Bagi kebanyakan suri rumah atau wanita bekerja, mesin basuh dari jenis front load jarang digemari kerana memikirkan harganya yang rata-rata lebih mahal berbanding mesin basuh dari jenis top load. Mungkin ada kebenarannya, tetapi melihat kepada kualiti basuhan dan penjimatan dari segi air dan elektrik, ternyata lebih melangkaui kemampuan mesin basuh top load.
Dalam artikel ini, kami akan senaraikan beberapa produk mesin basuh front load 8kg untuk membantu anda mengenali produk-produk dan kelebihan dan kekurangannya, jika ada.
*Jika anda masih mencari maklumat tentang perbezaan, kelebihan dan kekurangan di antara mesin basuh front load dan top load, kami menjemput anda untuk membaca artikel yang telah kami sediakan dengan klik butang di bawah.
Perbezaan Mesin Basuh Front Load dan Top Load – Cucian Mana Yang Lebih Bersih?
Ringkasan Artikel
- 1 Senarai Mesin Basuh Front Load 8kg Terbaik
- 1.1 Panasonic Mesin basuh Front Load 8kg (NA-128XB1WMY) - Harga purata RM 1831.18
- 1.2 Haier 8kg Front Load Washing Machine (HW80-BP12929) - Harga purata RM 1,551.56
- 1.3 SHARP 8KG Intelligent Inverter Front Load Washing Machine (ESFH8AMB) - Harga purata RM 1,098.94
- 1.4 SHARP 8.5kg Front Load Washer Machine (ESFK852EMW) - Harga purata RM 1,824.35
Senarai Mesin Basuh Front Load 8kg Terbaik
Dalam artikel ini kami membandingkan seberapa boleh produk mesin basuh dari kapasiti dan kategori mesin basuh 8kg front load dari pelbagai jenama.
Kami juga cuba membuat perbandingan harga diantara beberapa penjual di laman belian maya demi memudahkan anda membuat sebarang pilihan dengan memberikan harga purata bagi setiap model produk, dan data purata harga kami, kami kumpulkan dari senarai penjual yang menjual model produk serupa (harga purata model serupa hasil carian di shopee), mengikut kemampuan dan keberolehan data yang dapat kami kumpulkan. Kami tidak klaim data kami sebagai sempurna, tetapi, semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat keputusan dan memberi anda sedikit sebanyak info yang telah kami perolehi.
Kami juga tidak berhasrat untuk menyenaraikan produk yang kami dapati mempunyai pengalaman pengguna yang teruk/rendah, demi untuk memudahkan dan memendekkan sebarang senarai yang telah anda catatkan.
Panasonic Mesin basuh Front Load 8kg (NA-128XB1WMY) - Harga purata RM 1831.18

Kelebihan
Mesin Basuh Front Load 8kg Panasonic NA-128XB1WMY ini bukan sahaja menawarkan kebersihan yang menyeluruh tetapi juga penjagaan yang teliti terhadap fabrik. Dengan kapasiti 8kg, ia sesuai untuk keluarga yang sibuk dan memerlukan pencucian yang efisien dan berkesan.
Mesin ini dilengkapi penjagaan higenik dengan basuhan air panas bersuhu sehingga 60°C/90°C, membunuh bakteria dan alergen pada pakaian anda agar sentiasa bersih dan segar. Namun, bukan lah setiap masa anda memerlukan basuhan air panas kan, nanti melambung pula bil elektrik. Anda masih boleh menetapkan sendiri mod basuhan sejuk atau panas mengikut kehendak anda. Malah, mod untuk membersihkan dram (yang mungkin akan digunakan oleh anda setelah 5 tahun penggunaan, itupun lepas terbaca posting kesedaran di muka buku), mod pembersihan dram ini boleh ditetapkan bersama menggunakan air panas.
Dan, disamping mod basuhan sejuk panas, dan mod basuhan berlainan, terdapat juga tambahan mod basuhan pantas, dengan hanya mengambil masa 15 minit bagi anda yang dah tak jumpa baju cantik (baju kegemaran belum basuh lah hai).
Dan bagi memudahkan pengguna mereka, Panasonic telah mereka paparan LED yang besar bagi memudahkan pengguna mengoperasikan mesin basuh front load 8kg terbaru anda.
- Aqua Spin Rinse membantu meminimakan penggunaan air
- Harga di shopee dari link lebih murah dari harga purata dan harga kedai official panasonic
- 1 Tahun waranti produk
Dengan gabungan teknologi canggih, reka bentuk yang menarik, dan prestasi yang cemerlang, Panasonic 8KG Front Load Washing Machine- NA-128XB1WMY adalah pilihan yang ideal untuk memenuhi keperluan mencuci pakaian anda.
Haier 8kg Front Load Washing Machine (HW80-BP12929) - Harga purata RM 1,551.56

Kelebihan:
Mesin Basuh Front Load 8kg dari Haier ini mempertaruhkan saiz drum yang besar iaitu 52.5cm, memolehkan anda mencuci lebih banyak pakaian dalam satu-satu masa dan menjimatkan masa yang dikuasakan oleh sebuah motor super inverter untuk cucian yang lebih bertenaga, tetapi sangat menjimatkan tenaga. Ini menjadikan model ini layak dinobatkan sebagai mesin basuh dengan 5bintang penggunaan kuasa.
Di tambah dengan mod cucian stim, dan dibantu dengan teknologi ABT(Anti Bacterial Treatment), membantu mengurangkan bau dan bakteria disamping menyental kotoran dengan lebih berkesan tanpa meninggalkan banyak kedutan.
- Motor Super Inverter
- Teknologi ABT (Anti-Bacterial Treatment)
- Ciri cucian Stim
- 2 Tahun waranti
- 20 Tahun waranti motor
- 3 Tahun waranti bagi panel aturan
- 5 Bintang Penjimatan Tenaga
SHARP 8KG Intelligent Inverter Front Load Washing Machine (ESFH8AMB) - Harga purata RM 1,098.94

Kelebihan
Sharp ESFH8AMB adalah mesin basuh front load 8kg yang ideal untuk keluarga kecil atau individu yang mencari prestasi mencuci yang hebat dalam saiz yang kompak. Dengan kapasiti 8kg, mesin basuh ini mampu menampung beban mencuci yang sederhana, menjadikannya pilihan yang praktikal untuk keperluan harian.
Ciri Khas
Teknologi Inverter Direct Drive Motor: Motor berkuasa tinggi yang senyap dan tahan lama, memastikan prestasi mencuci yang efisien.
Quick Wash 15 Minit: Pilihan mencuci cepat untuk pakaian ringan yang kotor.
Sterilization Wash: Membunuh 99.99% bakteria dengan suhu air yang tinggi.
Drum Stainless Steel: Tahan karat dan mudah dibersihkan.
Paparan Digital: Mudah digunakan dan memantau status mencuci.
Dengan ciri-ciri ini, Sharp ESFH8AMB menawarkan penyelesaian mencuci yang efisien dan berkesan untuk memenuhi keperluan anda.
- Motor Super Inverter
- Teknologi ABT (Anti-Bacterial Treatment)
- Ciri cucian Stim
- 2 Tahun waranti
- 20 Tahun waranti motor
- 3 Tahun waranti bagi panel aturan
- 5 Bintang Penjimatan Tenaga
SHARP 8.5kg Front Load Washer Machine (ESFK852EMW) - Harga purata RM 1,824.35

Kelebihan
Sharp ESFK852EMW adalah mesin basuh front load yang ideal untuk keluarga kecil atau individu yang mementingkan prestasi untuk cucian lebih banyak pakaian dalam satu kitaran, menjimatkan masa dan tenaga hasil dari janaan motor berteknologi J-Tech Inverter. Mesin basuh front load berkapasiti 8.5kg ini masih mengekalkan rekabentuk yang anggun dengan sebuah panel aturan besar berkecondongan 18 darjah demi memudahkan anda mengawal mod cucian yang anda inginkan.
Ciri Khas
Motor berinverter Berteknologi J-Tech: Motor berkuasa tinggi yang senyap dan tahan lama, memastikan prestasi mencuci yang efisien disamping menjimatkan elektrik dan lebih mesra alam.
Kelajuan Putaran 1200 RPM: Memastikan pakaian lebih cepat kering selepas dicuci
Program Pencucian Pelbagai: Menawarkan 10 program pencucian untuk memenuhi pelbagai keperluan
Paparan Digital: Panel kawalan intuitif dengan paparan digital untuk memudahkan penggunaan.
Reka Bentuk Ergonomik: Pemegang dengan sudut 18 darjah untuk kemudahan penggunaan
Dengan ciri-ciri ini, Sharp ESFH8AMB menawarkan penyelesaian mencuci yang efisien dan berkesan untuk memenuhi keperluan anda.
- Motor Inverter J-Tech
- 3 Tahun waranti
- 12 Tahun waranti motor
- 3 Tahun waranti bagi panel aturan