapan yang cukup untuk keperluan harian sebuah keluarga sederhana. Dengan penarafan tenaga 5 bintang, peti ais 2 pintu ini menjanjikan efisiensi penggunaan tenaga yang tinggi, menjadikannya pilihan yang bijak untuk jangka panjang.
Reka bentuknya yang elegan dengan panel hitam metal dan pemegang yang tersembunyi menambah estetika pada dapur moden. Teknologi inverter yang digunakan memastikan operasi yang senyap dan menjimatkan tenaga, sementara sistem penyejukan bebas frost menjamin bahawa tiada pembekuan tidak diingini yang akan mengganggu penggunaan harian.
Untuk kemudahan tambahan, ia dilengkapi dengan rak sayur-sayuran, penutup crisper sayur-sayuran, dan dulang telur, yang semuanya membantu mengatur ruang penyimpanan dengan lebih efektif.
- Sistem Inverter
- 5- Bintang Energy Efficient Label (EEL)
Secara keseluruhan, Hisense RT286N4ABN1 adalah pilihan yang hebat bagi mereka yang mencari peti ais 2 pintu yang tahan lama, efisien, dan bergaya. Apakah pendapat korang?
Soalan Lazim
Apakah ciri dan kriteria dalam memilih sesebuah peti sejuk?
Pastikan peti sejuk mempunyai rak dan ruang yang mencukupi untuk menyimpan makanan dan minuman harian.
Pilih kapasiti yang sesuai dengan keperluan keluarga anda.
Tetapkan bajet yang sedia ada dan cari peti sejuk yang memenuhi keperluan anda.
Jangan terlalu mahal atau terlalu murah.
Pilih peti sejuk berkualiti tinggi yang tahan lama dan berfungsi dengan baik.
Perhatikan ciri-ciri menarik dan berguna.
Pertimbangkan reka bentuk yang sesuai dengan dapur anda.
Cari peti sejuk dengan fungsi seperti pengawet makanan, pengawal suhu, dan pencair ais.
Rujuk ulasan dan jenama yang terkenal untuk memastikan kualiti dan prestasi peti sejuk.