Kasut Lelaki Idaman: Dari Formal Hingga Kasual, Mana Pilihan Si Dia?

Bagi wanita yang mempunyai pelbagai koleksi kasut yang telah disusun cantik di bilik, ruang tamu, pintu hadapan rumah, kereta dan di ruang kerja ofis, jangan terkejut jika anda berjumpa sesetengah lelaki yang hanya memiliki satu pasang kasut lelaki sahaja untuk menjalani kehidupan seharian. Kasut tu lah yang akan menjadi peneman kerja, dibawa berjoging, dan jangan terkejut, kasut joging tu jugaklah yang akan digayakan waktu hadiri majlis kahwin. Bak kata iklan, ada Aiman kesah?

Lain pulak halnya dengan pasangan mereka, yang mungkin lebih mementingkan penampilan, kasut lelaki seharusnya menjadi pelengkap gaya seorang lelaki, sama ada untuk ke pejabat, majlis formal, atau sekadar keluar santai bersama keluarga. Trend kasut lelaki kini pun dan semakin pelbagai, memberikan lebih banyak pilihan kepada wanita yang ingin menghadiahkan sesuatu yang istimewa buat pasangan mereka. tapi lelaki, mereka tak kisah, janji sarung je kek kaki, dah settle. 

Maka, disinilah datangnya peranan kita sebagai juruhias sang lelaki, dari tidak menjaga penampilan, kepada lebih kemas dan bergaya, cuma jangan melebih sangat hensemnya, banyak mata yang memandang. Sikit-sikit cukup.

Dalam artikel ini, kami akan cuba membantu anda mengenali jenis-jenis kasut bagi lelaki bagi pelbagai acara dan keadaan, dari pelbagai jenis yang ada, dan pelbagai material berbeza.

Jom kita mulakan dengan jenis-jenis gayanya.

Kasut Formal

Untuk Pilihan bergaya untuk majlis mewah dan berpenampilan profesional

Jika anda sedang berkira-kira bagi menghadiri acara majlis makan malam yang mewah dan ragu-ragu kasut yang sesuai untuk dipadankan dengan sut anda, maka kasut formal yang bercirikan kulit samada bertali ataupun dari jenis strap, amat sesuai dikenakan kepada kaki pasangan. Dari gaya klasik dan kepada moden, kasut dari jenis ini juga amat sesuai dipakai ketika bekerja, menampilkan ciri profesionalisma pada pemakai.

Bagaimanapun, terdapat pelbagai jenis gaya pemakaian kasut formal yang kami ingin kenalkan kepada anda supaya mudahkan anda membandingkan gaya dan rupa bentuknya yang berbeza, dan ciri-ciri pemakaiannya.

Kasut Bertali atau "Lace Up"

Gaya kasut kulit bertali memang dikenali sebagai standard teragung bagi gaya klasik dan formal terutamanya kasut jenis Oxford dan Derby, malah juga Black Tie dan juga Brogues. Malah, pemakai akan mendapati ciri utama bagi kasut dari jenis bertali inilah ciri yang paling membantu pemakai menghargai keselesaannya, iaitu kasut yang fit dan ketat yang memeluk kaki ketika berjalan, terutama bagi mereka yang sebelum ini lebih gemar menggunakan slip on (kasut sarung), pasti akan merasai perbezaan utama iaitu kasut bertali sangat kurang geseran dalaman pada kaki yang boleh menyebabkan lepuhan.

Malah, boleh dikatakan kasut dari jenis bertali lebih tahan lama berbanding kasut lain kerana kurang geseran luaran (bergantung gaya dan kekerapan seretan kaki anda), malah tiada getah yang perlu diganti, yelah, dah jenis bertali, ye dok.

Pink leather shoe on wooden table

Kasut sarung atau "Slip On"

Kasut slip on mungkin kedengaran kasual, namun terdapat beberapa jenis kasut slip on yang rekaannya kelihatan santai, namun pada masa yang sama masih mengekalkan aura formal, kemas dan professional, contohnya Loafer, malah rekaan Mocassin, dengan rekaan yang bertradisi dan diperbuat dari kulit yang lembut turut sesuai dipakai bagi ruang semi professional dan santai.

Untuk pengenalan mudah, kasut slip on adalah jenis kasut yang tidak bartali, bertujuan untuk memudahkan pemakaian bagi mereka yang tidak gemar mengikat tali kasut. Mudah dipakai, malah gosek-gosek je pada laintai dan tumit kaki, dan kasut ini pun tertanggal. Memang mudah, menyenangkan dan diminati para lelaki yang “sibuk” dan sentiasa bergerak dari bermacam lokasi dan menghadiri perjumpaan. Malah rekaan kasut slip on juga kebanyakannya dihasilkan dari kulit/ fabrik yang lebih lembut, menjadikannya kasut yang lebih selesa dan ringan.

Kasut Kancing atau Strap

Jika anda biasa melihat kasut bertali pinggang, tetapi dengan rupa seperti ala-ala oxford atau derby, maka ketahuilah, kasut itu dari jenis monk strap. Kasut ini tidak mempunyai tali yang biasa perlu diikat, tetapi lebih kepada rupa seperti tali pinggang yang akan dikancingkan kepada penyangkuknya.