Zaman hujung-hujung revolusi industri (ewah) ni, banyak betul habuk dan debu kecil melata di rumah kan? Pagi-pagi sebelum pergi kerja, lantai dah disapu pun, malamnya tetap ada semula. Inilah dilema-dilema ibu ayah di zaman fasa-fasa peralihan revolusi AI ni kan?
Nak guna penyapu dan penyodok, kebas tangan hari-hari nak menyapu karpet. Jadi dah tentulah nak mencari produk cordless vacuum terbaik yang ada dijual di Malaysia kan?
Sebelum admin melalut ke revolusi yang lagi macam-macam, mari kami kenalkan beberapa cordless vacuum cleaner dari jenama-jenama yang terbaik yang boleh kita dapati di Malaysia.
Ringkasan Artikel
- 1 Kriteria Pemilihan Produk Cordless Vacuum Terbaik
- 1.1 Pilih Mengikut Kekuatan Sedutan yang Sesuai untuk Pelbagai Ruang di Rumah
- 1.2 Pilih yang Ringan
- 1.3 Pilih Corless vacuum yang mempunyai kuasa bateri yang mampu bertahan lama
- 1.4 Pilih Cordless Vacuum dengan pilihan alat ganti yang mudah diperolehi
- 1.5 Jangan pilih cordless vacuum yang murah, tetapi tidak berkualiti
- 1.6 Pilih vacuum dengan ciri Penapis HEPA
- 2 Senarai Produk Cordless Vacuum Dijual Di Malaysia
- 2.0.1 Kaercher VCS 3 cordless handheld vacuum cleaner (1.198-801.0) - Harga RM 1099.00
- 2.0.2 Kaercher VC 4S cordless handheld vacuum cleaner (1.198-291.0) - Harga RM 1599.00
- 2.0.3 Kaercher VCS 5 cordless handheld vacuum cleaner (1.198-295.0) - Harga RM 1999.00
- 2.0.4 Electrolux 21.6V UltimateHome 300 Cordless Vacuum Cleaner (EFP31312) - Harga RM 719.00
- 2.0.5 Electrolux Well Q6 self-standing cordless vacuum cleaner (WQ61-1OGG) - Harga RM 799.00
- 2.0.6 Electrolux 14.4V UltimateHome 700 Cordless Vacuum Cleaner (EFP71525) - Harga RM 2229.00
Kriteria Pemilihan Produk Cordless Vacuum Terbaik
Sebelum kita memilih produk cordless vacuum terbaik, mari kita teliti beberapa aspek yang perlu di ambil perhatian sebelum membeli, supaya rasa puas hati selepas membeli tu berpanjangan sampai bertahun-tahun.
Taknaklah lepas beli 3-4 bulan kemudian, dah rasa tak puas hati dan rasa pembelian kita dah jadi tak berbaloi.
Pilih Mengikut Kekuatan Sedutan yang Sesuai untuk Pelbagai Ruang di Rumah
Sedutan dari vacuum sangat penting untuk anda pertimbangkan waktu mula-mula mencari sebuah cordless vacuum, kerana produk dengan sedutan yang lemah, sangat-sangat menjengkelkan ketika mahu membersihkan lantai rumah, terutama di kawasan yang diletakkan karpet. Ini kerana karpet sangat mudah untuk memerangkap habuk-habuk halus yang biasanya terlindung dari jangkauan vacuum dengan kuasa sedutan yang kurang kuat. Jika ditanya kepada orang ramai, kuasa sedutan yang baik bagi semua kegunaan ialah 100-300 air Watts (AW).
Pilih yang Ringan
Berat bagi sebuah Cordless vacuum yang ideal ialah diantara 1-3kilogram. Semakin berat sesebuah cordless vacuum bukan hanya berat pada tangan dan lengan, malah pergerakan untuk membersih akan menjadi semakin sukar.
Lama-lama nanti, takut jadi badang.
Pilih Corless vacuum yang mempunyai kuasa bateri yang mampu bertahan lama
Kami tidak sarankan anda untuk meneliti kapasiti simpanan tenaga bateri (mAh) bagi setiap cordless vacuum yang sedang anda senarai pendekkan. Ini kerana, meskipun anda berfikir kapasiti simpanan tenaga bateri bagi sesebuah produk itu sudah ckup besar, namun anda harus teliti pula penggunaan kuasa dari motor cordless vacuum tersebuat samada besar atau tidak.
Kerana penggunaan kuasanya besar, makan penggunaan tenaga dari bateri juga akan semakin kuat dan menjadikan bateri cepat kehabisan tenaga.
Sebaliknya, kami sarankan anda terus melihat jangkaan tempoh penggunaan tenaga bateri yang biasanya dikeluarkan oleh pengeluar produk. Dan lihat juga jangkaan masa penggunaan bateri ketika mod-mod berlainan seperti mod biasa dan mod laju.
Bagi mod biasa, kebanyakan cordless vacuum mampu bertahan untuk bekerja di antara 40-60minit. Manakala bagi mod yang lebih laju/kuat (seperti penggunaan diperlukan ketika anda membersihkan karpet yang memerlukan kuasa sedutan yang lebih kuat), kebanyak produk akan mampu bertahan di antara 10-20 minit waktu penggunaan.
Pilih Cordless Vacuum dengan pilihan alat ganti yang mudah diperolehi
Seperti peralatan elektrik dan elektronik yang lain yang akan terkesan dari “wear and tear”, cordless vacuum walau berapa mahal pun pasti akan menghadapi detik-detik sukar di satu saat hayat hidupnya (dramatik betul, cerita pasal cordless vacuum je).
Setiap bateri pasti akan merosot kapasiti dan kualiti penyimpanan tenaganya, dan setiap penapis habuk juga akan pasti perlu ditukar dan digantikan dengan yang baru selepas beberapa kali penggunaan.
Maka, pilihlah produk dari jenama yang dipercayai, dan kebiasaannya, produk dari jenama telah pun “established” dan dipercayai pasti akan menjual alat ganti seperti yang kami nyatakan di atas, malah alat ganti dari jenama popular lebih mudah diperoleh walaupun bukan dari kedai official jenama tersebut.
Jangan pilih cordless vacuum yang murah, tetapi tidak berkualiti
Jika anda seseorang yang mementingkan nilai bagi setiap pembelian anda, anda pasti akan menjarakkan diri dari membeli produk yang dibeli ramai orang di kedai-kedai online hanya kerana harganya yang murah.
Kami berpendapat, dengan ramainya pembeli, dan murahnya harga yang ditawarkan, tidak mampu menyaingi kelebihan produk yang mempunyai sistem sokongan alat ganti dan kualiti yang ditawarkan oleh produk pilihan orang ramai.
Bukanlah kami menyokong kapitalis dengan memilih produk jenama yang terkenal, tetapi produk yang dijual dengan sistem sokongan dan kualiti yang baik sudah tentu dipilih ramai orang dalam jangka masa panjang, berbanding produk “hit and run” yang viral dan murah tetapi tidak disediakan sistem sokongan dan servis yang baik oleh pengeluarnya.
Biarlah produk tersebut dipakai lama sampai bercalar-calar dan mengelupa cat-cat pada bodynya, berbanding hati kita yang terluka melihat vacuum kita tersadai dihinggap habuk kerana ketiadaan bateri dan alat ganti, berbanding dirinya yang sepatutnya memerangkap habuk tersebut. Ironi kan?
Pilih vacuum dengan ciri Penapis HEPA
HEPA ialah kata ganti pendek bagi High-Efficiency Particulate Air (Penapis udara berefisyen Tinggi), yang dinilai sebagai sistem penapisan unggul kerana keberkesanannya dalam mengeluarkan 99.995% zarah bawaan udara berbahaya bersaiz sekecil 0.3 mikron.
Dengan penapis HEPA, anda dapat membantu memerangkap partikel-partikel halus yang disedut oleh motor vakum anda melalui penapis HEPA, lantas memastikan angin yang keluar dari motor vakum anda ditapis bersih dari melepaskan habuk-habuk dan debu yang akan terbang ke udara dan lantas jatuh semula ke lantai rumah anda.
Senarai Produk Cordless Vacuum Dijual Di Malaysia
Kaercher VCS 3 cordless handheld vacuum cleaner (1.198-801.0) - Harga RM 1099.00
Kelebihan:
Jenama Karcher (Kaercher) dari Jerman ini memang dikenali sebagai jenama untuk produk pembersihan yang berkualiti tinggi.
VCS 3 adalah vakum tanpa wayar yang sangat Ringan dengan prestasi pembersihan yang berkuasa: pembersih hampagas tanpa beg VCS 3 Cordless dengan reka bentuk yang anggun dan menarik kelihatan sebagai bahagian dalam mana-mana bahagian dalam rumah. Untuk kuasa sedutan tinggi 20 kPa, terdapat motor tanpa berus 300 watt berprestasi tinggi. Teknologi multi-siklon pula menghilangkan habuk dari aliran udara, tanpa mengurangkan kuasa sedutan.
Pelbagai fungsi pintar menjamin hasil yang bersih dan kemudahan tambahan semasa menyedut di bahagian bawah perabot menjadi mudah dengan muncung lantai rata, manakala lampu LED aktif pada muncung lantai meningkatkan pengesanan kotoran, dan juga dengan fungsi pengosongan hanya 1 klik pada bekas habuk meminimumkan sentuhan. dengan kotoran.
Sesuai untuk membersihkan semua jenis lantai keras, karpet, perabot, dan kenderaan.
Ciri Khas:
Berat bersih produk: 1.8kg
Tahap Kuasa: 3 (mod standard, mod boost dan mod eko)
Minit Bateri Bertahan: 40minit (mod eko)
Tempoh Pengecasan: 3.5jam
Kuasa Motor(W) : 300W
Bunyi Dihasilkan: 79dB
- Berat hanya 1.8 kg
- Pencahayaan LED
- Kontrol Kuasa Tiga Tahap
- Alat ganti mudah diperolehi di laman web rasmi (www.kaercher.com/my)
- 1 Tahun waranti produk
Kaercher VC 4S cordless handheld vacuum cleaner (1.198-291.0) - Harga RM 1599.00
Kelebihan
Karcher VC 4S adalah salah satu produk cordless vacuum terbaik dengan motor brushless yang kuat memberikan daya sedutan yang ideal dan mempunyai berat hanya 1.3kg yang memudahkan kendalian dan penggunaan pembersihan harian. Vakum tanpa wayar ini menawarkan prestasi pembersihan yang hebat dengan reka bentuk yang ringan dan ergonomik.
Dengan kawalan kuasa tiga tahap kawalan kuasa isitu Mod standard untuk membersihkan sehari-hari, mod boost untuk aplikasi yang memerlukan daya sedutan tinggi, dan mod eco yang mampu menjangkau sehingga 60 minit bagi setiap sesi penggunaan.
Ciri Khas:
Berat bersih produk: 1.3kg
Tahap Kuasa: 3 (mod standard, mod boost dan mod eko)
Minit Bateri Bertahan: 60minit (mod eko), 30min (mod standard), 12min (mod boost)
Tempoh Pengecasan: 3.5jam
Kuasa Motor(W) : 220W
Bunyi Dihasilkan: 79dB
- Berat hanya 1.3 kg
- Pencahayaan LED
- Kontrol Kuasa Tiga Tahap
- Alat ganti mudah diperolehi di laman web rasmi (www.kaercher.com/my)
- 1 Tahun waranti produk
Kaercher VCS 5 cordless handheld vacuum cleaner (1.198-295.0) - Harga RM 1999.00
Karcher VCS 5 adalah salah satu produk cordless vacuum terbaik yang hadir dengan 2 roller pembersihan demi memastikan kesucian lantai yang merelap (liplap-liplap Mami). Masih mengekalkan ciri-ciri produk Karcher yang ringan dan mudah dikendalikan iaitu hanya seberat 1.39kg.
Ciri Khas:
Berat bersih produk: 1.39kg
Tahap Kuasa: 3 (mod standard, mod boost dan mod eko)
Minit Bateri Bertahan: 80minit (mod eko), 22min (mod standard), 12min (mod boost)
Tempoh Pengecasan: 3.5jam
Kuasa Motor(W) : 460W
Bunyi Dihasilkan: 72dB
- Berat hanya 1.39 kg
- Pencahayaan LED
- Kontrol Kuasa Tiga Tahap
- Alat ganti mudah diperolehi di laman web rasmi (www.kaercher.com/my)
- 1 Tahun waranti produk
Electrolux 21.6V UltimateHome 300 Cordless Vacuum Cleaner (EFP31312) - Harga RM 719.00
Kelebihan:
Electrolux 21.6V UltimateHome 300 adalah salah satu produk cordless vacuum terbaik yang menawarkan prestasi pembersihan silikon yang berterusan yang membolehkan vakum beroperasi pada 2 tahap kuasa iaitu sehingga 40 minit pada kelajuan rendah dan 16 minit pada kelajuan tinggi dan dengan daya sedutan yang kuat dan optima dengan reka bentuk yang ringan (agak berat=2.22kg) dan mudah digunakan.
Dengan bantuan pencahayaan LED LED yang terang membantu mengesan kotoran dengan lebih berkesan. Produk ini juga didatangkan dengan nozzle lantai, nozzle perabot, dan penapis habuk-habuk halus beserta tong habuk berkapasiti 0.5L yang mudah dibersihkan.
Ciri Khas:
Berat bersih produk: 2.22kg
Tahap Kuasa: 2 (tinggi dan rendah)
Minit Bateri Bertahan: 40minit (kelajuan rendah), 16minit (kelajuan tinggi)
Tempoh Pengecasan: 300minit (5jam)
Kuasa Motor(W) : 150W
Bunyi Dihasilkan: ≤80
- Pencahayaan LED
- 2 Tahun waranti produk
- Berat 2.22 kg
- Waktu mengecas yang lama
Setelah kami teliti harga di pelbagai kedai jualan online, kami mendapati kedai di Shopee menawarkan harga yang lebih berpatutan iaitu RM598.99, lebih murah berbanding harga ditawarkan oleh kedai official electrolux sendiri (RM719).
Begitu juga di Lazada, harga yang ditawarkan ialah RM599.00.
Electrolux Well Q6 self-standing cordless vacuum cleaner (WQ61-1OGG) - Harga RM 799.00
Kelebihan:
Electrolux Well Q6 boleh dijadikan vacuum cordless seperti biasa atau ditanggalkan dan dijadikan handheld vacuum untuk kerja-kerja mencuci yang memerlukan peranti anda menjadi mobile(mudah bergerak) seperti di ruangan sempit dan dibawa mencuci di dalam kereta. Jadi, jika anda mencari handheld vacuum dan dalam masa yang sama memerlukan sebuah vacuum untuk kerja-kerja mencuci yang pantas, kami rekomenkan produk ini. Tapi, sila baca artikel ini sehingga habis, sebab kami yang menulis ni pun belum tahu apa keistimewaan produk-produk yang seterusnya. Nampak gaya kami kena pecahkan artikel ni kepada beberapa bahagian.
Ciri Khas:
-
Berat bersih produk: 2.65kg
-
Tahap Kuasa: 2 (tinggi dan rendah)
-
Minit Bateri Bertahan: 45minit (kelajuan rendah), 13minit (kelajuan tinggi)
-
Tempoh Pengecasan: 270minit (4.5jam)
-
Kuasa Motor(W) : 130W
-
Bunyi Dihasilkan: *tidak dinyatakan
- Pencahayaan LED
- 2 Tahun waranti produk
- Berat 2.65 kg
- Waktu Mengecas yang lama
Setelah kami teliti harga di pelbagai kedai jualan online, kami mendapati kedai di shopee menawarkan harga yang lebih berpatutan iaitu RM698.99, lebih murah berbanding harga ditawarkan oleh kedai official Electrolux sendiri(RM799) .
Begitu juga di Lazada, harga yang ditawarkan ialah RM609.85.
Electrolux 14.4V UltimateHome 700 Cordless Vacuum Cleaner (EFP71525) - Harga RM 2229.00
Kelebihan
Electrolux UltimateHome 700 adalah salah satu Produk Cordless Vacuum dengan berat 1.9kg tetapi didatangkan dengan 9 bahan pemudah kerja di dalam satu kotak. Produk ini juga hadir dengan 4 tahap tetapan kuasa untuk digunakan pada pelbagai permukaan dan keadaan. Produk ini juga mampu ditukar menjadi sebuah handheld unit yang amat berguna untuk ruang-ruang sempit atau tinggi, dan semestinya berguna untuk digunakan membersih bonet kereta.
Ciri Khas:
Berat bersih produk: 1.9kg
Tahap Kuasa: 4 tahap (tinggi hingga rendah)
Minit Bateri Bertahan: 40minit (kelajuan rendah), 10minit (kelajuan tinggi)
Tempoh Pengecasan: 270minit (4.5jam)
Kuasa Motor(W) : 250W
Bunyi Dihasilkan: 79dB
- Pencahayaan LED
- 2 Tahun waranti produk
- Berat 1.9 kg
- Waktu mengecas yang lama