Merupakan penambahan yang lebih besar, premium, dan berkuasa berbanding LED. Jika Panel LED menggunakan satu lapisan LCD untuk menghasilkan cahaya, OLED pula merupakan panel LED yang menghasilkan imej dan cahaya sendiri melalui diod-diod kecil. Disebabkan konfigurasi ini, kadar kecerahan dan kemalapan dapat dikawal sendiri oleh panel OLED itu sendiri tanpa perlu bantuan dari panel lain. tersebut menjadikan paparan OLED terlihat lebih vibrant, jelas, tajam dan kontras berbanding LCD, LED, malah QLED. Disebabkan OLED mampu bekerja sendiri, menjadikan kebanyakan televisyen berpanel jenis OLED juga lebih nipis berbanding panel sebelumnya.
Disebalik keunggulan dan kelebihan ini, terdapat kekurangan pada teknologi OLED. Antaranya;
OLED dengan mudah akan menggunakan tiga kali kuasa berbanding panel LED biasa.
Disebabkan teknologi ini masih baru, terdapat kekangan teknologi, pembuatan, dan permintaan, maka menjadikan panel jenis OLED ini berharga lebih premium. Pengeluar juga lebih menumpukan sumber kepada penghasilan TV bersaiz besar menjadikan kurang pilihan saiz yang ditawarkan di pasaran.
Jangka hayat bagi pixel biru pada panel OLED lebih mudah merosot berbanding pixel merah dan hijau menjadikan dalam jangka masa panjang, kemerosotan tepatan warna akan berlaku.
Tapi ini berlaku selepas hayat 15,000 jam penggunaan. Ini bermakna jika anda menonton TV selama 8jam sehari, maka pada sekitar 1875 hari atau 5.14 Tahun selepas penggunaan, kadar kemungkinan untuk berlaku pengurangan prestasi pada TV OLED anda menjadi semakin tinggi.