Bila masuk kereta je, mesti terbersin-bersin sebab banyak sangat habuk-habuk dan debu halus yang tersimpan dalam kereta. Jumlah debu tu kalau dikumpulkan entah-entah dah boleh cecah 1 kilo debu agaknya kan? Nak vacuum kereta, kita pula duduk rumah apartmen, jauh nak bawa vacuum dengan aksesori dan wayarnya pula, mana nak cari plug kat tempat parking tu pula.
Nak bawa pergi cuci kereta, kereta masih berkilat, kena pula sekarang musim hujan. Hai, malasnya kan kalau berada dalam situasi macam ni. Fikir-fikir, nak kena ada juga handheld vacuum cleaner nampak gayanya ni.
Jadi, untuk artikel kalini, mari kita selidik apa je jenama handheld vacuum cleaner yang bagus dan terbaik untuk kita dapatkan.
Ringkasan Artikel
- 1 Senarai Produk Handheld Vacuum Sesuai Untuk Kereta Dijual Di Malaysia
- 1.0.1 Baseus A5 Air 12000Pa Car Wireless Vacuum Cleaner - Harga RM 219.00
- 1.0.2 KEELAT Cordless Car Vacuum Cleaner - Harga RM 69.00
- 1.0.3 BLACK + DECKER NV1200AV Car Vacuum Dustbuster (Corded) - Harga RM 68.00
- 1.0.4 Mi Vacuum Cleaner Mini - Harga RM 138.90
- 1.0.5 Karcher Battery-powered hand vacuum cleaner VCH 2 (1.198-400.0) - Harga RM 149.00
Senarai Produk Handheld Vacuum Sesuai Untuk Kereta Dijual Di Malaysia
Baseus A5 Air 12000Pa Car Wireless Vacuum Cleaner - Harga RM 219.00

Kelebihan:
Kali pertama admin terlihat produk ini dijual oleh Baseus, min ingat ini satu lagi produk speaker. Yelah, selama ni kenal Baseus ni jual gajet audio, tiba-tiba namanya “vacuum cleaner for car”, terus admin menjadi tertarik. Lepas sedikit sebanyak menggali, baru min tahu ini merupakan produk vakuum untuk kereta yang ke empat yang telah dihasilkan untuk jualan oleh Baseus.
Ciri Khas:
Berat bersih produk: 1.1kg
Tahap Kuasa: 1
Minit Bateri Bertahan: 30minit (mod standard)
Tempoh Pengecasan: 3.5jam
Kuasa Motor(W) :130W
Bunyi Dihasilkan: 79dB
- Berat hanya 1.1 kg
- Hadir dengan alatan memvakuum dan alatan air compress
- Caj menggunakan USB type C
- Kami tidak menemui waranti bagi produk
KEELAT Cordless Car Vacuum Cleaner - Harga RM 69.00

Kelebihan:
Jenama Keelat yang meningkat naik sebagai pengeluar power tool kini tampil dengan sebuah produk vacuum kereta. Hadir dengan pilihan bateri dari 1.5Ah hingga 4.5Ah yang boleh anda pilih berdasarkan keperluan anda bagi menguasakan 120W kuasa motornya. Produk ini juga mampu menjalankan tugas sebagai air pump dengan baik, simpan je dalam kereta untuk sebarang kecemasan.
Ciri Khas:
Berat bersih produk: 1.kg
Tahap Kuasa: 1
Minit Bateri Bertahan: 60minit
Tempoh Pengecasan: Tidak dinyatakan
Kuasa Motor(W) :100W
Bunyi Dihasilkan: Tidak dinyatakan
- Berat hanya 1. kg
- Hadir dengan alatan memvakuum dan alatan air compress dan air pump
- Boleh tukar bateri untuk pengecasan jika membeli pakej 2 bateri (1.5Ah/3.0Ah/4.0Ah/4.5Ah)
- Waranti 12 Bulan
BLACK + DECKER NV1200AV Car Vacuum Dustbuster (Corded) - Harga RM 68.00

Kelebihan:
Kalau anda seorang yang jenis bertukang, mesti pernah dengar jenama Black+Decker ni, dan produk ini antara salah satu produk vakuum cleaner mereka yang terkecil dan dikhaskan bagi kegunaan vacuum kereta. Cuma, produk ini menggunakan wayar yang disambung pada palam pencucuk rokok pada kereta anda, bukan menggunakan kuasa bateri, dan walaupun kuasa sedutannya agak kuat bagi kategori vakuum kereta, tapi kegunaannya betul-betul terhad pada kereta sahaja.
Sistem udaranya juga tidak mengguna pakai kaedah putaran saiklon yang berfungsi untuk memutar dan memisahkan habuk halus dari sampah kasar, dan ya, produk ini tidak didatangkan dengan penapis HEPA.
Dan dari segi rekaannya yang terlalu minimal, dan bahan plastiknya yang kedengaran rapuh, menjadikan admin jadi tak percaya yang ini produk amareka (U.S.A). Biar betul, macam produk China zaman 90-an je.
Ciri Khas:
Berat bersih produk: 0.85kg
Kuasa Motor(W) :100W
Bunyi Dihasilkan: Tidak dinyatakan
- Berat hanya 0.85kg
- Kuasa sedutan kuat
Mi Vacuum Cleaner Mini - Harga RM 138.90

Kelebihan:
Siapa lagi yang macam admin, semakin mempercayai jenama Xiaomi atau Mi. Mula-mula dulu admin beli hair cutter Xiaomi je waktu PKP, sebab nak potong rambut anak, tapi prestasi baterinya yang tahan sampai sekarang membuatkan admin rasa berbaloi beli. Sekarang dah keluar kereta elektrik pulak. Melampau betul jenama ni.
Untuk sebuah vacuum kereta yang portable dengan berat hanya 0.5KG ni, dan rekabentuknya yang berbentuk silinder yang bersaiz lebih kurang sebotol minuman, admin rasa memang berbaloi dengan harganya sekarang.
Jangkaan penggunaannya adalah sekitar 30minit yang mana menggunakan bateri, yang boleh dicas dengan hanya menggunakan kabel type-C, itupun dapat menghasilkan kuasa bateri sebesar 120W.
Dari segi penapisan habuk, admin dapati Xiaomi menggunapakai kaedah double filtration, yang mengasingkan habuk halus dan sampah kasar, dan dibawahnya terdapat sebuah lagi penapis yang admin yakin menghampiri atau setara kualiti penapisan HEPA. Dah function teruk sangat ni gais.
Memang admin recommend produk ini untuk anda vacuum kereta anda. Cuma janganlah tinggalkan didalam kereta anda dibawah panas mentari, bahaya.
Ciri Khas:
Berat bersih produk: 0.5kg
Tahap Kuasa: 2 Tahap
Minit Bateri Bertahan: 30minit
Tempoh Pengecasan: Tidak dinyatakan
Kuasa Motor(W) :120W
Bunyi Dihasilkan: Tidak dinyatakan
- Berat hanya 0.5 kg
- Pengecasan menggunakan kabel type-C
- Boleh dibawa kemana-mana dan dicas dimana sahaja
- Waranti 12 Bulan
Karcher Battery-powered hand vacuum cleaner VCH 2 (1.198-400.0) - Harga RM 149.00

Kelebihan:
Sebuah vakuum kereta yang kecil, ringan keluaran sebuah lagi pengeluar pertukangan yang dikenali ramai. Mampu menghasilkan kuasa sebanyak 70W yang cukup untuk kerja-kerja memvakuum kereta anda setiap minggu. Menggunapakai sistem dua penapisan dengan jaring keluli untuk memerangkap habuk/sampah kasar dan selapis penapis HEPA 12 untuk
Ciri Khas:
Berat bersih produk: 0.65kg
Tahap Kuasa: 2 Tahap
Minit Bateri Bertahan: 11minit
Tempoh Pengecasan: Tidak dinyatakan
Kuasa Motor(W) :120W
Bunyi Dihasilkan: Tidak dinyatakan
- Berat hanya 0.5 kg
- Pengecasan menggunakan kabel type-C
- Boleh dibawa kemana-mana dan dicas dimana sahaja
- Waranti 12 Bulan