Jika dilihat dengan lebih teliti dari segi harga, fleksibiliti dan kegunaan jangka masa panjang, kami lebih berat untuk memilih Android TV. Dengan purata harga yang lebih murah, ditambah dengan lebih aplikasi yang boleh dimuat turun mengikut kehendak, masa dan keadaan dan mengambilkira tempoh penggunaan yang memungkinkan Android TV lebih up-to-date dari segi kemaskini perisian merupakan faktor penting dalam kami memilih.
Tetapi, dengan Android TV ni, kena lah rajin-rajin menggodek setting-setting yang beragam, belum kira lagi terpaksa mencari applikasi yang boleh mengundang kepada amalan cetak rompak. Berhati-hati ya.
Dan satu lagi dari segi user interface(UI) yang menjadi faktor penolak terhadap android TV bagi admin. Ianya bukanlah satu masalah yang besar memandangkan selepas beberapa ketika menggunakan Android TV, kami semakin terbiasa dan selesa menggunakannya. Cuma kalau ada spatial gesture feature macam LG smart TV untuk menaip tu seronok juga, cuma tunjuk-tunjuk huruf dengan remote sahaja, mudah sikit nak menaip bingo, upin ipin untuk anak.
Namun bagi anda yang lebih berminat untuk memiliki smart TV mungkin atas faktor jenama, UInya yang lebih kemas dan mudah difahami, lebih berminat untuk menonton TV berbanding bersusah-payah untuk menggodek, ubah tetapan yang beragam, mencari aplikasi yang baru, maka smart TV seharusnya menjadi pilihan UTAMA. Beli dan tonton, dan bergembira dengan sistem yang dibangunkan untuk kemudahan semua.
Jadi, yang mana satu pilihan anda?