Mesin basuh memang tak dinafikan merupakan perkakas rumah yang paling berguna disamping sebuah peti ais. Terdapat pelbagai jenis muatan dan pelbagai kategori bagi produk-produk mesin basuh. Dan diantara yang paling banyak dibeli oleh mereka yang baru memulakan sebuah keluarga adalah mesin basuh top load 8kg dan ke bawah.
Namun, mesin basuh 8kg merupakan pilihan ramai pemula-pemula keluarga di Malaysia, mungkin kerana saiznya yang sedang, harganya pula tidak terlalu mahal tetapi tidaklah terlalu murah, namun yang pastinya, dengan kapasiti sebegini, mampu menyelesaikan pembasuhan secara optimum bagi sebuah keluarga pemula dan kecil. “Just nice”, bak kata orang Cheras.
Ringkasan Artikel
- 1 Senarai Mesin Basuh 8kg Top Load Terbaik
- 1.1 Auto Top-Load (8kg)
- 1.1.1 Panasonic 8kg Aquabeat Washer Washing Machine (NA-F80VB7HRT) - Harga purata RM 1174.06
- 1.1.2 Sharp 8kg No Hole Washing Machine - (ESW809H) - Harga purata RM 1088.19 (Okt'24)
- 1.1.3 Toshiba Top Load Washing Machine (8.0kg) - (AW-M901BM(SG)) - Harga purata RM 1015.30 (Okt'24)
- 1.1.4 Hisense Top Load Washing Machine (8.0kg) - (WTAG8511T) - Harga RM 811.00 (Okt'24)
- 1.1.5 Hisense Top Load Washing Machine (8.0kg) - (WTAR8011G) - Harga RM 719.00 (Okt'24)
- 1.1.6 Haier Top Load Fully Washer (8.0kg) - (HWM80-316S6) - Harga RM 703.00 (Okt'24)
- 1.1.7 Haier Top Load Fully Washer (8.0kg) - (HWM80-1269S2) - Harga RM 739.00 (Okt'24)
- 1.1.8 Haier Top Load Fully Washer (8.0kg) - (HWM80-M826) - Harga RM 729.00 (Okt'24)
- 1.1.9 Khind 8KG Fully Auto Washing Machine (WM80A) - Harga RM 579.00 (Okt'24)
- 1.1.10 Beko 8KG Fully Auto Washing Machine (WTLJI08C1SM) - Harga Purata RM 1045.08 (Okt'24)
- 1.2 Semi-Automatik (8kg)
- 1.1 Auto Top-Load (8kg)
- 2 Soalan Lazim
- 3 Produk Berkaitan
Senarai Mesin Basuh 8kg Top Load Terbaik
Dalam artikel ini kami membandingkan seberapa boleh produk mesin basuh dari kapasiti dan kategori mesin basuh 8kg dari pelbagai jenama, merangkumi kategori semi-auto, auto dari top-load dan juga auto front-load.
Kami juga cuba membuat perbandingan harga demi memudahkan anda membuat sebarang pilihan dengan memberikan harga purata bagi setiap model produk, dan data purata harga kami, kami kumpulkan dari senarai penjual yang menjual model produk serupa (harga purata model serupa hasil carian di shopee), mengikut kemampuan dan keberolehan data yang dapat kami kumpulkan. Kami tidak klaim data kami sebagai sempurna, tetapi, semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat keputusan dan memberi anda sedikit sebanyak info yang telah kami perolehi.
Kami juga tidak berhasrat untuk menyenaraikan produk yang kami dapati mempunyai pengalaman pengguna yang teruk/rendah, demi untuk memudahkan dan memendekkan sebarang senarai yang telah anda catatkan.
Auto Top-Load (8kg)
Panasonic 8kg Aquabeat Washer Washing Machine (NA-F80VB7HRT) - Harga purata RM 1174.06
Kelebihan
Panasonic 8kg Aquabeat Washer Washing Machine-F80VB7HRT menggunakan teknologi aquabeat untuk menghentam pakaian kotor anda dari pelbagai arah dan rupa gelombang. Malah produk ini mempunyai pilihan sehingga 10 program basuhan untuk dimanfaatkan, termasuk program khusus untuk pakaian bayi, pakaian berwarna, dan pakaian halus.
- Teknologi Aquabeat (kawalan gelombang air)
- 10 Program cucian
- Terdapat fungsi Child Lock
- Aqua Spin Rinse membantu meminimakan penggunaan air
- 3 tahun waranti bagi Control Panel
- 12 tahun waranti bagi Motor
- 1 Tahun waranti produk
- 3- Bintang Energy Efficient Label (EEL)
Sharp 8kg No Hole Washing Machine - (ESW809H) - Harga purata RM 1088.19 (Okt'24)
Kelebihan
Mesin basuh top load 8kg dari Sharp yang menampilkan rekaan terbaru dengan tiada lubang (kecuali untuk aliran air keluar) pada tub dram membasuh ini bagi mengawal sebarang bendasing dari memasuki dan disimpan di dalam dram, lantas memelihara tub dram dari menjadi lubuk bakteria. Malah dengan rekaan ini juga, menjadikan penjimatan air menjadi lebih baik kerana tiada ruang diluar tub yang perlu diisi air. Sharp juga mendakwa dengan rekaan ini dapat menjadikan tub membersih baju anda dengan lebih lembut dengan tiadanya geseran kasar dari lubang yang biasanya terdapat pada tub mesin basuh lain.
- Rekaan Nipis dan boleh diletakkan di mana-mana ruang yang sempit dengan mudah
- 11 Program Cucian
- Ciri Soft Close
- 3 tahun waranti bagi Control Panel
- 2 Tahun waranti Alat Ganti
- 3- Bintang Energy Efficient Label (EEL)
- 10 tahun waranti bagi Motor
Rekaan mesin basuh yang jarang kita lihat ini kelihatan menarik. Disamping ciri soft close dan paparan yang menarik untuk dikawal. Malah penggunaan air rumah anda mungkin dapat dikurangkan dengan lebih baik. Namun jangan dilupakan bahawa EEL Rating bagi produk ini hanya 3 Bintang. Dan harga yang boleh anda dapati di Shopee RM952.00 dan Lazada RM902.00 berbanding harga purata RM1088.19.
Toshiba Top Load Washing Machine (8.0kg) - (AW-M901BM(SG)) - Harga purata RM 1015.30 (Okt'24)
Kelebihan
Mesin Basuh Top Load 8KG Toshiba AW-M901BM merupakan pilihan yang bijak untuk keluarga modenyang mementingkan keselamatan ahli keluarga dengan rekaan tanpa bucunya. Walaupun dengan hanya 8 pilihan program, ciri pembersihan asas berkelajuan tinggi hasil gerakan motornya yang membolak balikkan hati, oh pakaian, membantu membersihkan pakaian dan dalam masa yang sama, membersihkan tub basuhan anda. Toshiba tahu, kita malas nak bersihkan tub drum mesin basuh.
- Ciri Soft Close
- Lid bercorak
- Child Lock
- 2 Tahun waranti Alat Ganti
- Auto Balancing Detection
- Kedua-dua produk dijual rendah oleh official store Toshiba berbanding harga purata
- 3- Bintang Energy Efficient Label (EEL)
- 7 tahun waranti bagi Motor
Rekaan mesin basuh Top Load 8kg keluaran Toshiba ini mempunyai reka bentuk yang bersih dan berwarna kelabu yang elegan. Namun, ciri menarik yang utama bagi model ini ialah ciri soft close, mengesan ketinggian air dan mengesan jika berlaku ketidakseimbangan di dalam tub. Namun jangan dilupakan bahawa EEL Rating bagi produk ini hanya 3 Bintang, dan tempoh waranti yang lebih pendek berbanding produk yang lain di dalam carian kami. Harga yang boleh anda dapati di kedai official Toshiba di Shopee RM927.00 dan Lazada RM927.00 berbanding harga purata RM1015.30 di Shopee.
Hisense Top Load Washing Machine (8.0kg) - (WTAG8511T) - Harga RM 811.00 (Okt'24)
Kelebihan
Dengan kapasiti yang sesuai untuk keluarga sederhana, Mesin Basuh Hisense 8kg – WTAG8511T menawarkan pencucian yang efisien dan mudah. Kelebihan utama produk ini antaranya berkapasiti besar meskipun bersaiz kecil. Sistem Diagnostik Kendiri yang akan membantu mengesan masalah dengan cepat dan ciri keselamatan bagi kanak-kanak. Ditambah dengan 3D Windmill impeller, menghentam pakaian-pakaian anda menjadi sebersih-bersihnya hasil gabungan gerakan gerakan dan hentian mengejut yang melemaskan air tu sendiri. Over.
- 3D Windmill Impeller
- Program membasuh Tudung (kain lembut)
- Pengeringan Udara
- Child Lock
- 3 Tahun waranti Alat Ganti
- Kedua-dua produk dijual rendah oleh official store Hisense berbanding harga purata
- 3- Bintang Energy Efficient Label (EEL)
- 6 tahun waranti bagi Motor
Ciri menarik yang utama bagi model ini ialah ciri program pembasuhan hijab, mengesan kerosakan sistem dan berkapasiti besar meskipun bersaiz kecil. Namun jangan dilupakan bahawa EEL Rating bagi produk ini hanya 3 Bintang, dan tempoh waranti yang lebih pendek berbanding produk yang lain di dalam carian kami. Harga yang boleh anda dapati di kedai official Hisense di Shopee RM811.00 dan di Lazada RM729.00 bukan kedai official.
Hisense Top Load Washing Machine (8.0kg) - (WTAR8011G) - Harga RM 719.00 (Okt'24)
Kelebihan
Mesin Basuh Hisense 8.0KG WTAR8011G hadir dengan 10 pilihan ketinggian air untuk kepelbagaian kuantiti dan ragam basuhan, namun masih dengan penggunaan air yang rendah melalui kaedah guna semula air. Penarafan bintang tenaga pada tiga bintang (je) menunjukkan mesin basuh ini masih dalam kadar penjimatan tenaga yang baik, membantu anda menjimatkan bil elektrik. Dan ciri child lock yang mampu membantu anda menghindarkan anak kecil dari bahaya bermain dengan mesin basuh. Jauhkan lah.
- 10 Pilihan Ketinggian Air
- Ciri Self Fault Diagnose
- Cucian Tub
- Pengeringan Udara
- Jimat air (guna semula air)
- Ciri Child Lock
- 2 Tahun waranti
- 3 Tahun waranti bagi panel aturan
- Produk dijual pada harga lebih rendah oleh official store Hisense berbanding harga purata
- 3- Bintang Energy Efficient Label (EEL)
- 6 tahun waranti bagi Motor
Ciri menarik yang utama bagi model ini ialah ciri program pembasuhan hijab, mengesan kerosakan sistem dan berkapasiti besar meskipun bersaiz kecil. Namun jangan dilupakan bahawa EEL Rating bagi produk ini hanya 3 Bintang, dan tempoh waranti yang lebih pendek berbanding produk yang lain di dalam carian kami. Harga yang boleh anda dapati di kedai official Hisense di Shopee RM729.00 dan di Lazada RM719.00.
Haier Top Load Fully Washer (8.0kg) - (HWM80-316S6) - Harga RM 703.00 (Okt'24)
Kelebihan:
Mesin Basuh Top Load 8kg Haier HWM80-316S6 hadir dengan reka bentuk yang menawan (lihat gambar) dan penggunaan teknologi terkini dari Haier seperti Anti-Bacterial Pulsator yang mampu mencegah pertumbuhan bakteria, dilengkapi pillow drum yang mengurut lembut pakaian anda tanpa merosakkannya, malah amat sesuai bagi pakaian bermaterial lembut seperti cucian tudung. Ciri menarik seterusnya ialah model ini hadir dengan ciri Soft-close tempered glass pada penutupnya, ha, macam mahal gitu.
- Anti-Bacterial Pulsator
- Pillow Drum
- Hijab Mode
- Soft Closing Tempered Glass
- Auto Restart
- 2 Tahun waranti
- 3 Tahun waranti bagi panel aturan
- 6 tahun waranti bagi Motor
Haier Top Load Fully Washer (8.0kg) - (HWM80-1269S2) - Harga RM 739.00 (Okt'24)
Kelebihan:
Mesin Basuh Haier 8.0KG Top Load HWM80-1269S2 berupa bentuk yang yang lebih hensem, tetapi teknologi yang ada padanya kurang setara dengan HWM80-316S6 pada beberapa sudut. Masih menggunapakai tub stainless stell dengan rekaan Pillow Drum, tetapi tidak dilengkapi teknologi anti bacteria pulsator. Namun model ini ditambah ciri Child Lock dan Quick Wash yang tidak kami dapati pada HWM80-316S6. Dan harus kami highlight disini, waranti pada model ini juga tidak setara dengan model Haier 8kg yang kami kenalkan di atas.
- Drum Stainless Steel
- Pillow Drum
- Quick Wash
- Child Lock
- Auto Restart
- 2 Tahun waranti
- Tiada Waranti Pada bagi Aturan Panel
- Hanya 5 tahun waranti bagi Motor
Haier Top Load Fully Washer (8.0kg) - (HWM80-M826) - Harga RM 729.00 (Okt'24)
Kelebihan:
Mesin Basuh 8kg Haier HWM80-M826 ini menawarkan kelebihan yang signifikan untuk memenuhi keperluan harian anda. Terdapat beberapa persamaan dan perbezaan model ini dengan 2 model Haier di atas, antaranya ciri pillow drum dan hijab mode untuk cucian tudung anda, dan ciri soft clod pada tempered glass lidnya yang mahal tuh.
Dan tambahan pada model ini ialah disediakan 2 magic filter bagi memerangkap habuk dari pakaian yang dibasuh. Keseluruhannya, model ini masih boleh memuaskan hati anda walaupun dengan teknologinya yang agak kurang berbanding HWM80-316S6 tetapi lebih baik berbanding HWM80-1269S2. Warantinya juga setara dengan HWM80-316S6.
- 2x Magic Filter
- Pillow Drum
- Hijab Mode
- Soft Closing Tempered Glass
- 2 Tahun waranti
- 3 Tahun waranti bagi panel aturan
- 6 tahun waranti bagi Motor
Khind 8KG Fully Auto Washing Machine (WM80A) - Harga RM 579.00 (Okt'24)
Kelebihan:
Mesin Basuh Khind 8kg WM80A mempunyai ciri penutup dengan “Soft Close” dan ciri “Child Lock” bagi mengelakkan kecederaan kepada anak kecil dan anda sendiri. Turut dilengkapi dengan lid penutup kaca besar dengan ciri Templered. Dari sudut dalaman pula, mesin basuh Top Load 8kg ini hadir dengan tub dalaman dari jenis stainless steel dan seperti biasa bersama penapis yang mudah ditanggal dan dibersihkan. Ciri asas pada mesin basuh ini juga menyediakan program basuhan asas yang memenuhi keperluan membasuh yang berbeza. Memang basic.
- Filter
- Stainless Steel Drum
- Soft Closing Tempered Glass
- 2 Tahun waranti
- 3 Tahun waranti bagi panel aturan
- 5 tahun waranti bagi Motor
Beko 8KG Fully Auto Washing Machine (WTLJI08C1SM) - Harga Purata RM 1045.08 (Okt'24)
Kelebihan:
Mesin Basuh Beko 8kg didatangkan dengan teknologi Fuzzy Control yang mengoptimakan penggunaan air dan sabun basuh mengikut keperluan dan jumlah pakaian. Dan bagi keselamatan anak kecil anda, produk ini hadir dengan ciri Child Lock bagi menghindarkan mereka dari bahaya. Dan yang paling penting ialah, anda mendapat waranti bagi motor bagi tempoh sehingga 12 tahun dari tarikh pembelian.
- Teknologi Fuzzy Control
- Stainless Steel Drum
- Ada Fungsi Child Lock
- 2 Tahun waranti
- 12 tahun waranti bagi Motor
Semi-Automatik (8kg)
Sharp Semi Auto Washing Machine Washer ( 8kg ) (ESTP8016) - Harga purata RM 535.00
Kelebihan
Dengan mesin basuh 8kg Sharp Semi Auto – ESTP8016 ini menawarkan cucian yang efisien dan mudah dan yang lebih penting, murah berbanding mesin basuh 8kg automatik Sharp yang lain. Disamping menggunakan air dengan cermat, mesin basuh yang meskipun berupa bentuk kompak ini mampu memuatkan pakaian dalam kuantiti yang besar, hanya kekurangan biasa yang pasti anda akan terima dengan mesin basuh semi auto, pulas baru jalan. Bagi admin, ini semua penjimatan yang takde nilai.
- Lebih Jimat Energi
- Penggunaan Detergen yang Lebih Sedikit
- Pemeliharaan Pakaian
- Reka bentuk kompak
Mesin Basuh Sharp Semi Auto 8kg – ESTP8016 adalah pilihan yang hebat bagi mereka yang mencari mesin basuh yang efisien, mesra pengguna, dan ramah lingkungan. Dengan kelebihan dan kekurangan yang telah dinyatakan, pengguna boleh membuat keputusan yang tepat berdasarkan keperluan dan gaya hidup mereka.
Soalan Lazim
Apakah ciri dan kriteria dalam memilih sesebuah mesin basuh?
Mesin basuh 7kg – boleh memuatkan sekitar 35 T-Shirt atau selimut berganda dan sesuai untuk keluarga bersaiz kecil.
Mesin basuh 8kg – boleh memuatkan sekitar 40 T-Shirt atau selimut bersaiz queen dan sesuai untuk keluarga bersaiz sederhana.
Keluarga dengan 6-8 ahli | 40 pakaian, termasuk baju T, denim dewasa (3 pasang setiap satu), tuala kecil, sarung bantal, tuala mandi (3 setiap satu), dan 2 alas katil besar |