Mesin basuh dah jadi macam keperluan wajib yang perlu ada dalam setiap rumah pada zaman sekarang kan. Selain menjimatkan tenaga, mesin basuh membantu menyiapkan cucian tanpa perlu perlu kita berada sentiasa depan mesin basuh tu nak monitor kerjanya siap ke tak (sindiran alert, tak membawang tak sah ye tak.)
Bagi yang merancang untuk membuat pilihan untuk mesin basuh, tapi belum pasti apa yang perlu diutamakan dalam hal memilih mesin basuh yang terbaik, kami sediakan untuk anda membaca perkara-perkara penting sebelum anda membeli sebuah mesin basuh untuk meringankan tugasan harian anda.
Ringkasan Artikel
- 1 Jenis-Jenis Mesin Basuh
- 1.1 Mesin Basuh Automatik Penuh (Fully Automatic Washing Machine)
- 1.2 Mesin Basuh Semi-Automatik (Semi-Automatic Washing Machine)
- 1.3 Mesin Basuh Kompak (Compact Washing Machine)
- 1.4 Mesin Basuh Portable (Portable Washing Machine)
- 1.5 Mesin Basuh Inverter (Inverter Washing Machine)
- 1.6 Mesin Basuh dan Pengering (Washer Dryer)
- 2 Kapasiti Muatan Mesin Basuh
- 3 Faktor-Faktor yang Perlu Dipertimbangkan Dalam Memilih Kapasiti Yang Sesuai
- 4 Kesimpulan
- 5 Produk Berkaitan
Jenis-Jenis Mesin Basuh
Memilih mesin basuh yang sesuai untuk rumah anda adalah penting untuk memastikan pakaian anda dicuci dengan bersih dan efisien. Terdapat beberapa jenis mesin basuh yang boleh anda pertimbangkan, setiap satu dengan kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Berikut adalah jenis-jenis mesin basuh yang paling biasa di pasaran:
Mesin Basuh Automatik Penuh (Fully Automatic Washing Machine)
Jenis mesin basuh automatik penuh adalah pilihan yang paling mudah digunakan kerana semua proses pencucian dilakukan secara automatik. Anda hanya perlu memasukkan pakaian, tuang bahan pencuci, dan memilih program pencucian yang sesuai. Terdapat dua jenis mesin basuh automatik penuh iaitu mesin basuh top load dan mesin basuh front load.
*Sudah diketahui umum bahawa kedua-dua mesin basuh automatik jenis mesin basuh front load dan top load ini memang mempunyai ciri-ciri yang berbeza, malah terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan dalam menggunakan mesin basuh front load berbanding mesin basuh top load dan begitu juga sebaliknya.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perbezaan kedua-dua jenis mesin basuh front load dan top load ini, jemput baca artikel berkaitan perbandingan diantara keduanya dengan menekan butang di bawah.
Perbezaan Mesin Basuh Front Load dan Top Load – Cucian Mana Yang Lebih Bersih?
Muatan Atas (Top Load)
Mesin basuh jenis ini mempunyai pintu di bahagian atas. Pakaian lebih mudah untuk dimuatkan dan dikeluarkan tanpa perlu membongkok. Namun, penggunaan air dan tenaga mungkin lebih tinggi berbanding mesin basuh front load pada kapasiti yang sama.

** Kami telah menyenaraikan beberapa produk mesin basuh top load yang ada dijual di pasaran Malaysia. Jika anda berminat untuk meneliti senarai yang telah kami kumpulkan untuk anda, klik butang di bawah untuk ke laman artikel berikut di bawah.
Best 11 Produk Mesin Basuh Top Load 8kg Pilihan Ramai di Malaysia Tahun 2025
Muatan Depan (Front Load)
Mesin basuh ini mempunyai pintu di bahagian depan. Ia lebih efisien dari segi penggunaan air dan tenaga, serta lebih lembut pada pakaian. Namun, harganya biasanya lebih tinggi dan memerlukan ruang yang lebih besar untuk diletakkan.

** Kami juga turut menyenaraikan beberapa produk mesin basuh front load yang ada dijual di pasaran Malaysia. Jika anda berminat untuk meneliti senarai yang telah kami kumpulkan untuk anda, klik butang di bawah untuk ke laman artikel berikut di bawah.
Senarai 4 Mesin Basuh Front Load 8kg Pilihan Ramai di Malaysia Tahun 2025
Mesin Basuh Semi-Automatik (Semi-Automatic Washing Machine)
Jenis mesin basuh semi-automatik memerlukan sedikit campur tangan manual. Kira macam kata-kata pujangga; “ketuk baru jalan”, tapi bagi mesin basuh jenis semi-automatik ni, nak kena “pulas baru jalan”.
Ia biasanya mempunyai dua tabung/tab, satu tab untuk mencuci dan satu tab lagi untuk spin iaitu mengeluarkan lembapan pada baju (bukan untuk keringkan ye). Dan diantara kedua-dua proses (basuhan dan spin) ini memerlukan anda untuk memindahkan pakaian dari tab pencucian ke tab spin secara manual.
Mesin ini lebih murah dan menggunakan kurang air (bergantung cara penggunaan anda), tetapi memerlukan lebih waktu dan tenaga untuk memantau pencucian. Tapi tak bermakna ianya tak efisien, seperti contoh dibawah, PANASONIC NA-W120G1 12KG WASH / 8KG SPIN TWIN TUB WASHER.

Mesin Basuh Kompak (Compact Washing Machine)
Mesin basuh kompak adalah pilihan yang baik untuk ruang yang terhad seperti apartmen kecil atau asrama. Ia biasanya mempunyai kapasiti yang lebih kecil dan mungkin tidak mempunyai semua ciri-ciri mesin basuh yang lebih besar. Namun, ia mudah alih dan boleh disimpan dengan mudah. Tapi jangan pula tuan puan ingat Xiaomi Mi Washing Machine Mini (1KG) with Integrated Dryer ni periuk nasi walaupun rupa dah macam tu.

Mesin Basuh Portable (Portable Washing Machine)
Mesin basuh portable adalah pilihan yang fleksibel kerana ia boleh dipindahkan dengan mudah. Ia biasanya lebih kecil dan ringan, dan boleh disambungkan ke sinki untuk bekalan air. Mesin ini sesuai untuk mereka yang sering berpindah atau mempunyai ruang yang sangat terhad.

Mesin Basuh Inverter (Inverter Washing Machine)
Jenis mesin basuh inverter menggunakan teknologi inverter untuk mengawal kelajuan motor, menjadikannya lebih efisien dari segi penggunaan tenaga. Ia juga lebih senyap dan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang. Mesin ini biasanya lebih mahal, tetapi penjimatan tenaga dalam jangka panjang boleh mengimbangi kos pembelian awalan yang lebih tinggi.

Mesin Basuh dan Pengering (Washer Dryer)
Washer Dryer tercipta apabila terdapat keperluan untuk pengguna yang tidak mempunyai ruang dan masa untuk menjemur pakaian yang telah kering. Dan melihat kepada lebih ramai golongan urban yang tidak mempunyai masa untuk menjemur pakaian, dan dalam masa yang sama mungkin tiada ruang yang mencukupi untuk ruang jemuran, maka terciptalah jenis mesin basuh bijak yang menggabungkan proses basuhan dan pengeringan di dalam satu peranti.

Kapasiti Muatan Mesin Basuh
Memilih kapasiti muatan mesin basuh yang sesuai adalah penting untuk memastikan kecekapan dan keberkesanan dalam mencuci pakaian. Kapasiti muatan merujuk kepada jumlah maksimum pakaian yang boleh dicuci dalam satu masa, biasanya diukur dalam kilogram (kg). Berikut adalah panduan untuk membantu anda memilih kapasiti muatan yang sesuai berdasarkan keperluan anda:
Mesin Basuh Kapasiti Kecil (1-5 kg)
Mesin basuh dengan kapasiti kecil sesuai untuk individu bujang atau *pasangan baru berkahwin yang masih mencari-cari perkakasan rumah asas yang diperlukan. Ia juga ideal untuk mencuci pakaian kecil seperti tuala, pakaian bayi, atau pakaian harian yang tidak banyak. Mesin basuh ini biasanya datang dari jenis kompak dan portable yang akan menjimatkan ruang.

Mesin Basuh Kapasiti Sederhana (6-8 kg)
Mesin basuh dengan kapasiti sederhana adalah pilihan yang baik untuk keluarga kecil dengan 2-3 orang ahli atau *pasangan baru berkahwin yang mungkin menantikan cahaya mata dan mencari-cari peralatan rumah. Ia mampu mencuci pakaian harian, cadar, dan tuala dalam satu cucian. Mesin basuh ini menawarkan keseimbangan antara saiz dan kecekapan.
*bagi pasangan yang baru berkahwin yang juga sedang mencari peti sejuk yang comel dan berfungsi baik bagi keluarga kecil, kami alu-alukan anda membaca panduan memilih peti sejuk disini.
![Panasonic Washing Machine 8KG [ NA-F80VB7 NA-F80VB7HRT ] - Mesin Basuh Kapasiti Sederhana (6-8 kg)](https://myyakin.com/wp-content/uploads/2024/08/601f6db958900094f83e8cfa1862dd83-1024x399.jpg)
Mesin Basuh Kapasiti Besar (9-12 kg)
Mesin basuh dengan kapasiti besar sesuai untuk keluarga besar dengan lebih daripada 4 orang ahli. Ia mampu mencuci pakaian dalam jumlah yang banyak, termasuk selimut tebal dan langsir. Mesin basuh ini juga sesuai untuk mereka yang mencuci pakaian dalam jumlah yang besar secara berkala.

Mesin Basuh Kapasiti Sangat Besar (13 kg ke atas)
Mesin basuh dengan kapasiti sangat besar adalah pilihan terbaik untuk keluarga yang sangat besar atau untuk kegunaan komersial seperti di dobi. Ia mampu mencuci jumlah pakaian yang sangat banyak dalam satu masa, menjimatkan masa dan tenaga. Salah satu contoh yang dah kami jumpa ialah PANASONIC TD INVERTER ECONAVI WASHING MACHINE 18KG model NAFD18V1BRT ni. Nampak tak, boleh masuk toto. Entah-entah karpet pun boleh sumbat.


Faktor-Faktor yang Perlu Dipertimbangkan Dalam Memilih Kapasiti Yang Sesuai
Jumlah Ahli Keluarga
Semakin ramai ahli keluarga yang anda miliki, maka sebaiknya semakin besar kapasiti muatan yang anda gunakan. Ia bukan saja dapat menjimatkan masa membasuh, tetapi juga sangat membantu menjimatkan tenaga elektrik dan penggunaan air.
Jenis Kain dan Pakaian
Umum menggunakan mesin basuh untuk membasuh baju, tetapi dalam situasi tertentu seperti toto, langsir dan karpet yang perlu dicuci, maka keperluan untuk mempunyai sebuah mesin basuh berkapasiti besar memang akan timbul. Takkan nak hantar ke dobi selalu kan?
Kekerapan Mencuci
Jika anda tinggal seorang atau berdua, tetapi jenis seorang yang kerap mencuci pakaian, maka menggunakan mesin basuh dengan kapasiti sederhana mungkin sudah mencukupi.
Tetapi, jika anda berkeluarga dengan ahli keluarga yang ramai, tetapi tidak mempunyai masa yang banyak untuk mencuci pakaian bagi setiap hari, tidak salah jika baju itu dikumpul untuk dibasuh seminggu sekali, tetapi pilihlah sebuah mesin basuh dengan kapasiti yang lebih besar.
Berapakah kapasiti mesin basuh yang sesuai mengikut bilangan ahli keluarga anda?
6 – 6.5 kg |
Keluarga dengan 2-3 ahli |
20 pakaian, termasuk baju T, seluar (2 setiap satu), tuala, sapu tangan, sarung bantal (2 setiap satu), 1 alas katil besar |
6.5 – 7 Kg |
Keluarga dengan 4-6 ahli |
30-35 pakaian, termasuk baju T, denim dewasa, jean kanak-kanak (2 pasang setiap satu), tuala, sarung bantal (2 setiap satu), dan 2 alas katil besar |
7 – 8 kg |
Keluarga dengan 6-8 ahli |
40 pakaian, termasuk baju T, denim dewasa (3 pasang setiap satu), tuala kecil, sarung bantal, tuala mandi (3 setiap satu), dan 2 alas katil besar |
10 kg |
Keluarga dengan 8+ ahli |
50 pakaian, termasuk baju T, denim dewasa (4 pasang setiap satu), tuala kecil, tuala mandi, sarung bantal (4 setiap satu), dan 3 alas katil besar |
Kesimpulan
Penciptaan dan rekabentuk mesin basuh sudah berkembang lama di era moden ini dan lantas terdapat pelbagai variasi mesin basuh yang teah dicipta bagi disesuaikan mengikut golongan-golongan tertentu yang mempunyai keperluan dan citarasa tersendiri.
Produk Berkaitan
