“Bila tiba hari raya,semua insan bergembira “. Ha semua duk plan cari baju raya dah kan.
Tinggal lagi berapa hari je lagi ni untuk cari-cari baju raya buat keluarga terutama sang laki dan anak-anak jantan awak tu. Walaupun belum habis puasa, keperluan beraya keluarga yang perlu dibeli dah pun terawang-awang di benak ibu-ibu kan?. Tambah-tambah baju raya sang suami dan anak lelaki.
Dalam mencari tu, mesti la dicari baju raya yang design up-to-date, baru lah anak jiran terbeliak mata memandang ye dak.
Bagi artikel ini, kami akan menumpukan kepada #bajurayamelayu supaya tidak memeningkan pembaca kami dalam memilih. Jika anda mencari baju kurta, atau jubah bagi lelaki, nantikan artikel kami yang akan menyusul.
Ringkasan Artikel
BAJU MELAYU ULTIMATE 2.0 GEMKEEP SLIM FIT



Jenama Gemkeep menawarkan baju melayu slim fit dari material ABLOH CREPE yang dipuji pembeli kerana keselesaan kainnya dengan beberapa pilihan warna premium seperti off white, sand beige, soft green, mustard, black, deep blue, lavender, green blue dan juga burgundy. Anda boleh memilih pilihan saiz dari XXS, XS, S, M, L, XL dan XXL. Disamping itu, pastikan anda dapat beberapa item percuma (pin chain, butang, dan sapu tangan) dari seller.
*pastikan juga anda memilih saiz dari size chart yang disertakan, jangan nanti nak beli baju slim-fit, takut dapatnya nanti baju melayu sampan.
Jangan kata seller tak payung.
'BLUE EDITION' Baju Melayu ULTIMATE by Elrah



Elrah dengan edisi warna biru yang mendamaikan mata bagi yang memandang. Koleksi warna pilihan yang ada antaranya navy blue, baby blue, dan teal blue. Pilihan saiz yang tersedia pula terdiri dari XXS, XS, S, M, L, XL, dan XXL. Diperbuat dari bahan fabrik selesa abloh crepe, mempamerkan pilihan gaya raya tahun 2025 ini dengan segak tanpa merimaskan sang pemakai.
Tema Ungu - Baju Melayu Tailored Fit Bulan Bintang 2025



Bulan Bintang dengan ciri inovatifnya yang terkini dan terbaru, hadir dengan reka bentuk baju melayu cekak musang bercirikan pesak bagi membangkitkan rasa selesa si pemakai, malah ciri mesra wudhu’nya juga memudahkan pemakai ketika mengambil berkerumun di kolah surau dan masjid ketika solat hari raya yang mana rekaan pada lengan dan tulang sisi baju yang boleh dikembangkan dengan zip. Bermaterialkan fabrik satin Royal Versa dan jangan dilupa, anda turut ditawarkan sepasang set Butang Bulan Bintang bagi setiap pembelian.
ANYSON Wear Baju Melayu Como Crepe Tailor Fit Plus Size 7XL Lelaki Dewasa - Pelbagai Warna



Jika anda mementingkan harga yang berpatutan, dengan kualiti dan tahap keselesaan yang bagus, ANYSON menawarkan sepasang baju melayu dengan 18 pilihan warna, dengan saiz dari S sehingga XXL pada harga yang sangat menguntungkan pengguna meskipun pada gaya taylor fit. namun harus diingat, pembelian ini tidak disekalikan bersama butang.
BAJU MELAYU MODEN NAZRI TOYOBO DIAMOND


